Kunci

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Cerita 1

isteri: bang, awak dah duplicate kunci pintu belakang tu?
suami: belum.
isteri: kenapa tak duplicate lagi?
suami: saya terhilangkan kunci tu semalam.
isteri: grrr...


cerita 2

isteri: hello, bang! saya dah keluar ni. kunci rumah saya dah letak kat rak kasut.
suami: okey!

suami, setiba di rumah dan terus cari kunci di rak kasut.

suami: ish, manalah pula kunci ni? bukan ke dia beritahu tadi, dia letak kat rak kasut?

sekali lagi si suami mencari kunci.

suami: hello, yang! kat mana awak letak kunci?
isteri: laa kan saya dah beritahu tadi. saya letak kat rak kasut.
suami: abang dah cari. tak ada! cuba awak tengok dalam beg awak tu. kot kot awak tak letak pun!
isteri: mana ada! saya dah letak tadi! (sambil tu tangannya menyelongkar beg. tiba-tiba...)
isteri: bang... sorry... saya terbawa kunci...
suami: awak balik sekarang!


cerita 3

suami: yang, awak nampak tak kunci kereta saya? 
isteri: eh, bukan ke tadi abang dah ambil?
suami: ya... tapi laa ni dah tak ada!

si isteri mendekati suaminya lalu dicapai tangan suami.

isteri: ni apa? (kunci dalam genggaman suaminya)
suami: hehehe...




cerita 4

apa cerita lucu tentang kunci yang korang ada? jom share!👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

36 Words of Lo♥e

  1. Saya pernah kehilangan kunci atau jatuh di kendaraan atau dimana gitu..karna pergi agak jauh bbrp jam,maka pagar saya gembok/kunci... pas pulang mau buka pagar gak bisa karna kuncinya hilang tadi...terpaksa memanjat pagar rumah..untung pagar rumah gak tinggi hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjat pagar? kalu waktu malam tu tentu jiran menyangka pencuri😁

      Delete
  2. Macam-macam kisah pasal kunci ni. Boleh buat hangin kalau salah letak, hilang dan tak jumpa. So far tak ada kisah lucu pasal kunci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... sy pun hangin jg sbb salah sendiri

      Delete
  3. Kunci patah dalam mangga kunci... eh, tak lucu laaaaa....

    ReplyDelete
  4. Memacam ek.. Saya pun ada pengalaman dengan kunci! Tertinggal kunci kereta dalam kereta.. Kat pam minyak..Lepastu pintu terkunci pulakk..Haihh, terpaksa adik tolong hantar kunci spare ... Haha..Mujur tak ramai orang time tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihhhh biar betul? sik baik ada kunci spare.... igt letak kat mana...

      Delete
  5. cerita cari kunci memang lucu sampai anak2 tanya password kunci apa heh heh

    ReplyDelete
  6. isteri: ni apa? (kunci dalam genggaman suaminya) .... Haha ... Saya juga sering begitu.

    ReplyDelete
  7. sempena hari kunci sedunia ke anies hehe macam2 kisah kunci ye :)

    ReplyDelete
  8. Buenas historias te hacen pensar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. kitorg duduk umah atas setiap kali tertinggal kunci umah dalam kete mesti payah malas nak turun bawah amik.. so last kami pakai digital lock.. senang tumb print, code, pakai kad, pakai dgn app.. keyless dah hahaha tak yah gaduh2 dah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh mantappp... sy dgr kalau pasang digital lock ni pricey sikit tp berbaloiii

      Delete
  10. Memang pening kalau letak kunci merata-rata. Orang lain yang susah.
    Rasa takde yang lucu. Pening kepala mencari adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa bla ramai org dlm.rumah mmg mcm2 perangai. psl kunci pun bleh jd kecoh😀

      Delete
  11. Hahahahah masalah kunci ini suami saya yg sering sangat lupa. Makanya kami punya beberapa duplikat kak, supaya kalo hilang, tak payah nak cari 🤣.

    Palingan dulu pas masih kerja, kartu pass yg digunakan utk access card di kantor tertinggal dalam ruangan. Saya tak bisa masuk. Sementara akses ke sana hanya 2 orang yg bisa, sana dan branch manager, lagi tak di tempat pula dia. Akhirnya terpaksa masuk dari jendela kecil. Bersyukuuuur badan saya kecil dulu, jadi bisa masuk 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. oitttt panjat tingkap ke tu? tolongggg🤣🤣🤣

      Delete
  12. bab kunci saya jarang lupa tapi kalau telefon, dan lain-lain mudah sahaja lupa...sindrom peningkatan usia kot

    ReplyDelete
  13. Suami pernah hilang kunci moto, kebetulan dia cuti 3 hari.Yg lawaknya dia xsedar pun dia hilang kunci moto. Lepas 3 hari tetiba dia Tanya si bini Mana kunci moto dia? Sy mcm "sejak Bila pulak ayg pegang kunci moto abg?"..Selamat 5 tahun kawen xpernah sekali pun bini pegang kunci moto dia, Naik lg lah xpernah 🤣🤣 Hari ke 4 terpaksa Naik kete g keje. Then Hari ke 5 dia nak g keje terjumpa kunci moto betul2 tepi tiang belakang garaj parking kete. Agaknya ada org jumpa & alih ke situ. Kunci tu jatuh Masa dia kuar kete lah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makkkk aiiii lamanyaaaa mmg tak igt langsung ke? hehehe

      Delete
  14. Ada, anak sulung saya pernah merajuk dan mengunci pintu kamar, lantas ternyata kunci tersangkut dan tak bisa dibuka. Karena panik dia berteriak dari dalam kamar, terpaksalah pintu dibongkar dari luar dan rusak sudah. aduhai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah.... habis laa pintu rumah ya naia...haiiii anak...

      Delete
  15. Hehe, lawak cerita di atas.
    Saya pernah kunci rumah, tapi lupa bawa kunci. Pintu tu, cara kunci, tekan di belakang tombol pintu je. Automatik, bila kita tutup pintu, jari tu sentiasa nak tekan lock belakang pintu. Sudah jadi tabiat.
    Jadi, terpaksa pergi ofis suami, minta kunci dia, untuk masuk rumah. Hehe. Nyanyuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam sy laa ms kat rumah lama dulu. nak keluar sidai baju tgn gatai tekan tombol kat dlm...sudahnya kena cari galah utk ambil kunci dr dlm rumah haihhh

      Delete
  16. Hahaha.. Adoilah.. yang no 3 tu selau jadi dekat Sha dan encik suami.. Punyalah beria cari kunci walhal kunci memang dah ada kat tangan.. kikiki..

    Satu lagi peristiwa yang selalu jadi bila kunci grill rumah (grill ini dekat beranda) terjatuh ke luar rumah lepas kunci grill.. Mujur rumah aras bawah, boleh nak keluar dan gi ambil sebab ada pintu depan.. kalau tak memang nayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah boleh pulak jatuh yaaa sik baik x masuk dlm rumah bwh😁😁

      Delete
  17. sepanjang 19 tahun berkahwin...kunci mmg selalu main peranan jadi hero dalam drama rumah tangga kami

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆