Hong Kong: Garden of Stars dan menyusuri Victoria Harbour

2:14 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Okey, cerita dan drama kat Shenzhen dah habis. kalau ada yang terlepas ketapi, boleh laa skodeng kat SINI, SINISINI dan SINI ya!

hari berikutnya, kami keluar awal sikit sebab banyak benda kami nak buat dan jejaki. dan tempat pertama yang kami singgah adalah Garden of Stars.

since Walk of Fame HK ni ditutup sebab construction, makanya kat sini je laa peluang kami nak jumpa bintang2 tersohor HK.

Sal laa antara peminat bintang2 HK ni. dulu, drama2 HK masa maghrib, dialah orang pertama terpacak depan tv semata2 nak tengok drama Healing Hands... betul kan Sal? kan? kan? hahahaha (ke ko tengok sebab ada mamat hensem?)

so bila dah sampai kat Garden of Stars ni, apa lagi... melompat2 laa cik Sal kita ni dapat jumpa bintang kesayangan dia... pada hal jumpa bekas tapak tangan je hahahaha...

kami ke sini cuma jalan kaki je sebab memang dekat nau2 dengan hotel kami. dalam 10 - 15 minit je dah sampai.

kat sini tak sama macam Walk of Fame. hmmm nak cerita pun tak reti nak describe macam mana... korang tengok je laa gambar2 yang ada ni yek...

kami bukan nak pergi main jongkang-jongkit ya... tapi ni shortcut untuk ke Garden of Stars... lepas naik tangga, jangan jalan terus tapi belok ke kanan.

okey, kami dah sampai! nampak ke tak signage Garden of Stars tu? cinonet sangat...

apa yang ada kat sini? apa yang anies boleh simpulkan ia tak ubah macam memorial park tapi bukan kubur ya. kat sinilah HK meraikan artis2 tersohor mereka. dan patung hitam tu... hah, korang tau kan? tak tahu? patung tu adalah trofi Academy Awards versi HK. tapi trofi tu tak de laa sebesar tu...

kosong je kan? yap... kat sini kalau nak lepak ke, main layang2 ke... boleh laa... sambil layan bayu laut...

macam tanda peringatan gitu laa... korang kenal kan figura ni? bagi yang dah meninggal atau mungkin tak jadi penduduk HK lagi macam Gong Li (Gong Li warga China - but nama dia pun ada kat sini) akan diabadikan dalam plaque macam ni...

kalau yang masih hidup lagi, plaque berserta tapak tangan mereka. ramai artis kat sini and banyak plaque pemes yang kami snap. cuma tak larat nak upload je kat sini...

figura HK tersohor... sapa lagi kalau bukan... Bruce Lee! hiyakkkk!! ada satu lagi statue macam ni - statue Anita Mui.


ni reaksi Sal masa 1st half Pekan Padang Lalang vs Man United.

ni reaksi Sal masa minit ke 90. Pekan Padang Lalang 0 - Man United 2.

lepas tu kami ke sini. berhadapan Garden of Stars. entah apa namanya. dek peninjau kot! best duduk kat sini sebab angin laut menderu2...

mem besar tengah kira ada berapa pencakar langit kat HK ni...😁😁


dari Garden of Satrs, kami pun menyusuri laluan sepanjang Victoria Harbour ni. kalau tak kerana construction, kami memang boleh je nak nikmati pemandangan Pulau HK yang penuh dengan hutan batu tu selain layan Walk of Fames. mungkin kalau korang datang 2-3 tahun lagi, dah siap kot construction tu... memang besar and luas kawasannya.



besar sungguh tapak construction ni. kalau tak silap nak bina hotel kot...


jadi, sepanjang laluan lebih kurang 1km ni, kami berhenti bergambar di lokasi2 tertentu... kami pun memang tak cadang nak masuk kat tempat2 macam ni... dapat tengok dari luar pun dah cukup... antara tempat yang kami lewati sepanjang laluan Victoria Harbour...


HK Space Museum... posing je lebih... masuknya tak...

HK Cultural Center... posing je.... masuk tak pun...

sebelah HK Cultural Center ni laa tempat orang ramai menyaksikan Symphony of Lights. waktu siang, tak ramai pun. ye laa kan... sapa laa nak berjemur tengah2 panas macam ni...

posing ala2 iklan Dunhill...

baru nak snap, bateri dah hong kong kah kah!

dari HK kami selamat sampai di Sungai Petani hahaha... memula tengok menara jam ni, terus teringat menara jam kat SP. macam sama tapi bukan dia hahaha

okey laa... sampai sini je dulu... thanks 4 reading...

p/s maaf kepada pemenang2 GA. hadiah lambat pos sebab kehabisan sampul... harap bersabar ya...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

56 Your Words of Lo♥e

  1. Ya lah, menara tu lebih kurang macam yang ada di Sungai Petani...

    ReplyDelete
  2. amboi tetiba sampai sungai ptani..haha

    ReplyDelete
  3. ye ye je sg Petani..hahah....

    Bruce lee pun ado..

    # tudung dah sampai..Tengah cari masa nak update..heheh

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaa jalan jalan tengok tempat orangg ni kann ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hrp fatin jg akn smpi ke sini 1 hari nnt ;-)

      Delete
  5. Tak sangka Hong Kong ada tempat menarik macam ni

    ReplyDelete
  6. Sakan jejalan Hong Kong ye anies..
    Best akak tengok..

    ReplyDelete
  7. Besarnya tapak tangan Loius Koo orangnya kurus je....

    Macam pelik je Mrs. A jalan-jalan ditiup bayu laut tapi takde pasirnya ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm tv lain kt luar lain eh eh mcm laa sy penah jump😆

      Delete
  8. Alamak seronoknya jalan2. Cikyan jeles uii. Bila la dpt merasa smua ni uiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti cik yaan akn smpi jg percayalah!

      Delete
  9. Cantik tempat nii.. pernah sekali pergi, posing sakan dengan statute2 tu, tak pandang kiri kanan.. 😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..sy suka tmpt ni sbb berangin sentiasa

      Delete
  10. kat sane pun ade menara jam ek.. hihi

    ReplyDelete
  11. Nanti nak pergi sana nak angkut trofi tu bawak balik....

    ReplyDelete
  12. Wah...ko pantas. Aku x sempat buat entry. Copy boleh? Hahaha

    ReplyDelete
  13. Menariknya.. tak pernah sampai lagi. Ada bahagian2 dlm gambar tu yg tak tumpah macam dalam movie2 hong kong. Suaca pun redup, mesti berangin dan nyaman juga tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hk kn kecik en khir so lokasi penggambaran pi mai pi mai tang tu jg ;-)

      Delete
  14. lighting lawa gambar pun lawa. nicee

    ReplyDelete
  15. hutan batu aku ngebayanginya sunyi gitu ya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😆😆 HK ngak permah sunyi mbak. 24 jam penuh orang

      Delete
  16. Yang mana satu Anita Mui??
    Yang patung atau yg pakai tudung :D

    ReplyDelete
  17. belum sampai hong kong lagi
    tq2 share

    ReplyDelete
  18. belum sampai lagi HK dalam mimpi shu dah sampai. hehehehe..

    ReplyDelete
  19. cantik sungguh la tempat nie..

    lagi best kalau dapat berbulan madu...

    pergh...

    cakap pun tarak guna

    ReplyDelete
  20. bestnya. bila la boleh jalan2 sini jugak

    ReplyDelete
  21. teringat dedulu yaya pon layan citer HK ni mse ptg2 doluu..huhu best perr..
    pic last tu da mcm kat msia dah..hehe

    ReplyDelete
  22. ehehehe Bruce Lee kenal la.. yang retis2 HK lain tak kenal ngeh2..

    ReplyDelete
  23. Aduh senengnya jalan-jalan du Hong Kong: Garden of Stars sambil menyusuri Victoria Harbour yang indah dan ramai. Selamat berlibur.

    ReplyDelete
  24. Best g hk. Tp duit Mahal. Tak dpt jumpa art is, kesan art is pun jadila

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆