Singgah Air Asia Sales Centre @ KL Sentral

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebenarnya dah lama nak selesaikan masalah nan satu ni. tapi tu laa... ada je tangguhnya. adaaaa je alasannya. haihhh...

kadang bila dah datang ke KL Sentral, tak tergerak hati pun nak ke sini. lupa pun satu hal. #mybad

so, mahu tak mahu anies nekad nak datang dan selesaikan apa yang patut tanpa banyak soal. ia tak lain tak bukan fasal tiket flight kami yang dah diubah pihak Air Asia daripada credit kepada baucer susulan pembatalan penerbangan kami pada Ogos 2020 akibat pandemik.

pada mulanya anies nak settle kan atas talian je. tapi biasa laa... nanti mesti ada yang tak puas hati kalau bersoal jawab dengan robot Ava tu. kalau f2f ni, apa pun alasan or jawapan yang staf AA beri, perasaan tu tak sama.

asalnya nak naik komuter. tapi nak tunggu next train lama sangat. sejam! better naik ERL laa... bila sampai stesen, tengok kat electronic board, tren akan sampai dalam masa 4 minit lagi! dah laa masa tu anies belum top up kad TnG. kelam-kabut settle kan semuanya sebelum berlari bak Usain Bolt ke platform. huh huh putus nafas den dibueknyo...😂

setiba di Air Asia Sales Centre, ingatkan tak ramai orang... sekali...!! hah... menunggulah sampai kematu sampai dapat turn. 


Alhamdulillah... tak sampai sejam, segala urusan dipermudahkan. paling lega bila dengar baucer kami dilanjutkan sampai April 2027. bukannya Disember 2023 seperti yang dimaklumkan sebelum ni.

seperkara lagi hal yang menggembirakan kami adalah, baucer ni kami boleh guna untuk pergi ke negara:

Taiwan✅
Jepun✅
Korea Selatan✅
India✅
Australia✅
New Zealand✅
and... more routes to come!🎉🎊

yahoooo!!! sebelum ni baucer kami cuma valid ke Jepun, Korea Selatan & Australia je.

selain tu anies ada jugalah tanya beberapa hal berkaitan dengan servis AA, sistem online etc. jawapan yang diberi staf sangat memuaskan hati. Alhamdulillah...

dengan ini, bolehlah kami plan untuk jalan-jalan. agak-agak korang, negara mana yang akan jadi pilihan anies? cer teka👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

36 Words of Lo♥e

  1. tudia...tak sia-sia pergi dan settlekan masalah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..wah bestnya, dah start plan for holiday!!! moga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn terima kasih MA... plan je dulu buat blom ttu😂

      Delete
  3. NZ! Teringin nak gi NZ sekali lagi, kali ni nak pergi dgn anak2 & asben pulak 😊

    ReplyDelete
  4. Entah. Pergi New Zealand kot. 😊

    ReplyDelete
  5. saya dulu pulang dari kl ke indonesia naik air asia juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ya ke? so bila nak datang ke KL lagi?

      Delete
  6. Alhamdulillah settle dgn AA, mmg borak dgn ava tak puas.

    Taqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin. Salam Aidil Fitri.

    ReplyDelete
  7. Parece un paseo genial . Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Así es. Uno de los mejores transportes públicos de Kuala Lumpur.

      Delete
  8. wah..validity lama betul tu, pilihan negara pun menarik...

    ReplyDelete
  9. India ...Anies kan tahan panas...bolehlah jelajah negara yang paling ramai penduduk di dunia setakat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. India? idok lerrrr... kalau nk g sehari je😂

      Delete
  10. India yaaa...ngeri ngeri sedap😁..semoga di mudahkan jalan"nya

    ReplyDelete
  11. NZ saja kaaaak 😄. Fanny dah bikin ITIN juga nak ke NZ, tapi bukan THN ini. Nak saving dulu, Krn planning Ama family. Jadi budget sedikit besar 😄.

    Tapi dah kebayang lah, nanti nak bungee jumping di Queenstown, dan sky diving di Auckland 😍😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. NZ? waduhhhhh ongkos nya ngak mengijinkan😁🤭

      Delete
  12. Alhamdulillah baucer valid ke babtak negra dan validity lama tu. Gi Japan kut

    ReplyDelete
  13. Jepun, kaaaak... hihihi.. pasti sedap makan ikan segar di sana

    ReplyDelete
  14. Itulah jumpa berdepan lagi puas hati. Masalah malas atau tiada kesempatan jafi faktor lambat.
    Alhamdulillah mesti lega masalah selesai dengan baik.
    Saya agak pergi ke Australia kut. Wah panjang kaki Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dah ada kemudahan online mcm mn pun sy suka cara mcm ni. f2f

      insya Allah. ada rezeki smpi laa Aussie jumpa bang Jat😂

      Delete
  15. wah bestnya extend begit lama dan lebih byk lokasi

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. lega bila dah settle.. kemana lah agaknya destinasi Anies ni nanti..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆