Program sembelihan haiwan korban

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Program tahun ni, ada beza sikit yang mana pihak masjid buat kerja-kerja sembelihan, melapah dan membungkus daging-daging korban kat kawasan sama. manakala kerja-kerja pengagihan pula dilakukan kat pekarangan masjid.

selesai solat, orang kampung mula berkumpul kat sebelah rumah setiausaha (SU) masjid. kat situ 8 ekor lembu dan seekor kambing dah siap ditambat dan hanya tunggu masa je untuk disembelih.

2 buah khemah kat halaman rumah SU didirikan untuk kerja-kerja melapah, memotong dan membungkus daging. lebih kurang pukul 9.00 pagi kerja-kerja sembelihan pun bermula.


seekor demi seekor lembu disembelih...

kulit lembu akan disiat sebelum dagingnya dihantar ke khemah untuk proses seterusnya...

bahagian ni khas untuk pisahkan daging pada tulang dan potong tulang...

sebelum dilapah daging korban akan digantung pada khemah supaya lebih mudah prosesnya...

ni bahagian timbang dan bungkus daging... daging akan dicampur dengan organ dalaman lembu dan setiap bungkusan seberat 1KG...

short video @ khemah...

daging dah siap dibungkus sebelum dibawa ke masjid untuk diedarkan. setiap rumah dalam kampung ni akan dapat sekeping kupon dan kupon tu perlu diserahkan kepada AJK masjid untuk dapatkan daging korban...

untuk korban kambing, dagingnya tak diserahkan kepada penduduk sebaliknya ia dimasak dan dihidangkan kepada mereka yang datang membantu. mula-mula masak seperiuk sup je. tapi rupanya tak cukup. so terpaksa masak lagi seperiuk. nasib baik laa daging untuk sup pertama tu tak digunakan semua...

section paling jadi tumpuan... sup tadi tu👆 dimakan bersama roti, mi kuning, bihun dan nasi impit. untuk minuman pula ada air oren, air sirap, kopi dan teh panas. selain tu, ada juga nasi lemak, ubi rebus, pisang goreng dan kuih-muih...


well tu laa cerita 'kemuncak aidiladha' kami... harap-harap tahun depan ada rezeki boleh buat macam ni lagi...
that;s all...
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

36 Words of Lo♥e

  1. Bagus tu buat ditempat yang sama, senang nak menguruskannya pun. Banyak juga tu lembu dikorbankan. Nampak sangat sedap sup kambing tu sampai masak lagi. Dari sup kambing, boleh buat macam-macam olahan menu. Alhamdulillah bagus semuanya bekerjsama dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa sup panas2 kan daging baru pulak tu tu yg lajuuuu je habisnya haha

      Delete
  2. Meriah, kawasan mana ni? Sup kambing memanglah jadi rebutan tu.

    ReplyDelete
  3. Mesti sedap sup kambing tu lagi² selepas penat melapah.

    ReplyDelete
  4. Meriahnya anies. seronok pulak tgk. lagi best bila dah berkumpul tu makan ramai2 kan.

    ReplyDelete
  5. Teringat masa kecik2 dulu selalu ikut ayat bertugas lapah lembu kat masjid, dpt makan sup daging. Sedappp.

    Memang dafault menu masjid ni sup daging agaknya kan? 🤭

    ReplyDelete
  6. sup cicah dengan roti tu sedap...Alhamdulillah, meriah...semoga tahun depan ada rezeki lagi..aamin

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah meriah majlis ibadah korban sekampung

    ReplyDelete
  8. Tahun ni terlepas kerja gotong royong korban sebab kena bawa mak dan beraya dengan adik2 di Putrajaya

    ReplyDelete
  9. Sup dalam piok tu la yg tukang lapah tunggu2....

    ReplyDelete
  10. Wah keren ini, jadi daging kurbannya tak hanya dibagikan ke masyarakat, namun dinikmati pula oleh mereka semua yang membantu ya. Mantap sekali

    ReplyDelete
  11. Parece un buen lugar. Te mando un beso

    ReplyDelete
  12. waahhh terbaiklah pengurusan buat camni, semua nampak teratur je

    ReplyDelete
  13. Aktivitasnya mirip dengan apa yang dilakukan di kampung saya, Mbak.
    Kegiatan potong hewan kurban di organisir oleh pengurus masjid dan anggota masyarakat. Sebelumnya masing-masing penduduk kampung mendapat semacam kupon untuk nantinya ditukar dengan jatah daging kurban.
    Saat kegiatan berlangsung, tampak sekali kebersamaan penduduk kampung ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya tak jauh beza budaya di san dengan di sini... yg penting amalan bergotong royong itu tetap kekal diamalkan...

      Delete
  14. Menu wajib pd hri qurban mmg sup.. setiap masjid pasti ada resepi tersendiri dan blh kata setiap tahun rasa pasti berlainan hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu menu plg mudah. boleh je nk msk yg lain tp nak cpt hidang kan.... jd nya sup laa jd pilihan

      Delete
  15. Alhamdulillah aktviti membantu di hari raya qurban dan melapah sehingga diserahkan kepada org ramai.. masih lagi disertai oleh ramai org.. itu yg seronok.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya semnagat gotong royong tu masih ada dan dikekalkan...

      Delete
  16. Semoga amalan kita diterima....menarik Anies tulis pasal korban...lengkap

    ReplyDelete
  17. Sama juga ya ternyata proses pembagian hewan qurban, di urus oleh panita masjid dan warga sekitar, dapat kupon dan di bagi adil, bahkan ada juga panita yang ikutan menyiapkan hidangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kupon tu boleh mengelakkan sebarang penipuan. memang bagus guna cara ni

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆