Dansavanh, Laos: singgah RnR tak bernama dan kena soal siasat dengan polis

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

hampir 4 jam perjalanan, akhirnya bas pun berhenti di suatu kawasan rehat (RnR). puas cari signage / nama RnR ni tapi tak ada / tak jumpa. yang pasti, kat belakang RnR ni ada satu taman tema bakal dibangunkan.

ada 2 sebab kenapa kami singgah sini. pertama, nak makan tengah hari. kedua, bas kami ada masalah teknikal. jadinya, driver terpaksa hantar bas ke bengkel untuk diperiksa.

pada awalnya, kami diberitahu yang waktu rehat cuma sejam je. tapi lepas sejam, bas masih tak muncul. bila tengok jam, waktu Zohor dah masuk. then, tour agensi (TA) tanya kami sama ada nak solat jamak ke tak? ramai bersetuju untuk solat sementara tunggu bas sampai.

memandangkan ada kawasan kosong sebelah cafe Amazon dan kebetulan pula, TA ada bawa khemah lipat dan tikar, jadinya TA pun pasang khemah dan bentang tikar. 

lalu kami pun sama-sama solat berjemaah kat situ (2 kali berjemaah). bila semua dah selesai solat, tak lama kemudian bas pun sampai.

rupanya kat belakang bas ada kereta polis! ah, sudah! TA pun suruh kami segera naik bas manakala mereka uruskan apa yang patut dengan pihak polis.

'soal siasat' tu berlangsung lebih kurang 15 minit. once dah clear, barulah bas bergerak keluar dari situ. then pihak TA pun jelaskan kepada kami apa yang berlaku.

sebenarnya pihak polis ada terima aduan daripada pekerja cafe Amazon tentang 'satu aktiviti mencurigakan' berlaku kat situ. rupanya, ia merujuk kepada solat berjemaah kami tu.

pihak TA dah minta izin daripada pekerja kafe tapi rupanya mereka tak faham. tambah pula, aktiviti tu dilihat seperti aktiviti keagamaan dan kerajaan Laos ni sebenarnya tak terbuka sangat dengan hal-hal yang melibatkan agama.

disebabkan tu, polis datang untuk soal siasat. pihak TA jelaskan dari A to Z apa yang berlaku. ya, mereka tak faham tentang agama lain lagi-lagi tentang Islam kerana rakyat Laos majoritinya beragama Buddha dan atheist.

tiada denda, tiada kompaun. cuma TA diberi amaran agar tak mengulangi perkara sama. kemudian, kami pun beredar menuju ke destinasi lain. 



pemandangan dari pintu masuk...
 
view dari belakang RnR

kedai arak & bar kat sebelah pintu masuk RnR...

tandas... ada bidet...

Dato' Vida pun dah ada mart kat Laos... korang bila lagi?😂 tapi yang duduk tu bukan Dato' Vida. tu Tok Abu Hasan...

taman tema yang anies sebutkan di atas. tapi belum dibuka lagi...

alas perut yang disediakan oleh TA untuk lunch. TA bawa direct dari Thailand... anies makan spaghetti. tapi tu laa... tak ada microwave untuk dipanaskan. so, telan je laa...

 cafe Amazon



bahagian luar👆👇





inside the cafe👆👇



antara merchandise yang dijual @ cafe Amazon...

layan latte... kat sini boleh guna duit Bath...

short video... solat berjemaah sebelah cafe Amazon...

short video selepas kena soal siasat polis. yang kereta kelabu tu, polis Laos...

esok kami cuti sempena meraikan tahun baru Hijrah 1447. so, salam Maal Hijrah semua! yang bercuti & balik kampung tu, hati-hati di jalan raya!


okey... tu je laa cerita untuk hari ni...
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

1 Words of Lo♥e

  1. Beautiful photos. Thank you 😊 🙏 💓 so much for sharing your journey.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆