✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Last week, anies ada share fasal Nasi Kandaq Festival (boleh baca kat SINI). hari ni pula nak share fasal festival makanan/minuman viral yang mana selalu dapat perhatian dalam kalangan 'kaki-kaki' makan Malaysian ni.
festival ni berlangsung di lokasi sama iaitu kat driveaway Sunway Putra Mall. meskipun makanan/minuman ni viral namun kemeriahannya tak sama macam Nasi Kandaq Festival.
tak tahu laa kenapa... kalau tengok queue yang panjang tu, cuma 'berlaku' kat satu dua stall je. yang lain... hambarudin je...
tapi tak tahulah pula kalau sesak dengan orang ramai pada sebelah petang. ni kerana masa anies sampai, stall baru je buka lebih kurang 2-3 jam lepas.
oh ya... antara peniaga-peniaga yang terlibat adalah:
- Beardbrothers
- Suka Dessert
- Sushika
- Mac Mafia
- SB Fruyo
- Tanjak Crew
- Liur Leleh
- Kopi Kamper
- Hauslah
- Bakso Beranak
- Jagung Cheese Tarik
- Wagyu Skewer
- Goatfather
- Air Dalam Tin
- Roti Wap
- Moonich
- Golden Dough
- Donut Opah
- Racha Tomyam
- Bolok Troops
nama-nama di atas korang (Malaysian foodie) mesti kenal, kan?
so, apa makanan viral yang anies beli? jom layan foto-foto yang ada ni dulu:
mini stage berdekatan entrance Sunway Putra Mall...
yang di kat concourse dan di sebaliknya ada....
tempat makan! lepas beli korang boleh makan kat sini sambil layan lagu. ada band yang akan hiburkan korang. masa Nasi Kandaq Festival tempoh hari, organizer pun ada buat macam ni juga. tapi keadaannya lagi sesak berbanding yang ni...
stall depan main entrance...
antara stall yang ada...
short video...
so, apa anies beli? ni haaa... 😂😂 waffle ice cream by A&W and hot teh tarik by Bungkus Kaw Kaw. kenapa tak beli makanan/minuman viral tu? ada 2 sebab. pertama, ada sebahagiannya anies dah pernah makan/minum. kedua, makanan yang anies nak beli tu, tak tersedia lagi. masa anies sampai, staf dia tak busy macam orang lain. kuali pun tak terusik. so kecewa jugalah bila tengok keadaan tu. hati tertanya-tanya juga... takkan dah buka 2-3 jam tak prepare apa-apa pun? bila tak dapat apa yang dihajati, anies terus masuk ke dalam mall. pekena teh tarik panas dengan waffle sedap ni... hilang dah rasa sakit hati😂
korang ada pergi tak festival ni? kalau ada share laa kat sini.
tu je perkongsian untuk hari ni. nak sambung BW yang tertunggak.
thanks for reading.
daaa....

















Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam