Hatiku tertinggal di Langkawi #1
12:00 pm
✿...السلام عليكم✿
Plan nak ke sini sebenarnya tak termasuk
pun dalam senarai cuti-cuti 2015.
tapi disebabkan dah 'berhutang' cuti,
maka terpaksa laa mencari tempat2
yang sesuai untuk melepakkan badan
bincang punya bincang, akhirnya Langkawi
terpilih dan seterusnya menjadi destinasi
pertama cuti2 Malaysia untuk tahun ni.
(perrghhh... ayat... kemain skema)
bagi menambah perisa
kali ni, kami memilih keretapi sebagai
pengangkutan untuk ke sana.
err... kita bercerita dengan gambar ek?
ini tiket last minute. why? sebabnya KTMB ada problem dengan sistem dgiorang. ini berlaku kerana pertindihan pembelian tiket (online) akibat cuti sekolah yang lepas dengan cuti CNY. so, terpaksa laa walk in untuk dapatkan tiket ni. Alhamdulillah, dapat koc yang best dan lebih selesa. macam pic kat bawah ni...
kawan anies cakap, koc berkatil kat gerabak lain tak sama macam yang kami dapat ni. yang ni lagi selesa dan luas.
RM45 untuk katil atas. RM55 untuk katil bawah. RM36 untuk seat biasa.
masa ni nak dekat sampai stesen keretapi Alor Setar (lepas Gurun). keadaan dah terang benderang. suka tengok pemandangan sepanjang jalan yang dilitupi sawah padi... ni yang rasa nak repeat lagi ni!
kami tiba di stesen keretapi Alor Setar lebih kurang pukul 8 pagi keesokannya. lepas tu, terus ambil teksi menuju ke jeti Kuala Kedah. perjalanannya tak jauh...just 10KM je... harga tambang teksi dari stesen keretapi Alor Setar ke jeti Kuala Kedah adalah antara RM15-RM25 (untuk 4 orang). sampai je kat jeti, terus beli tiket. harga tiket feri (sehala) untuk dewasa RM23 manakala untuk kanak-kanak RM18 (kalau tak silap laa)
ni laa ferinya... kecik je... kecik2 pun, penuh dengan penumpang. Alhamdulillah...selamat juga kami sampai di jeti Kuah. cuaca agak terik time ni. dari jeti Kuah, kami terus ke restoran sementara menanti masa untuk check in kat apartment.
kat sini laa kami menginap sepanjang berada kat Langkawi ni. ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. selain tu ada swimming pool dan security guard. lokasi apartment ni cuma 1KM je dari jeti Kuah. harga penginapan kat sini dicampur dengan sewa van (14 seat) selama 3D 2N adalah RM600. murah ke mahal?
okey, anies stop kat sini dulu ek. sebenarnya
ada lagi cerita yang nak di share. ni just intro
je dulu. nanti anies sambung lagi ek...
daa...
BW belum habis lagi... sabaq noo... kalau anies belum singgah teratak yu ols...
36 Words of Lo♥e
seronoknya...salam jumaat anis
ReplyDeleteHaai, aniesrin... salam kenal ya...
ReplyDeleteasik sekali liat foto jalan-jalannya :)
Oh iya, visit back ya, terima kasih :)
bestnya dapat p langkawi =)
ReplyDeleteLamanya tak ke langkawi..
ReplyDeletewah..best tak naik kereta api yg ada katil2 tu? pengalaman naik kereta api ambil seat je sbb perjalanan tak jauh smpi tjg malim je. kiki
ReplyDeleteAssalam anies,
ReplyDeletealaaaaaaaaaaaaaaa
cepatla sambung
semangat iols nak baca he3
wuih asyik banget nih sob traveling terus, aku juga pengen nih diajak jalan-jalan kesitu ;)
ReplyDeleteBESTNYA BERCUTI KE LANGKAWI YA...PADA KAK BELANJA PENGINAPAN N PENGANKUTAN 3 HAR DUA MLM SEBANYAK TU OKLAH...KOT.
ReplyDeleteeh...baru nak baca dah habis..hehe.tak pernah try naik keretapi yng ada katil ni..
ReplyDeleteitu tiket apa ya.../
ReplyDeletebestnya anis...naik train..
ReplyDeletepengalaman yang menarik tu
ada terfikr nak jenjalan makan angin sensorang ... berani ke tak ni ... adeh .
ReplyDeleterindu kat malaysia nak ke Chinatown beli cenderamata dan minum teh tarik
ReplyDeleteFeri nya itu loh kak, bentuknya unik dan keren :)
ReplyDeleteWill be continue... hahaha
ReplyDeleteke utara ya anies .....langkawi memang sentiasa best
ReplyDeleteteringin pulak nak ke langkawi, lama sungguh tak ke sana
ReplyDeleteaniss..cepat sambung! plan nk p langkawi juga nnt
ReplyDeleteLihat sawahnya jd teringat kampung halaman :)
ReplyDeleteooh ada train ye...baru tau.
ReplyDeletethank you Anies..boleh jadi panduan klu nak ke Langkawi nanti.
bercuti ke Langkawi yer...
ReplyDeletefoto pemandangan sawah tu mcm tak jauh dr kg saya...
Wahh seronoknya.. menarik kembara backpackers mcm ni kan.. Teringin juga nak naik train mcm ni nanti. Nice sharing Anies... menarik.. :)
ReplyDeleteBestnye g Langkawi harga pun cam berbaloi je tu... Anies,ole2 xde ke,hehee....;.-)
ReplyDeletengeh2, timm pun suka nek ketapi, tenang je rasa walaupun lmbat..macm nostalgia ali setan pulak..hiii..
ReplyDeletelame xbace coretan kak anies...waitingggg
ReplyDeletesaya suka bawak anak2 balik kg ke utara dengan tren yg ada koc berkatil tu..anak2 pun suka. the last time kami naik, tgh tahun lps kalo x silap..mmg best! bila pagi2 dah smpai perlis, enjoyy je tgk sawah padi :)
ReplyDeleteSeronok ya bisa jalan-jalan, salam kenal :D
ReplyDeleteSyoknya! Tetiba rasa nak travel naik kereta api :)
ReplyDeleteanies..acik pernah tidur di sri legenda ni..masa tu cuti sekolah.. 3hari 2 malam rm560..van lain..RM350 pulak untuk van..
ReplyDeleteLast naik ktmb masa sekolah rendah kot.
ReplyDeleteTeringin nak naik koc berkatil tu.
Tak pernah....
Memang nampak selesa.
Anies, akak really appreciate entri Anies ni.
ReplyDeleteSebab...akak pun nak pergi Langkawi tapi tang transport ni memang fail especially bila pikir macamana nak ngangkut anak-anak without other adult.
Bagi akak, murah dah kalau RM600 utk penginapan apartment 3B + van 14seat untuk 3D2N.
ReplyDeleteOkey, nanti kita sambung next entri :)
ReplyDeleteSeronok baca...
Bulan depan ada LIMA lagi best pergi semula ke Langkawi kan...
ReplyDeletewaaah siap bercuti ke langkawi.. CT pernah naik ketapi dari penang-kl saja.. jejauh smpai ke kedah belom lagi.. kalau dalam tren tu nak solat macam mana eh ? ada ruang disediakan ke ?
ReplyDeletememang best kalau lalu dekat area gurun-pendang tu time sunset. cantik sgt
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆