Kaysone Phomvihane → Dansavanh, Laos: melewati lintasan darat Koridor Ekonomi Timur - Barat

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

usai check out dan sarapan, kami terus ke pekarangan resort kerana bas yang akan bawa kami ke Dansavanh dah menunggu. FYI, Dansavanh terletak dalam daerah Sepon, timur Laos.


bas berjenama Hyundai ni disewa oleh tour agensi (TA) sebab bas kami tu tiada permit untuk masuk ke Laos. sama macam Cambodia, Laos drive sebelah kanan. kat Laos juga TA ada upah seorang tour guide berbangsa Lao. boleh tengok orangnya dalam video👇

short video. our tour guide in Laos...


tepat jam 8.00 pagi bas pun beredar meninggalkan kampung Nongdeune, yakni lokasi di mana resort ni berada. patut laa laluan masuk kemain jauh. dalam kawasan kampung rupanya...


sebelum  tu... ni laa yang anies maksudkan pada title entry hari ni. Koridor Ekonomi Timur - Barat melibatkan 5 negara: China, Vietnam, Laos, Cambodia dan Thailand. panjang laluan ni adalah 1400++KM yang bermula di Hue, Vietnam dan berakhir di provinsi Tak, Thailand. tapi laluan yang kami rentas ni cuma sebahagian je. kata TG, lori-lori kargo dan treler khususnya dari Vietnam & China banyak guna laluan ni untuk hantar dagangan ke Thailand and vice versa. laluan ni cuma 2 lane. tak ada tol tapi permukaan jalannya sangat bagus. so, kiranya dalam sehari korang boleh 'datang' ke 3 negara sekaligus kalau guna laluan ni...


lebih kurang 20 minit kemudian, bas berhenti di stesen minyak. kata tour guide, lepas ni kami takkan berhenti sampai tiba di Dansavanh. sepanjang jalan tak ada public toilet. kalau ada stesen minyak pun, tandasnya bukan macam tandas yang kami jumpa sekarang.


bas kami tengah isi minyak...

kat stesen minyak ni ada 2 tandas. satu lagi kat belakang outdoor toilet ni. ahli rombongan kami terpaksa guna tandas ni sebab tandas kat belakang tu pintunya berkunci. eee... sabar je laa...



suasana kat stesen minyak dan kawasan sekitarnya👆 + short video👇




lepas ke tandas, sempat laa anies meninjau-ninjau kawasan kat situ. ada sebuah terminal bus. tapi tak nampak pun sebuah bas berhenti kat situ. selain tu, sebelah stesen minyak ni ada kafe Amazon. 


lengang je terminal basnya...

cafe Amazon... boleh teka tak apa maksud tulisan tu?

ramai guna nama Savannakhet, tapi untuk entry @ Laos, anies guna nama rasminya iaitu Kaysone Phomvihane...


selesai semua hal, kami naik bas semula dan meneruskan perjalanan tanpa henti ke Dansavanh. sepanjang laluan perdagangan ni, kami dapat lihat suasana kampung, pekan kecil, sawah padi, bukit-bukau dan lain-lain. walaupun keadaannya jauh beza dengan kawasan bandar, tapi ia sangat tenang lagi mendamaikan.


short video. bas melewati kawasan perindustrian...


paling seronok bila nampak sekawan lembu, kerbau dan kambing berkeliaran sana-sini. kata tour guide, mas kahwin orang Laos adalah seekor lembu, kambing atau kerbau. kalau dapat lebih dari seekor tu, kira pengantin lelaki tu orang kayalah.

so no wonder laa banyak lembu, kambing, kerbau sepanjang jalan. walaupun rumah penduduk kelihatan daif, tapi kat belakang rumah diorang ada beberapa ekor lembu!




rumah-rumah penduduknya sederhana sahaja👆👇




sekolah... rasanya ni sekolah rendah...





wat👆👇 yang kami nampak di sepanjang jalan tak 'semewah' wat yang berada di Thailand. even kat ceruk kampung pun, wat kat sana kelihatan lebih gah dan saiznya lebih besar...



mungkin ni salah satu cabang sungai Mekong...

antara rumah batu yang kami nampak... cantik!




pekan-pekan kecil👆👇



short video. kalau korang nak tengok keadaan jalan raya kat laluan ni, silalah tonton video👆ya!


okey... tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

32 Words of Lo♥e

  1. Wah, lintasan dari Kaysone Phomvihane ke Dansavanh ini tuh kayak main roller coaster versi slow-mo—jalannya dua lajur aja tapi mulus banget, trus bisa ngintip pedesaan, sapi-sapi calon mas kawin, sampai wat sepi nan damai, semua dikemas dalam satu perjalanan yang bikin hati adem kayak AC 16 derajat! 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam roller coaster tapi sebenarnya lurus sahaja..

      Delete
  2. Uish lebih 1400km jalan timur barat tu. Best gak kalau dapat lajak ke cina ni haha

    Walaupun keadaan diorg nampak daif, tapi setiap rumah ada satu lembu tu kira kaya jugaklah. Pekerjaan diorg mesti lebih kearah ternakan dan tanaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... boleh lajak trs ke china sbb mmg dkt sgt dah...
      ya..kalau kat kg2 tu kebanyakannya petani & penternak

      Delete
  3. Thank you very much dear anies!

    ReplyDelete
  4. Video last tu dapat tengok jalannya helok bertar
    Jauhnya perjalanan tu

    ReplyDelete
  5. masih kekal alam semula jadi

    ReplyDelete
  6. Suasananya tenang dan tak sesibuk di bandar. Nak baca tulisan tu memang tak tahulah Anies uii...
    Wah, rare betul mas kahwin lembu kerbau kambing bagai. Tapi yang pastinya mereka hidup aman dan harmoni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. tenang je..
      bgs mas kahwin mcm tu boleh jd modal utk bakal penternak

      Delete
  7. Struggle jugak nak faham guide dia tu kan?

    ReplyDelete
  8. Jauh sungguh perbedaannya antara Vientiane dan daerah kampungnya ya kak. Masih terlihat blm banyak pembangunan utk area sini.

    Rumah2 sebagian masih dibuat macam rumah panggung, berarti di sana masih banyak binatang buas atau menghindari banjir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jg. tp kalau yg dekat dgn sungai tu brg kali juga utk hindari banjir

      Delete
  9. Ini macam di beberapa kota di Indonesia timur , mas kawin nya hewan ternak. Biasanya sapi atau kerbau. Makin banyak, berarti makin kaya. Bukan hanya utk mas kawin, tp juga upacara kematian di Toraja , itu pakai sapi albino. Yg konon harganya mahaaal sangat. JD semakin kaya, sapi albinonya ada banyak dipersembahkan utk semacam dewa mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ya ke? tp bgs laa mas kahwin begitu. boleh jd modal kalau nak buat bisnes penternakan

      Delete
  10. Es un lindo lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. Lovely views. I like the simple houses. On the video you shared the tour guide seems like a very nice man! He has a nice voice and speaks well. Thank you so much for sharing your journey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, he’s such a good man… he always apologizes if he feels his words might be misunderstood...

      Delete
  12. Best nya trip Anies ni. Duduk Vietnam lama, Cambodia pun tak sempat pergi.

    ReplyDelete
  13. Jarak rumah nya nampak agak berjauhan antar tetangga ya... Ada rumah panggung juga, mirip rumah panggung yang ada di Sumatra, di kampung sayapun masih banyak rumah panggung yang sudah cukup berumur, dan masih ada yang cukup bagus, suka liat yang seprti ini kalo di perjalanan.. Menarik 👍

    ReplyDelete
  14. hello Anies,
    I wish you good fun and pleasant travels :)

    ReplyDelete
  15. comel2 je rumah kat sana...

    ReplyDelete
  16. Di Sarawak lembu dan kambing mahal..tapi di sini mungkin agak murah kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing boleh lg kot dpt bwh 1k kat sini... lembu sekitar 3-4k rasanya

      Delete
  17. Terpesona dengan suasana lingkungan yang dilewati Mbak.
    Tampak rumah-rumah penduduk yang bangunannya masih sederhana...juga bangunan sekolah itu...mirip dengan suasana pedesaan disini...

    Salam,

    ReplyDelete
  18. Menarik dan nyaman pemandangan kampungnya 👍🏻

    ReplyDelete
  19. SubahanAllah! Indahnya ciptaan Allah permandangannya

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆