Tastefully Yours
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
terdesak untuk dapatkan tiga bintang untuk restorannya, Han Beom-woo sanggup menipu dan mencuri resepi daripada restoran / chef lain walaupun terpaksa keluar dari Seoul.
apabila sampai di sebuah restoran (yang bila-bila masa sahaja akan ditutup) terpencil yang terletak di kampung Hanok, Beom-woo menggunakan pelbagai alasan termasuklah bersedia menjadi pembantu di restoran tersebut.
pada mulanya Yeon-joo sangsi dengan niat Beom-woo tapi melihatkan kesungguhan lelaki itu membantunya menyelesaikan sewa dan memajukan restoran itu, akhirnya Yeon-joo ubah fikiran.
segalanya berjalan dengan baik dan rancangan Beom-woo dilihat tidak menghadapi sebarang masalah hinggalah muncul bekas rakan sekerja Yeon-joo. kehadiran Min bukan sahaja membuka luka lama Yeon-joo tetapi juga 'mengheret' chef itu kembali ke Sapporo.
apa yang terjadi di Sapporo? akan terbongkarkah niat dan rahsia sebenar Beom-woo di restoran Jung Jae itu?
review:
rasa macam dah lama tak share fasal drama pilihan kat blog ni. pada mulanya anies nak tengok drama ni sebab ada Kang Ha-neul dan episodnya cuma 10 je.
well... jalan ceritanya santai dan straight to the point. turut diselitkan sense of humor jadi 5 episod awal penonton akan rasa relaks dan enjoy.
tapi bila dah masuk scene kat Sapporo, jalan cerita seolah 'terpesong' daripada 'motif' asal. ia seolah tiada kaitan pun dengan niat Beom-woo dan restoran Jung Jae. jadi episod seterusnya membuatkan anies rasa nak give up. bila baca komen kat socmed, ramai rupanya yang sependapat.
pun begitu, momentum cerita kembali setelah Yeon-joo tahu niat sebenar Beom-woo. cuma part ni anies rasa elemen 'bitter' atau dalam kata lain, 'rasa nak hempok skrin' tu tak sampai. ia mendatar je. kalau ada, pasti 2 episod terakhir buat penonton tertunggu-tunggu.
dari segi kualiti lakonan, tak tahulah kenapa lakonan Go Min-shi kurang menyengat. ekspresi marah dan sedih biasa je. 'kimia' antara dia dengan Kang Ha-neul, agak longgar. sebaliknya watak-watak sampingan pula lebih baik dan memberi impak kepada jalan cerita.
official trailer. credit video.
judul: Tastefully Yours
bil. episod: 10
network: ENA, Genie TV
tarikh siaran: 12 Mei ~ 10 Jun 2025
selamat menonton!
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆