Top 5 for February 2023

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... personally anies rasa macam nak puji diri sendiri sebab dapat kekalkan 'niat wal azam' iaitu update blog setiap hari bekerja😀 (ceh, bunyi macam dapat APC!)

bulan lepas, agak mencabar jugalah untuk anies kekal (konsisten) update setiap hari disebabkan tugasan harian yang entah bilalah akan habis... haihh... nak BW pun, bila sempat je. kadang weekends pun tak sempat nak BW sebab ada kerja lain dah menunggu.

apa-apa pun...


terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi singgah sini tanpa jemu. it means more for me!

meski ada nama yang tak tersenarai dalam top 5 kali ni, trust me! you're still the best and awesome👍👍👍👍 hanya Allah sahaja yang dapat balas budi baik kalian.

dan jutaan tahniah dan terima kasih buat mereka yang tersenarai dalam top 5 bulan Februari lepas.

anies ada plan untuk buat something bagi mereka yang tersenarai dalam top 5 setiap bulan pada akhir tahun nanti. tapi tengok keadaan dululah. nanti inform awal-awal takut tak menjadi pula.

so, inilah dia senarai top 5 for Februari! check it out!



mak si Harraz Naufal ni nampaknya enggan melepaskan takhta nombor 1 yang digenggamnya pada bulan lepas. 

mana taknya. asyik nak bom blog orang je. cukup cukuplah komen 1-2 je. bagilah can kat blogger lain.😂😂😂

so korang yang tak kenal 'kala' nina ni, klik je link kat atas tu. karang dia merajuk, susah pulak dia nak belanja anies bila mai Penang minggu depan. larikkkkkk...



bulan lepas 'ibuk' fanny bolot tempat ke 4 tapi bulan ni, dia masuk gear 5 dan terus melompat ke tangga ke 2.😂😂

ni pun sejenis yang kuat bom blog orang juga ni... haih... dah tu tulis panjang panjang. tahu laa pernah study kat Penang dulu😂😂

korang kena follow blog fanny ni sebab dia cakap dia nak mai Malaysia lepas hari raya nanti. manalah tahu ada rezeki korang dapat oleh-oleh bika ambon. larikkkkkkk😂😂



blogger super kreatif kite ni, bulan lepas dia agak busy. katanya pindah rumah. tapi dalam sibuk sibuk tu dia sempat lagi bom blog anies ni.

'mama yuri' ni antara blogger yang anies dah kenal lama tapi belum sempat bertentangan mata lagi. asyik berjanji nak jumpa tapi sampai ke sudah... yilek!😂

seorang yang pandai main gitar, suka buat kraf, coffee lover dan suka memasak ni wajib korang follow. kalau tak follow nanti dia hantar inspektor yuri van houtten. habislah korang....



sejujurnya anies tak ingat bila mula kenal / follow blogger aida ni. tapi rasa macam dah lama😂

blogger 'orang gomen' ni selalu share fasal family nya, tempat-tempat makan best dan tak lupa juga cerita jalan-jalannya sama ada bercuti or sebab kerja atau sebab temankan suaminya yang suka bermotosikal tu.

so kalau korang belum kenal blogger aida ni, jemput follow blog beliau ya!😉



sha antara blogger yang anies dah kenal lama. sama macam yang lain, kami masih belum berkesempatan untuk bertentangan mata lagi.

seorang 'ulat buku' yang selamber je boleh tapau 100-300 buah buku setahun, penggemar pelbagai muzik dan filem, sha juga rajin share fasal 2 puterinya, Amani & Imani.

kalau korang juga sejenis ulat  beluncas buku, meh laa follow blog sha ni ya. mana tahu nanti boleh tukar-tukar buku dengan dia. tak pun boleh lepak-lepak kat library sambil minum kopi. (eh, boleh ke makan minum dalam library?😂)

sekadar selingan: top 5 untuk January 2023. klik foto untuk bacaan lanjut.

di kesempatan ni anies nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas kesudian korang menyertai dan support GA ni. Alhamdulillah... dan insya Allah pada 8 Mac, 12.00PM akan anies umumkan para pemenangnya. stay tuned, guys!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

34 Words of Lo♥e

  1. huhu minta semangat rajin sikit anies...lately tak sempat sungguh nak update blog setiap hari bcampur juga dengan mood malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak semangat kaler apa? merah? biru? putih?😁😁

      Delete
  2. Wah bisa update tiap hari tu hebat banget..saya hanya dua kali seminggu..itupun sambil cari"😁..selamat buat top 5 ..ehh ada mbk Fanny juga ternyata😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa mbak... 2 sekali siminggu pun 👍👍👍 slow slow nanti boleh buat setiap hari

      Delete
  3. Aihhh ..lupa dah nak buat GA Anies

    ReplyDelete
  4. Alamak dah tutuppppppppp GA tu

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada mereka yang tersenarsi.

    ReplyDelete
  6. mereka semua memang rajin sungguh singgah komen hehe

    ReplyDelete
  7. Kak Anies nak kemana Juni nanti? 😄.. semoga lah bisa kita ketemu yaaaa saat Fanny kesana. Janji bawa Bika Ambon 😘👍

    Cerita2 kakak bagus, dan sudah banyak kemana-mana. Jadi buat penyuka traveling macam saya, senang sangat baca cerita2 perjalanan gini. Kadang dari situ saya jadi kepengin nak ke tempat yg sama 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti sy beritahu melalui WA.

      terima kasih fanny. alaa cerita yg fanny share pun apa kurangnya? lagi macam2 info nya. dah tu banyak pula tu negara dah dijejakinya👍👍

      Delete
  8. Kalau library dulu, tak boleh.. library sekarang boleh.. jomlah ngopi sambil baca buku dengan Sha.. hehehe..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆