Top 5 for June 2023 + Top 5 for half of 2023

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pejam celik pejam celik raya sudah tiba setengah tahun 2023 dah berlalu. how time flies...

secara peribadi anies rasa banyakkk lagi perkara tak settle. tup tup dah masuk Julai. haih...

sepanjang 6 bulan ni, Alhamdulillah... untuk blogging rasanya boleh laa kot capai 'bintang konsisten'. niat asal nak kekal update setiap hari bekerja dapat dilaksanakan kecuali bila tahap kesihatan tak mengizinkan.

well, sama seperti sebelum sebelum ni, sebagai 'pembuka entry' setiap bulan anies akan announce untuk top 5 bulan. dan... menambah sedikit kelainan, anies sertakan sekali top 5 bagi separa tahun 2023.

apa-apa pun...
 
terima kasih tak terhingga atas kunjungan korang ke blog ni. setiap komen yang 'singgah' sini kecuali komen spam anies sangat sangat menghargainya. 

so, untuk itu anies umumkan dulu Top 5 for June 2023! cekidaut!





huhuu... buat pertama kalinya nama blogger Sha terus meroket ke tangga no. 1 untuk Jun 2023. tepukkk👏👏👏

'untuk rekod', Sha pernah tersenarai dalam top 5 blog ni sebanyak 2 kali. pertama, top 5 for February di mana Sha 'menghuni' no. 5 manakala kali kedua, top 5 for March - di no. 2.

apa-apa pun, tahniah dah terima kasih Sha kerana sudi singgah dan komen kat sini. anies ulang lagi macam sebelum ni, tolong follow blog Sha ya! klik je link kat atas tu.




blogger yang tak perlu diperkenalkan lagi... yang, sepanjang 6 bulan ni... nama dia pasti 'tersangkut' dalam 'carta top 5'.

tahniah dan terima kasih nina sebab selalu singgah dan komen. atau dalam kata lain, bom blog orang tak sudah😂😂 dannn... kepada korang yang masih 'tak reti-reti' nak follow blog nina ni, hah! cepat follow! jangan sampai inspektor Sheila selesaikan semua!😂


3. https://mreneyoo.blogspot.com/


nampaknya 'tuah' masih memihak blogger dari negara jiran kita!

tahniah mreneyoo👏👏 dan terima kasih tak terhingga sebab selalu singgah blog tak seberapa ni.

untuk 'rekod' setakat ni, blogger mreneyoo dah 2 kali masuk dalam 'carta top 5'. pertama kalinya top 5 bulan Mac di mana mreneyoo dapat no. 3 dan kali kedua pada bulan Mei - no. 2! #terbaik 👍👍👍

well kepada korang yang belum lagi berkenalan dengan blogger mreneyoo ni, sila follow ya blog beliau😀


4. http://me-soul-searching.blogspot.com/


blogger dari Melaka ni tak perlu kot diperkenalkan esp. dalam kalangan blogger Malaysia.

blogger NA memang seorang 'kaki komen'. bukan blog anies je. blog blog lain pun nama NA antara yang tersenarai dalam top commentator. betul tak NA?😉😉

so kalau korang nak NA pun rajin terjah blog korang, rajin rajin laa follow blog NA ya...




last but not least... salah seorang blogger nunnnn jauh di benua Amerika Selatan... yang namanya pernah masuk dalam top 5 for March yang lalu...

lain tak bukan.... blogger JP Alexander / Citu!!! 

walaupun kita berbeza bahasa tapi ketahuilah... bantuan daripada Google Translate telah banyak mudahkan kerja kami.

mucha gracias JP sebab selalu singgah sini dan komen. seorang blogger yang suka membaca dan menulis, so korang yang share hobi yang sama dengan JP, jangan lupa follow blog beliau ya!


dan seterusnya... top 5 for half of 2023!!!


anies tak tahu nak cakap apa tentang mereka berlima ni selain ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi 'memeriahkan' blog ni. 

ya tahu... bukan mereka berlima ni je. yang tak termasuk dalam top 5 ni pun tetap menjadi satu daripada 'penyumbang kemeriahan' blog ni. TERIMA KASIH korang!

korang memang terbaik dan sentiasa terbaik! anies doakan semoga ukhwah ini akan berteruskan sampai bila-bila.

jangan lupa klik link di bawah untuk follow 'kaki kaki komen' di atas ya!


okey, sedikit ringkasan fasal blog ni. untuk bulan lepas hanya 19 entry sahaja sempat anies kongsikan. daripada 19 entry ni, cerita makan-makan 'masih mendominasi' perkongsian diikuti 'jalan-jalan Jumaat' yang mana anies masih lagi fokus kepada cerita jalan-jalan ke Mesir yang masih belum nampak noktahnya😂

selain tu, cerita fasal kenduri kahwin. bab ni memang tak selalu ada. tapi kalau ada... haa... ada laa perkongsiannya tu.

last but not least, highlight of the June semestinya cerita tentang pertemuan anies dengan blogger Fanny! yeahhh... yang ni setahun sekali pun payah. lainlah kalau dengan blogger Malaysia. ni blogger dari negara jiran kot! of coz anies memang teruja nak share.

well tu jelah 'entry mukadimah' untuk bulan Julai. month of happiness. month of joy for me😉 so thanks for reading.
daa....

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

40 Words of Lo♥e

  1. Alhamdulillah, semuanya masih aktf menulis dan aktif ngeblog
    masih bisa menjalin silaturahmi
    sehat selalu ,dan sukses selalu

    ReplyDelete
  2. Semoga Anies konsisten menulis.

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Semoga terus bersemangat untuk berblogging!

    ReplyDelete
  4. Tahniah kaki-kaki komen!

    ReplyDelete
  5. Wah..saya ada lagi di top 5 komen😀..padahal sejak awal bw ke blog teman"dari luar tak pernah berfikir untuk masuk top komen atau enggak...makasih tak terkira😊🙏

    ReplyDelete
  6. Tahniah anies! Semoga terus istiqamah berblogging 👏🏻

    ReplyDelete
  7. Saya dah terkeluar dari senarai top-5. Sibuk sikit bulan Jun. Tahniah pada yang tersenarai! :)

    ReplyDelete
  8. that is so nice that you have a lot of readers:)

    ReplyDelete
  9. it's so astounding to have someone that will read everything that we write and voice up their point of view about our writings! high five for them!!

    ReplyDelete
  10. So nice bloggers, thanks for your sharing..

    ReplyDelete
  11. Bulan Juni dan Juli nih Fanny memang banyak trip. Jadi agak susah nak BW. Tapi selepas juli, tunggulah, nak rajin BW lagi ke blog Kaka dan lainnya 😄😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh berjalan sahaja ya. that's ok. terima kasih sebab sudi komen di sini👍👍👍👍

      Delete
  12. Tumpang seronok. Best best moga ukhuwah berpanjangan

    ReplyDelete
  13. Siempre es genial pasar por tu blog. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gracias por dejar siempre tus comentarios aqui

      Delete
  14. hihihi mantap, tahniah teman-teman

    ReplyDelete
  15. tahniah kepada para pemenang...nampaknya saya semakin sibuk dengan kerjaya sehingga kurang masa untuk layan blogwalking

    ReplyDelete
  16. Buat blogger muda, bisalah kejar bintang. Nenek2 seusia saya, slow only. He he ....


    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ni memang dah terkenal rajin komen ;-)

      Delete
  17. Tahniah untuk semua top 5 komentator. Saya dah terkeluar dari carta terus ni. hihi..ada masa, adalah. Tak ada masa, tenggelam terus jawabnya.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆