Kereta kena langgar

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Baru kena pagi tadi. keadaan jalan raya okey je, tak sesak. tapi disebabkan ada kereta nak masuk simpang ke kanan dan kenderaan belakang tak dapat nak potong sebelah kiri kerana ada longkang (sebelah kereta), jadinya barisan jadi panjang dan slow.

bila jadi macam ni, anies pun perlahankam kereta and berhenti bila kereta kat depan tak bergerak. tiba-tiba...

bumm!!

ahh sudah... tanpa berlengah anies terus pusing ke kiri memandangkan ada kawasan kosong kat situ then park kereta. tunggu sekejap 'si pelanggar' kendalikan kenderaan kerana bumper depan keretanya tersangkut kat batu jalan. so anies keluar and bantu dia adjust stering.

once dia park belakang kereta anies, 'si pelanggar' terus keluar. 

"sis okey ke? maaflah... saya mengantuk tadi. tekan brek pun tak terasa." entah berapa kali dia minta maaf.

bila dia cakap dia mengantuk, anies mengangguk faham sebab dia pakai uniform hospital swasta. mungkin baru balik dari shif malam.

rongak daa...


lepas tu kami ambil foto bahagian yang kemek dan rosak. paling teruk kereta 'si pelanggar' laa... bumper tersopek. bercalar pun ya. kereta anies kemek sikit and bumper 'beralih'.

then kami discuss apa yang patut dibuat. selesai semua kami pun beredar.

sepanjang drive, otak anies ligat berfikir... patut tak anies minta ganti rugi memandangkan 'kerosakan' pada kereta anies tu kalau baiki tak sampai pun RM100 jika dibandingkan (kerosakan) kereta 'si pelanggar' yang mungkin jumlahnya lebih RM500++.

korang rasa macam mana? patut atau tidak anies minta ganti rugi? share pandangan please...👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

36 Words of Lo♥e

  1. Ya walaupun rusak tak parah baiknya diskusikan dahulu walau mungkin harga tak seberapa..setidaknya dia bertanggung jawab dengan kelalaian nya..dari pada Anies kepikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betul juga tu. setidaknya dia bertanggungjawab di atas perbuatannya...

      Delete
  2. kalau ad rezeki lebih dan kasihan pada pemandu yang melanggar, halal kan sahaja. mungkin ada rezeki akk pula allah nak bagi.

    tapi kalau akk mempunyai maslah kewangan dan menghadapi masalah untuk membaikinya, minta sahaja ganti rugi.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar..apa pun syukur sbb masing2 x de apa2. kalau MA mungkin akan masing2 uruskan kereta masing2 je sbb based on apa yg Anies cerita si pelanggar berkali2 minta maaf & menunjukkan dia memang menyesal la plus dia pun mungkin baru balik kerja semua.. kesian plus kerta dia lagi teruk dr kereta Anies....pandangan MA la..but terpulang pada Anies jugak..kalau nak claim NCB dia pun boleh jugak..sbb ada insurans semua kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... sy tgk keadaan dia jg nnt sy tanya jg kalau dia kena byr mahal ke x? kalau xde claim NCD or dia byr sendiri mungkin sy pertimbangkan utk ignored je

      Delete
  4. aduh dah tercium pulak. kalau leyla tak kot, sbb sikit je kan kalau tak smpai 100. tpi kalau time tu takada duit minta la juga kot. hehehe. hari tu kereta leyla ada jugak kena lori reverse kena depan. no plat patah. tpi malas nak cakap bnyk. hasilnya sampai sekarang no plat tu patah retak x baiki2 hahaha nasib baik tak patah 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. tgh fikir jg. sbb skrg kn tgh bln.. dgn lps raya lg. tp tgk laa mcm mn

      laa driver lori tu x buat apa2 ke?

      Delete
  5. Ingat pakai insurans. Ikutlah budi bicara Anies. Kalau tidak kisah keluar duit sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk pihak sy x kot smpi kn claim insurans. kalau pihak dia ya. cuma proses tu mkn masa laa

      Delete
  6. Walaupun dia salah, tapi adalah baik untuk bertolak ansur. 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. sy tgk jg keadaan mcm.mn nnt...kalau perlu, sy proceed kalau x sy ignored je laa nnt

      Delete
    2. Boa tarde de quarta-feira e obrigado pela visita.

      Luiz Gomes

      Delete
  7. saya bersimpati dan cara terbaik...minta ganti rugi bila kereta sudah repair...ada resit....memang salah dia tapi rasa tanggungjawab perlu kepada dia agat tidak mengulangi lagi pada masa hadapan...pendapat saya lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun fikir dulu. nanti lepas bergaji saya contact dia lg

      Delete
  8. Atas dasar kemanusiaan, tak perlu kot minta gantirugi. Boleh claim insurans masing², kalau nak. Kalau nak claim insurans, kena buat police report. Kalau report, mesti dia kena saman. Panjang proses, lama nak siap.

    ReplyDelete
  9. kalo ecah check dulu kerosakan. kalo betul x mahal dan kita mampu nak service sendiri then xpela x claim kt org tu. lgpn kita xnk pening2 dengan segala prosedur. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ecah. bab nk claim mcm2 ni sy pun pening jg 😁

      Delete
  10. subhanallah, syukur kak Anies dan dia dalam keadaan baik. Memang bila mengantuk sebaiknya beristirahat dulu, tidak memaksa membawa kendaraan sebab bukan hanya berbahaya pada diri sendiri, tetapi juga bahaya bagi yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham bila kerja shift malam, pagi confirm mengantuk. tapi tu laa... dia tentu mahu tiba rumah awal dan boleh berehat. rupanya perkara lain berlaku di tengah jalan

      Delete
  11. Allahu.. Moga dipermudahkan urusan Anies, inshaAllah Aameen

    ReplyDelete
  12. Dia guna car insurance tak kak? Kalo guna, tinggal cover by insurance. Karena mobil yang ditabrak juga dicover biasanya.

    Tapi kalo Tak pakai, terserah Kaka nak ikhlaskan atau tak. Kalo memang tak terlalu parah dan kecil lecetnya, dan menurut Kaka si penabrak lebih kasihan, ya sudah, tak usah di minta 😄. Tapi kalo saya biasanya tetep minta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dia ada insurans kereta. sebab kereta baru.

      saya akan call dia nanti selepas dapat gaji. sekarang ramai poket kosong. baru lepas raya kan... jadi saya tak nak buat dia stress kalau saya claim sekarang

      Delete
  13. fikir secara rasional dan sbb dia pun dlm keadaan mengantuk. atas dasar perikemanusiaan dia pun langgar sbb tak sengaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy faham org shift mlm mcm mn. kalau betul.mengantuk kite x leh nak kata apa

      Delete
  14. kalau setakat RM 100 tu rasa mcm tak berbaloi minta ganti rugi.. huhu itu pandangan nina lah. settle baik2 semoga Allah permudahkan urusan kita nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa tggu dia repair kete dia dulu. sbb kos dia.lg mahal dr kete sy.

      Delete
  15. allahu trauma juga tu.. hm.. tak tau la kan. kalau betul dia saalah rasanya patut juga minta dgn dia. tapi kalau ada modal lebih kira sedekah aje kalau x mahal

    ReplyDelete
  16. Anies kena pertimbangkan betul2 kos baik pulih tu.. Kalau Anies sendiri kekeringan dan kosnga mahal, boleh je claim balik dengan dia.. Tapi kalau masih dalam budget dan Anies bermurah hati, boleh je let go.. Sha doakan semoga Anies dipermudahkan urusan walau apa pun keputusan Anies..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆