Majlis tahlil dan kenduri arwah

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Last weekend pak cik ada buat majlis kecil-kecilan. lepas arwah isterinya meninggal pada Ramadan tempoh hari (baca kat SINI) belum ada sebarang majlis tahlil dibuat. kalau ada pun keluarga mertua dia je yang buat.

majlis bermula jam 12.00 tengah hari. disebabkan pak cik dah tempah makanan a.k.a guna katering, jadi kami hanya bantu sikit-sikit je.

kami buatkan kuih, nasi impit, pacelis mangga dan rendang ayam untuk tambah lauk. selain tu, kami tolong mengemas mana-mana yang patut.

tetamu pula terdiri daripada jiran sekeliling, orang masjid & surau serta kenalan pak cik.

macam biasa... anies sertakan beberapa keping foto sempena majlis tu...

dua buah khemah untuk tetamu...


simple goodies yang terdiri daripada sepeket bihun dan sebotol kecil air mineral.

ada 2 jenis minuman. oren sejuk & teh tarik...

tahlil sedang berlangsung...


di mana ada majlis di situlah ada makan makan, kan? so lauk yang dihidangkan adalah daging masak asam, nangka masak lemak, ayam goreng berempah, ikan masin, sambal belacan, ulam-ulaman termasuk tomato ceri, timun.... cont👇

buah oren, kuih koci, nasi impit,kuih seri muka durian & pandan, pacelis mangga, sambal fucuk dan rendang ayam. semua lauk dimakan bersama nasi putih.

makan time! self service😁

masing-masing khusyuk layan makanan...

durian! kebetulan ada banyak durian kat kebun pak cik yang gugur. so tetamu dapat 'pakej' makan durian sekali...



masing-masing bila dapat durian....


okey... tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

32 Words of Lo♥e

  1. Wow..kenduri tahlil meriahnya...best la siap ada durian...

    ReplyDelete
  2. Kalo di sana tahlil itu dilakukan kapan aja kak? Kalo di sini beda-beda. Bahkan ada yang tidak melakukan karena dianggab dalam Islam sendiri tak ada kewajiban tahlil.

    Tapi kalo di Jawa biasanya tahlil setiap 3 hari pertama, hari ketujuh, hari ke40 dan hari ke1000. 😅. Jawa lebih banyak tradisi memang.

    Dan biasanya gift yang dikasih buku Yasin dengan foto almarhum dan doa doa, juga Kata2 tertulis dari anak dan keluarga almarhum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kenduri arwah lazim selepas pengebumian. kalau kebumi siang maka kendurinya sebelah malam. tiada waktu specific. berapa banyak nak buat tahlil terpulang kepada waris si mati. ada yang cuma berikan wang kepada imam dan imam akan buat tahlil di masjid (tanpa makanan). dalam kes ini mak cik sy meninggal di bulan puasa. since pak cik sy baru pulang dari umrah jadi tahlil dibuat lewat sedikit. utk goodies, up to tuan rumah. no specific goodies utk diberi kepada tetamu.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Selamat buat tahlil, ye. Comel-comel, durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. rezeki tetamu dpt mkn durian

      Delete
  4. Tak terasa ya... sudah sebulankah ?..melihat pelbagai menu siapa yg tak tertarik ..kalau tahlil di sini biasanya jarang makan prasmanan.atau di tempat,.kebiasaan membawa nasi kotak atau besek saat pulang..😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dah sebulan mak cik meninggal. kalau tahlil makanan dibungkus lazimnya dibuat di masjid. waris si mati beri imam sejumlah wang dan imam akan buat tahlil. waris si mti sediakan makanan yg dibungkus dan diberi kepada jemaah masjid

      Delete
    2. Iya biasanya sehabis baca tahlilan mereka di sajikan hidangan ringan dan saat acara tahlilan selesai bawa besek atau kotak saat pulang..di masjid atau di rumah pun sama saja di sini

      Delete
    3. nampaknya budaya kita tiada bezanya

      Delete
  5. Wah, meriah betul pilihan makanan yang disediakan! Siap ada pakej durian tu 😍

    Al-Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  6. Untung tetamu yg datang dijamu durian.

    ReplyDelete
  7. Lo siento mucho espero que la ceremonia haya salido bien. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esta bien. esta ceremonia es solo un día de recuerdo para mi difunta tía

      Delete
  8. Semoga pahala dari majlis ini mengalir juga kepada arwah isteri pakcik Anies....aamiin

    ReplyDelete
  9. Semoga ia diterima sisi Allah swt
    Alhamdulillah, banyak yang dapat rezeki. duriannya enak

    ReplyDelete
  10. Lauk sedap-sedap.
    Banyak menunya.
    Khas ada durian. Hehe belum pernah pergi kenduri ada jamu durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki tetamu mkn dpt pakej durian sekali😀

      Delete
  11. meriahnya siap ada goodies.. alfatihah buat semua yg telah meninggalkan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa macam dah trend skrg ni kenduri kecik pun ada goodies😀

      Delete
  12. meriah kenduri arwah dgn makanan2 termasuk durian..

    ReplyDelete
  13. semoga arwah tenang di sana.. aaminn

    ReplyDelete
  14. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.. Aamiin..
    Anies.. pacelis mangga tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn terima kasih sha

      pacelis mangga = pajeri mangga

      Delete
  15. tak beda jauh dengan kami di sini ya kak, bedanya biasanya kami tahlil lepas sholat maghrib atau sholat isya

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sini pun sama tak kira waktu. cuma yang belum pernah buat sebelum subuh😂selepas subuh kami pernah buat

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆