Terima kasih daun keladi blogger Mulan

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Khamis lepas, blogger Mulan WA anies minta sahkan alamat. tup tup petang Jumaat dah terima... wah... cepat betul! ya laa... time puasa (baca: musim perayaan) ni kan pihak logistik sibuk uruskan parcel bertimbun. tapi pihak Pos Laju... bedesup! dah sampai😁 bagus... bagus👍👍

bila parcel dibuka... tadaaa... wahhhh kotak munge munge😁 apa isi di dalamnya yaaa... (drum roll)

kotak tu nampak je kecil tapi isinyaaaa .. banyak! well, start dari foto atas (kiri), keychain & fridge magnet dari negara-negara yang blogger Mulan kunjungi baru-baru ni dan tahun lepas. then di bawahnya, tudung bawal Minaz berserta pin! anies sangkakan charm tudung. rupanya pin. ni boleh buat tudung raya nampaknya. BTW, sejak dapat tudung Minaz pada 2024, anies dah jatuh suka dengan tudung bawal brand ni. terima kasih blogger Mulan sebab 'perkenalkan' Minaz walaupun ia dah lama berada @ pasaran. seterusnya, foto atas (kanan), kurma Ajwa. sedap dan lembut sangat. rasa sayang je nak habiskan😂 di bawahnya lunch tote bag dari Jepun, juga salah sebuah negara yang blogger Mulan lawati tahun lepas. and last but not least, potholder. cantik! lemon theme. menyerlah betul warnanya! 


difahamkan yang pemberian ni adalah disebabkan anies menjadi salah seorang top commentator @ blog blogger Mulan tahun lepas dan juga sebab berjaya meneka negara yang blogger Mulan lawati. Alhamdulillah... rezeki Ramadan dan insya Allah akan anies manfaatkan pemberian ni sebaiknya.

terima kasih tak terhingga buat blogger Mulan. kalau korang belum kenal dan nak follow blog blogger Mulan, klik kat SINI ya! selain cerita jalan-jalan, korang juga boleh belajar memasak sebab blogger Mulan selalu share pelbagai resepi menarik!

that's all for today...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

18 Words of Lo♥e

  1. Alhamdulillah.. banyaknya dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki Ramadan

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat hadiah, semoga persahabatan kekal hingga ke akhirnya.

    ReplyDelete
  4. Lindos regalos. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  5. mcm2 gift dpt tu...pernah 2x juga dpt gift dr blogger mulan

    ReplyDelete
  6. Beautiful prizes. Congratulations, I am so happy 😊 for you. 💓

    ReplyDelete
  7. tahniahnyer dpt hadiah ittewww., aminn

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak anies! Pot holder tu, saya bagi kat mak. Masalahnya tak nampak pulak kat dapur tu. Entah2 simpan dalam almari sbb sayang nak guna haha

    ReplyDelete
  9. Wah tahniah ya kak Anies. Sudah beberapa kali kebelakangan ini, setiap kali blogwalk pasti jumpa posting hadiah daripada kak Mulan.
    Memang hebat-hebat blogger Malaysia tu ya.

    ReplyDelete
  10. Que maravilha gostei muito, desejo uma feliz semana bjs.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah tahniah Anies!
    Tudung tu lawa teroks 😍

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dah sampai. Terima Kasih selalu singgah blog

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆