Iskandariah, Mesir: Koshary dan 'bukan' pasar malam
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
setiba di homestay, azan maghrib pun berkumandang. bila tengok jam, baru jam 4.58 petang.
pelik? tak pun sebab waktu zohor sendiri pun jam 11.30 pagi (hakikatnya tengah hari).
lepas solat, kak ngah baru sampai. dia singgah restoran untuk beli makan malam.
"ni lah Koshary!" kata kak ngah sambil buka plastik.
"ada 2 jenis. satu ayam dan satu lagi hati lembu. nak yang mana?"
"nak rasa dua-dua!" jawab anies.
Koshary ni antara makanan tempatan popular. ni first time anies try makan. masa datang ke sini tahun 2014, tak sempat nak rasa.
ni lah Koshary. sebelah kiri Koshary ayam dan sebelah kanan, Koshary hati lembu.
ni judu Koshary. sambal dan sup. tapi both sambal dan sup tak sama rasanya macam sambal dan sup kat Malaysia. sambal tak pedas. lebih rasa tomato dan black pepper. sementara sup pula, rasa macam air stok ayam.
ni Koshari biasa (biasa maksudnya? sambil terlentuk leher😂) cuma ada kacang kuda dengan bawang goreng je.
anies punya... Koshari dah campur ayam dan hati lembu. macam mana rasanya? hmm... macam makan nasi goreng guna beras Basmathi. rasa masam (tomato) dan kari 'bersatu' dalam nasi.
lepas makan, kami decide nak keluar / merayau kawasan berdekatan.
kenapa kat title anies tulis 'bukan' pasar malam? sebenarnya pasar ni dah dibuka sejak awal pagi lagi. cuma pada waktu malam, ia lebih meriah dengan orang ramai, kenderaan yang bersimpang siur selain bunyi bingit daripada hon kenderaan.
kami cuma berjalan kaki je untuk ke pasar ni. setiba di gerai sayur kami beli kobis dan cili. lepas tu beli buah kat gerai sebelah.
disebabkan tak ada apa-apa lagi nak beli, kami sekadar cuci-cuci mata jelah sambil memerhati gelagat manusia sebelum pulang semula ke homestay jam 7.00 malam.
terung warna putih. sama je macam terung purple.
suasana 'bukan' pasar malam... nampak je kecil tapi sebenarnya besar. tak larat nak singgah semua. tambah pula hampir setiap gerai jual barang sama.
keadaan 'bukan' pasar malam pada waktu siang...
short video
short video
okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. maaf kawan-kawan anies belum dapat BW. kurang sihat lately🙏🙏
thanks for reading.
daa
28 Words of Lo♥e
Kayak apa rasanya koshari itu?
ReplyDeleteItu kalau di sini kami sebut jeroan sapi atau kambing...kalau pinter masak dan bumbu yang pas..pastinya sedaap🤤
rasa macam nasi goreng tapi ada rasa masam disebabkan tomato dan kuah kari...makan dengan sup dan sambal
DeleteSedapnya koshari. Moga cepat sembuh.
ReplyDeleteterima kasih sis
DeleteBoa tarde e um excelente sexta-feira, com muita paz e saúde. Bom final de semana.
ReplyDeleteLuiz Gomes.
viagenspelobrasilerio.blogspot.com
obrigado luiz👍
DeleteLa comida se ve muy rica. Te mando un beso.
ReplyDeleteEs uno de los alimentos locales de Egipto.
DeleteSemoga diberikan kesihatan yang baik ye Anies..
ReplyDeleteMacam mana agaknya rasa hati lembu tu ye..
terina kasih sha
Deletehati lembu rebus sha. sedap kalu cicah dgn sos tu
Looks great!
ReplyDeletethats true
Deletekiranya ni bazar la kan anies. Pertama kali tgk terung warna putih.
ReplyDeletemungkin... diorg panggil souq. kami je bantai psr mln😁
DeleteGet well soon Anies!
ReplyDeleteBukan pasar malamnya cukup ramai juga!
terima kasih
Deletekat sini padat dgn penduduk. sebab tu sentiasa ramai orang...
Saya mungkin bakal pilih yg ayam aja kak, tak terlalu suka hati 🤣. Hati ayam, hati sapi ataupun kambing, susah payah nelannya hahahah.
ReplyDeleteKenapalah lah Yaa sambel di Negara2 sana tak ada yg sepedas Asia tenggara 😄. Itulah yg bikin saya suka rindu kalo sdg traveling lama. Makanan pedas 😅
sbb hati ayam selalu ada berbanding hati lembu😁
Deletesebab selera diorang kot yang tak tahan dengan cili. even sos chili pun susahhhhhhh nak dapat kat sini. sos tomato is everywhere
syoknya g pasar mlm luar negara..:)
ReplyDelete$$ je yg x berapa nak syok😂
Deletebest juga dapat makan yang pelik-pelik ...kalau tak melancong mana sempat nak jumpa semua ini
ReplyDeletebetul tu. kalau nak cari koshary kat KL ni lom tentu bleh jumpa
DeleteOh! itu maksud bukan pasar malam tu.
ReplyDeleteHehehee... lucu pulak tengok terung putih tu
🤭🤭🤭
DeleteSana malam panjang. Hehe.
ReplyDeleteRasanya orang Arab suka makanan masam-masam.
ya musim sejuk malam pnjg...
Deletemungkin jg. sbb tu lemon kt sini murah n laku
Seronoknya travel di tempat yang berbeza dengan tempat sendiri. Banyak kenal budaya dan makanan yang unik.
ReplyDeleteya kak.. bla lalui mcm ni lupa sekejap negara sendiri
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆