Kuih koci labu

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bahan-bahan untuk doh:
-tepung pulut
-labu
-garam
-air

bahan-bahan untuk inti:
-kelapa parut (putih)
-gula merah
-gula pasir
-daun pandan
-isi durian (jika suka)
-air

bahan-bahan lain:
-dadih (untuk resepi dadih kuih koci anies ada kongsikan di SINI)
-daun pisang - dilayur dan dipotong separa bulat.
-pengukus




cara membuat doh:
1. potong labu (jika menggunakan sekampit kecil tepung pulut, 1/2 biji labu saiz kecil sudah memadai).
2. rebus labu dan tambah sedikit garam hingga empuk.
3. biarkan rebusan labu sejuk seketika sebelum diuli bersama tepung pulut.
4. sebaiknya guna air rebusan labu ketika diuli.

cara membuat inti:
1. satukan gula merah dan gula pasir dalam kuali.
2. masukkan air dan sehelai daun pandan yang disimpul.
3. bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa parut dan kacau. pastikan api sederhana untuk mengelakkan hangus / hangit.
4. bila kelapa sudah sebati (kering) dengan gula, masukkan isi durian dan kacau hingga isi durian 'bersatu' dengan inti.
5. padamkan api dan asingkan biji durian dan daun pandan. sejukkan inti.




cara membuat kuih koci:
1. inti dibulat-bulatkan terlebih dahulu bagi memudahkan proses pembuatan kuih. ia juga bertujuan untuk membuatkan kuih lebih kemas (tak comot).
2. ambil kira-kira 5g doh dan leperkan sebelum masukkan inti. bulatkan kuih dan kemudian rendamkan dalam dadih.
3. cedok doh bersama sedikit dadih dan letakkan atas daun pisang. bungkuskan kuih. ulang proses 2 & 3 hingga doh habis.
4. pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu sebelum kuih dimasak. guna api sederhana. 
5. tempoh mengukus kuih: 5-8 minit.
6. angkat kuih dan sejukkan. sedia untuk dijamah.



selamat mencuba!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

40 Words of Lo♥e

  1. Wah, nak sikit anies! 😜

    ReplyDelete
  2. Pandainya buat kuih tradisional. Saya tak tahu langsung. Tahu makan je. 😁😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada laa pandai. sikit2 buat utk tekak sendiri boleh lg😀

      Delete
  3. Wah sedap banget kue nya,pasti rasanya manis dan gurih dari kelapa dan gula merahnya apalagi kalau ada durian..pasti nyomot lagi dan lagi😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya manis. kami panggil ini kuih untuk orang tak ada gigi😁 boleh telan terus tapi awas! nanti tercekik😁

      Delete
    2. Iya karena lembut dari tepung ketannya,takut molor dan nyangkut di leher🤣

      Delete
    3. standby air di tepi siap2 elak tercekik😀

      Delete
  4. Enak sangat tuh Anis. Di daerah says namanya lapek labu. Makanan kampung yang sehat.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Suka koci macam ni 🤤

    ReplyDelete
  6. it looks similar to our polish dish - gołąbki:)

    ReplyDelete
  7. Boa tarde de quarta-feira. Obrigado pela visita e carinho.

    Luiz Gomes

    ReplyDelete
  8. Gracias por la receta. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. pos la cni satu 2 ketul..hehe

    ReplyDelete
  10. Wow ada inti durian! Selalu rasa kelapa semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb musim durian kannn mana2 ada durian😁

      Delete
  11. antara makanan yang hanya mampu tengok jer...itulah pengorbanan terbaik ketika menikmati sisa-sisa kehidupan ini ...hehehe

    ReplyDelete
  12. Resep spesial macam ni, harus dicoba..

    ReplyDelete
  13. wahhhh, looks yummy kak Anies, pasti rasanya manis, gurih dan lezat karna ada duriannya pula hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul memang manis tapi kita boleh control kemanisannya semasa buat intinya

      Delete
  14. Sha suka kuih koci tapi koci labu tak pernah cuba.. hehehe

    ReplyDelete
  15. hmm tampak sedap, cocok untuk teman minum kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis kopi 1 jug pun tak perasan nanti😁

      Delete
  16. sedapnya alahai lemak2 gitu kan

    ReplyDelete
  17. Kalo di kampungku, Tapanuli Tengah, kue ini disebut lapek bainti kak 😄. Sama ajaaa, cuma beda nama doang. Trus isi nya juga tergantung suka apa. Kadang kelapa, kadang srikaya dll. Enaaak emang. Mama dulu sering buat

    ReplyDelete
  18. lama benar tak nampak org jual isi byk mcm ni. nk puas kena buat sendiri

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆