✿...السلام عليكم✿
Uuuaaarrghhh... malas betul nak bangun
pagi tadi, kan? almaklumlah, cuti 4 hari
berderet. tu baru 4 hari. kalau seminggu?
errr... tak nak bayangkan!
okey laa... nak sambung cerita jalan2
ke Langkawi (sambungan daripada #1 dan #2.)
oh, ya! hari tu tengok berita... perrrghhh
sesak betul jeti Kuala Kedah! pagi CNY tu,
ada yang datang awal pagi tapi dapat tiket
feri pukul 3 petang. tu baru cerita kat jeti.
kat pulau entah macam mana... mmm
orang Langkawi memang buat duit laa
sempena CNY ni. bulan depan ada
LIMA 2015. lagi masyukkk laa nampaknya...
okey. melalut dah!
hari berikutnya, kami bangun awal.
pertama sebab nak mandi pool.
kedua, sebab tiket masuk. tahu2 je
laa kan... tempat2 tumpuan pelancong
ni, kalau lewat sampai, sesak tu tak
payah cakap laa...
usai bersarapan (tetiba teringat sambal
sotong kat gerai tu... sedap giler noks!
rasa nak repeat lagi dan lagi!),
terus kami tuju ke...
SkyCab
agak jauh juga laa dari apartment yang kami sewa. hampir 30KM. Alhamdulillah tak sesat sebab banyak signboard. turun je dari van, terus berlari ke kaunter tiket. tapi sebelum tu dah collect MyKad siap2. bagi yang tak pernah naik lagi SkyCab ni, sila tunjukkan MyKad / MyKid (bagi warganegara Malaysia) ya! dengan MyKad yu ols just kena bayar RM20 je. kalau tak ada MyKad RM30. kalau nak feeling2 macam mat saleh, silalah bayar RM40 ;-). harga tiket bagi kanak2 lain ya...
sementara menunggu giliran untuk naik skycab, layan The Dome ni dulu. alaa... macam tayangan 3D je. acah2 naik roller coaster. tapi bila dah masuk and tengok, anies punya menjerit macam naik roller coaster yang real! ceh! buat malu orang kampung je... tapi bagus jugak The Dome ni. at least membantu spesis2 yang gayat, yang cepat pening etc.
sebelum naik skycab. teruja daa... oh, ya! memang ramai umat Muhammad hari tu. hampir sejam juga laa kami beratur sebelum dapat naik skycab ni...
Langkawi yang menakjubkan! tak rasa gayat pun. tapi bila skycab ni ditiup angin dan bergoyang2, mula laa ketaq kepla lutut... laju je mulut ni baca apa2 yang patut.
nampak tak muka orang yang sedang terbaring tu? tu laa gunung Manchincang... unik kan? saja nak kabo...
menci tawww... sibuk nak berselfie, sibuk laa ada yang nak interprem! eceh! masa ni dah sampai kat check point yang pertama. sejuk dan angin menderu2. bila tengok kat bawah, tenang je...
kat check point kedua (puncak skycab). kat sini lagi dahsyat punya angin. rasa macam bergoyang2 je menara tu. nak pegang monopod pun bergegar2 ;-) tapi pedulik hapa kan... selfie tetap selfie...
oh Langkawi... dari puncak... lama juga laa kami dok kat puncak ni. hampir 2 jam. walaupun sejuk, tahan je... bila perut dah rasa nak berdangdut, barulah kami beredar...
singgah Royal Langkawi Yatch Club
lepas turun dari skycab, ramai juga laa yang sakit kepala. mungkin sebab tekanan udara semasa menaiki skycab. singgah sekejap kat Royal Langkawi Yatch Club. tak buat apa2 pun kat sini. just berselfie and hilangkan sakit kepala...
shopping coklat @ HIG Shopping Mall
lepas lunch, kami terus ke HIG!!! (Haji Ismail Group) apa lagi kalau bukan memborong coklat!! yeahhhh... kali ni kami pergi ke HIG Shopping Mall. baru buka rasanya... masa datang ke sini pada tahun 2013 (boleh skodeng entry2 nyer kat SINI) belum ada lagi mall ni. bila dah sampai sini.... warrghhhhh... rasa nak terkeluar bijik mata! rasa nak rembat semua yang ada. sabo... sabo... beli yang ni pun dah cukup untuk merentungkan purse ;-)
mandi @ Pantai Chenang
balik dari memborong coklat, kami terus pulang ke apartment. panas woo... matahari memang terik. so, kami tunggu sampai lepas Asar baru bertolak ke Pantai Chenang. yap, niat nak mandi kat sini tercapai juga. tak seperti hari sebelumnya. petang tu, orang tak berapa ramai. mungkin sebab ramai dah angkat kaki.
selfie lagi! orang lain dok sibuk mandi, mem besar ni sibuk berselfie... ekekeke... bila tengok pasir kat pantai Chenang ni, tetiba teringat pantai 'Ajibah. (entry kat SINI) waaarghhh rindu...
makan ikan bakar @ Dataran Lang
dah puas mandi manda, kami balik semula ke pekan Kuah. plan kali ni pulak nak makan ikan bakar. rugi wooo dah samapai Langkawi tak pekena ikan bakar. cari punya cari, akhirnya kami pilih restoran yang tak jauh dari Dataran Lang. memang licin! tak tahu laa pulak...licin sebab sedap or sebab kelaparan ;-)
Dataran Lang
hari terakhir kami di Langkawi. destinasi terakhir sebelum balik adalah posing2 kat Dataran Lang. masa ni baru pukul 10 pagi tapi matahari dah terik.
haruslah kannn... dah sampai Langkawi... ni bukti DNAnya.... ;-)
terima kasih tok bi yang snap pic ni... jangan mare noo... bila angin berselfie melanda, tak boleh nak disekat2 ;-) like doploh juta kali!!
@ jeti Kuah. trip kali ni memang best sangat2! walaupun dah nak masuk 2 minggu, kami still cakap2 lagi pasal trip ni. masing2 dah pasang niat nak pergi lagi. tapi bila? tak tahu laa... insya-Allah panjang umur kami sampai lagi... yang pasti Langkawi memang best sangat2! till we meet again. bye-bye Langkawi!!
hatiku tertinggal di Langkawi...
isk isk isk... (sambil lap air hidung yang mengalir...)
ada 8 orang yang join trip ni. tapi gambar2 diorang dah di banned dalam blog ni! ^_^
amboiii... Dr. Shikin... tak agak2 noo nak membedil... terima kasih banyak2! insya-Allah yang dah follow dan drop komen tu, akan anies balas pada sebelah petang nanti...






























Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam