✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
So, macam mana dengan Aidiladha korang tahun ni? meriah tak? ada balik kampung?
hah? kena kerja? tak apalah... kali ni turn korang berkorban cuti raya. mana tahu tahun depan korang pula dapat cuti raya lama kannn...
then... macam mana pula dengan ibadah korban? ada buat ke? berapa banyak lembu dan kambing yang disembelih tahun ni?
BTW tak kira berapa banyak haiwan yang dikorbankan, mudah-mudahan ibadah kita ini diterima di sini Allah SWT.
well, bagi anies pula tahun ni kemeriahan Aidiladha sederhana je. bezanya tahun ni mama dan adik-beradik (+ opah = emak depa) ada buat korban lembu seekor.
macam biasa... bercerita dengan fotolah ya...
Alhamdulillah tahun ni dapat solat raya kat masjid dengan family. tahun ni tak tahu kenapa. jemaah perempuan yang hadir tak ramai. selalunya 'melimpah' sampai ke parking masjid...
lepas solat kami ziarah kubur ahli keluarga. kubur arwah atuk, abah, ayah dan mak cik antara yang wajib kami 'singgahi'... Al-Fatihah buat semua arwah... cuaca pagi tu amat terik sebab sebelum tu hujan lebat. so masing-masing tak betah nak 'singgah' lama.
lepas ziarah kubur anies ke sini. ni antara 'taman permainan' anies masa kecil dulu... belakang pokok nipah tu ada laut... sekarang dah berubah. dah ada beberapa buah rumah didirikan... bila tengok foto ni dan foto kat atas, dalam hati: "cantik juga ya kampung den ni!"😂😂
ketupat - antara menu 'wajib ada' untuk Aidiladha kami. lepas balik merayau, anies terus ambil pinggan dan makan. pekena dengan rendang daging. selain rendang daging, ada juga sup daging, sayur lodeh dan sambal fucuk.
tak lama lepas makan, anies keluar untuk hantar ketupat reben. sepatutnya hantar sehari sebelum raya. tapi tak sempat. ya, semua ketupat reben ni anies anyam untuk deko raya.
member belanja sepotong devil chocolate cake dan teh tarik. perghh heaven betul! dah laa masa ni tengah hujan lebat. punya laa tak malu... anies siap minta tambah secawan teh tarik lagi😂
bila sampai rumah, family tengah melapah dan membungkus daging untuk diedarkan kepada saudara mara. oleh kerana anies tak bantu melapah dan membungkus, so anies ambil tugas untuk hantar semua 45 bungkus daging ni kepada saudara mara & jiran tetangga.
short video
ni bukti tau anies buat kerja hari tu😂 lencun baju raya aku nyah!😂
so tu je laa cerita Aidiladha kami tahun ni. simple je. yang penting apa yang dirancang dapat dilaksanakan. Alhamdulillah...
apa ceritera Aidiladha korang? jom share👇
















Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam