Hatiku tertinggal di Langkawi #1

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Plan nak ke sini sebenarnya tak termasuk
pun dalam senarai cuti-cuti 2015.
tapi disebabkan dah 'berhutang' cuti,
maka terpaksa laa mencari tempat2
yang sesuai untuk melepakkan badan
merentungkan dompet dan me'release'kan otak.

bincang punya bincang, akhirnya Langkawi
terpilih dan seterusnya menjadi destinasi
pertama cuti2 Malaysia untuk tahun ni.
(perrghhh... ayat... kemain skema)
bagi menambah perisa strawberi cuti2 
kali ni, kami memilih keretapi sebagai
pengangkutan untuk ke sana.

err... kita bercerita dengan gambar ek?

ini tiket last minute. why? sebabnya KTMB ada problem dengan sistem dgiorang. ini berlaku kerana pertindihan pembelian tiket (online) akibat cuti sekolah yang lepas dengan cuti CNY. so, terpaksa laa walk in untuk dapatkan tiket ni. Alhamdulillah, dapat koc yang best dan lebih selesa. macam pic kat bawah ni...

kawan anies cakap, koc berkatil kat gerabak lain tak sama macam yang kami dapat ni. yang ni lagi selesa dan luas.
RM45 untuk katil atas. RM55 untuk katil bawah. RM36 untuk seat biasa.
masa ni nak dekat sampai stesen keretapi Alor Setar (lepas Gurun). keadaan dah terang benderang. suka tengok pemandangan sepanjang jalan yang dilitupi sawah padi... ni yang rasa nak repeat lagi ni!

kami tiba di stesen keretapi Alor Setar lebih kurang pukul 8 pagi keesokannya. lepas tu, terus ambil teksi menuju ke jeti Kuala Kedah. perjalanannya tak jauh...just 10KM je... harga tambang teksi dari stesen keretapi Alor Setar ke jeti Kuala Kedah adalah antara RM15-RM25 (untuk 4 orang). sampai je kat jeti, terus beli tiket. harga tiket feri (sehala) untuk dewasa RM23 manakala untuk kanak-kanak RM18 (kalau tak silap laa)

ni laa ferinya... kecik je... kecik2 pun, penuh dengan penumpang. Alhamdulillah...selamat juga kami sampai di jeti Kuah. cuaca agak terik time ni. dari jeti Kuah, kami terus ke restoran sementara menanti masa untuk check in kat apartment.

kat sini laa kami menginap sepanjang berada kat Langkawi ni. ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. selain tu ada swimming pool dan security guard. lokasi apartment ni cuma 1KM je dari jeti Kuah. harga penginapan kat sini dicampur dengan sewa van (14 seat) selama 3D 2N adalah RM600. murah ke mahal?


okey, anies stop kat sini dulu ek. sebenarnya 
ada lagi cerita yang nak di share. ni just intro 
je dulu. nanti anies sambung lagi ek...

daa...

BW belum habis lagi... sabaq noo... kalau anies belum singgah teratak yu ols...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

37 Words of Lo♥e

  1. seronoknya...salam jumaat anis

    ReplyDelete
  2. Haai, aniesrin... salam kenal ya...
    asik sekali liat foto jalan-jalannya :)

    Oh iya, visit back ya, terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. wah..best tak naik kereta api yg ada katil2 tu? pengalaman naik kereta api ambil seat je sbb perjalanan tak jauh smpi tjg malim je. kiki

    ReplyDelete
  4. Assalam anies,
    alaaaaaaaaaaaaaaa
    cepatla sambung
    semangat iols nak baca he3

    ReplyDelete
  5. wuih asyik banget nih sob traveling terus, aku juga pengen nih diajak jalan-jalan kesitu ;)

    ReplyDelete
  6. patut lama tak update blog..makan angin ke langkawi rupanya..

    ReplyDelete
  7. BESTNYA BERCUTI KE LANGKAWI YA...PADA KAK BELANJA PENGINAPAN N PENGANKUTAN 3 HAR DUA MLM SEBANYAK TU OKLAH...KOT.

    ReplyDelete
  8. eh...baru nak baca dah habis..hehe.tak pernah try naik keretapi yng ada katil ni..

    ReplyDelete
  9. bestnya anis...naik train..
    pengalaman yang menarik tu

    ReplyDelete
  10. ada terfikr nak jenjalan makan angin sensorang ... berani ke tak ni ... adeh .

    ReplyDelete
  11. rindu kat malaysia nak ke Chinatown beli cenderamata dan minum teh tarik

    ReplyDelete
  12. Feri nya itu loh kak, bentuknya unik dan keren :)

    ReplyDelete
  13. ke utara ya anies .....langkawi memang sentiasa best

    ReplyDelete
  14. teringin pulak nak ke langkawi, lama sungguh tak ke sana

    ReplyDelete
  15. aniss..cepat sambung! plan nk p langkawi juga nnt

    ReplyDelete
  16. Lihat sawahnya jd teringat kampung halaman :)

    ReplyDelete
  17. ooh ada train ye...baru tau.

    thank you Anies..boleh jadi panduan klu nak ke Langkawi nanti.

    ReplyDelete
  18. bercuti ke Langkawi yer...
    foto pemandangan sawah tu mcm tak jauh dr kg saya...

    ReplyDelete
  19. Wahh seronoknya.. menarik kembara backpackers mcm ni kan.. Teringin juga nak naik train mcm ni nanti. Nice sharing Anies... menarik.. :)

    ReplyDelete
  20. Bestnye g Langkawi harga pun cam berbaloi je tu... Anies,ole2 xde ke,hehee....;.-)

    ReplyDelete
  21. ngeh2, timm pun suka nek ketapi, tenang je rasa walaupun lmbat..macm nostalgia ali setan pulak..hiii..

    ReplyDelete
  22. lame xbace coretan kak anies...waitingggg

    ReplyDelete
  23. saya suka bawak anak2 balik kg ke utara dengan tren yg ada koc berkatil tu..anak2 pun suka. the last time kami naik, tgh tahun lps kalo x silap..mmg best! bila pagi2 dah smpai perlis, enjoyy je tgk sawah padi :)

    ReplyDelete
  24. Seronok ya bisa jalan-jalan, salam kenal :D

    ReplyDelete
  25. Syoknya! Tetiba rasa nak travel naik kereta api :)

    ReplyDelete
  26. anies..acik pernah tidur di sri legenda ni..masa tu cuti sekolah.. 3hari 2 malam rm560..van lain..RM350 pulak untuk van..

    ReplyDelete
  27. Last naik ktmb masa sekolah rendah kot.
    Teringin nak naik koc berkatil tu.
    Tak pernah....
    Memang nampak selesa.

    ReplyDelete
  28. Anies, akak really appreciate entri Anies ni.
    Sebab...akak pun nak pergi Langkawi tapi tang transport ni memang fail especially bila pikir macamana nak ngangkut anak-anak without other adult.

    ReplyDelete
  29. Bagi akak, murah dah kalau RM600 utk penginapan apartment 3B + van 14seat untuk 3D2N.

    ReplyDelete
  30. Okey, nanti kita sambung next entri :)
    Seronok baca...

    ReplyDelete
  31. Bulan depan ada LIMA lagi best pergi semula ke Langkawi kan...

    ReplyDelete
  32. waaah siap bercuti ke langkawi.. CT pernah naik ketapi dari penang-kl saja.. jejauh smpai ke kedah belom lagi.. kalau dalam tren tu nak solat macam mana eh ? ada ruang disediakan ke ?

    ReplyDelete
  33. memang best kalau lalu dekat area gurun-pendang tu time sunset. cantik sgt

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆