Aidilfitri: yang berpisah tiada...
12:22 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebelum tu... Salam Aidilfitri sekali lagi buat kawan-kawan yang tengah baca entry ni. macam mana dengan raya korang tahun ni? tentu meriah, kan?
hari ni... ada yang dah start kerja ke tu? ke... masih lagi 'bergelumang' dengan cuti raya? well... nak cerita fasal apa ya raya anies tahun ni? sebabnya saban tahun, hampir sama je skripnya😁. so, kali ni kita tulis lain daripada yang lain? okey tak?
apa yang anies tulis ni... lazimnya (based on) berlaku @ Malaysia. kalau kat negara lain tak tahu laa sebab seumur hidup ni anies tak pernah lagi beraya kat negara lain. kalau tahun depan beraya kat London, tak tahu laa pula kannn😂
Aidilfitri: yang berpisah tiada... baju baru, warna tema & gosok baju. rasanya semua dah maklum kita disunatkan berpakaian baru ketika menyambut Syawal. so untuk tahun ni anies just beli sepasang je dan untuk hari-hari raya seterusnya, pakai baju lama. warna tema baju pula memang tak ikut pun apa yang socmed gembar-gemburkan. for me warna pink + peach pun okey. janji materialnya tak panas. dannn last sekali of coz laa gosok baju. part paling malas nak buat tapi memang kena buat. takkan laa nak pakai baju kedut seribu kannn...
Aidilfitri: yang berpisah tiada.... solat sunat Aidilfitri @ masjid. Alhamdulillah tahun ni dapat solat berjemaah dengan warga kampung plus anak perantauan. kat sini 8.30 pagi dah start solat dan habis khutbah sekitar jam 9.20.
Aidilfitri: yang berpisah tiada... ziarah kubur ahli keluarga. lepas solat anies singgah sekejap untuk ziarah kubur atuk, abah, ayah & mak cik. since mereka dikebumikan sebelah masjid jadinya ziarah ni ambil masa sekitar 5-10 minit je... Alfatihah buat semua yang telah mendahului kita...
Aidilfitri: yang berpisah tiada.,.. kuih / biskut raya. as usual, kat rumah anies ni kuih raya 95% adalah pemberian orang. kalau dihitung rasanya ada lebih 15 jenis kuih raya. ni tak kira lagi dengan maruku, rempeyek, keropok dan lain-lain. untuk juadah raya, selain ketupat, kami buat kuih talam, kuih lopes, sup tulang dan rendang daging. tahun ni tak ada lauk ayam...
Aidilfitri: yang berpisah tiada... duit raya! memberi dan menerima duit raya secara tak langsung 'menambah' kegembiraan dan keceriaan di Hari Raya. Alhamdulillah... masih ada yang sudi menghulur duit raya. i is terharuuu... terima kasih kepada si pemberi. mudah-mudahan Allah sentiasa limpahkan rezeki buat kalian.
Aidilfitri: yang berpisah tiada... traffic jammed! apa nak buat... aktiviti beraya dari satu rumah ke satu rumah menyebabkan atas jalan raya dipenuhi kenderaan. disebabkan raya tahun ni cuaca agak panas jadinya anies decide untuk keluar ziarah lepas Asar. tapiii tetap juga tak boleh nak elak jammed. so dari satu rumah ke satu rumah tu, kena drive sejam lebih tu, biasaaa😂
Aidilfitri: yang berpisah tiada... main bunga api. ni anak-anak sepupu anies yang tengah seronok main bunga api. seronok layan diorang sebab sejenis yang tak boleh duduk diam😂
Aidilfitri: yang berpisah tiada... open house! ni open house kat rumah keluarga ipar mak cik anies. kami sampai lewat. tu yang makanan banyak dah habis. tapi tu bukan targetnya. open house pun konsep asalnya nak mengeratkan ukhwah. makan minum tu kira nombor dua. ada kala datang open house sebab nak tunjuk muka je. nak makan pun tak larat sebab perut dah penuh😂
Aidilfitri: yang berpisah tiada... mercun & bunga api! raya kat Malaysia ni, apa jua perayaan yang disambut memang tak lekang dengan bunga api. short video ni anies sempat shoot masa sepupu sibuk bakar duit bunga api...
Aidilfitri: yang berpisah tiada... balik dari kampung & kena hadap jammed! tu biasaaaa bagi mereka yang bekerja jauh dari family. anies balik tengah hari semalam, punnn kena hadap jammed dan accident. sabar je laa...
well... macam mana dengan Aidilfitri korang tahun ni? best tak?












Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
23 Words of Lo♥e
Selamat hari raya Anies....banyak yg berpisah tiada kan..raya tau ni so so je utk akak...x seseronok time mak ada dulu..kurang..bila ibu rumah dh tiada kurang org datang beraya...adik2 pun hari raya pertama dh balik rumah mertua diorang tinggal la kak SA 4 beranak termasuk.PZ...memang x best raya...
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahun ni rasa raya tak terkejar².. sebab Linda cuti panjang..suami memang free sokmo..hihi..
ReplyDeleteSelamat hari raya buat Sis Anie, maaf salah silap dalam berkomen..
*sis Anies.. tertinggal s pula
ReplyDeletealhamdulillah salam aidilfitri maaf zahir batin anies n fmili
ReplyDeletewah meriahnyaa.. Selamat Hari Raya 😊
ReplyDeleteSelamat hari raya. Maaf zahir & batin. Hari ni masih cuti. Esok baru start kerja.
ReplyDeleteSalam Aidilfitri Anies.. Tak ada yang menarik pun Raya pertama Sha..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahun ini awal Sha beli baju dan gosok siap.. Memang dah bersedia tapi kita hanya merancang..
Thank you!
ReplyDeleteSalam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
ReplyDeleteTahun ni mercun dan bunga api meriah lain macam.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye Anies...
ReplyDeleteTart nenas tu menonjol betul, ai is tergoda :D
Semua yang berpisah tiada dgn aidilfitri tu menambah rencah & kemeriahan Raya 😁
Passar roupa é bem preguiçoso, delícia esses biscoitos, passando pra desejar uma feliz quarta-feira bjs.
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri anies..maaf zahir dan batin..:)
ReplyDeleteTambahan: yang berpisah tiada: Dapat bonus... bonus habis untuk raya.... Hahahahaa
ReplyDeleteBertabahlah ngadap jem
ReplyDeleteYour photos are lovely! I wish you good health and happiness, always! Thank you so much for sharing, dear friend.
ReplyDeleteselamat hari raya anies...syok kalo dpt beraya di london tu hehe....kita teamraya kl so tkde la hadap jammed...dlu2 raya blk klate ada la jammed..br la raya bila jammed hehe
ReplyDeleteSelamat hari raya sisss.
ReplyDeleteWah, banyak rupa kegiatan selama hari raya ya mbak. Seruuu sekali, apalagi jika di kampung halaman.
ReplyDeleteMohon maaf lahir dan batin ya mbak Anieeess.. Semoga sehat dan panjang umur selalu
Thank you for sharing your photos and thoughts. I wish you good health and happiness 😊 always.
ReplyDeleteGenial celebración. Te mando un beso.
ReplyDeleteAlhamdulillah ❤️ salam aidilfitri buat Anies sekeluarga
ReplyDeleteSalam Syawal & Selamat Hari Raya Aidil Fitri
ReplyDeletesemakin berumur ni semaking kurang vibes raya... x seperti zaman kanak2 dulu.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆