#SoloTravel #Bangkok - singgah Hard Rock Cafe dan Gaysorn Village
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebenarnya nak ke HRC dari MBK Center boleh je kalau jalan kaki. tapi anies betul-betul dah tak larat lagi. maka naiklah BTS dan turun kat Chit Lom Station.
once dah sampai, anies pun buka Google Map. tapi entah macam mana, boleh terlajak sampai ke Thao Maha Brahma, yakni sebuah monument untuk Hindu Brahma. kebetulan kat situ ada event. jadi anies tinjau-tinjau laa event yang berlangsung dari luar pagar.
lepas tu, patah balik ke Chit Lom Station dan masa tu laa baru perasan lokasi HRC. rupanya...! kat bawah stesen je! adoiii... so, tanpa berlengah anies pun masuk. dapat je barang yang dihajati, anies ke kaunter untuk bayar. masa tu laa tiba-tiba ada someone menegur dalam BM. tekezut sekejap!😂
seorang lelaki dalam lingkungan 50an dan berasal dari Johor. dia dah nak balik Malaysia daa... dia pun tanya itu ini dan anies pun cakap laa yang anies baru je sampai dan datang berseorangan. dia macam tak percaya je bila anies cakap, solo travel. tapi lepas tu sempat dia beri nasihat supaya berhati-hati sepanjang berada kat negara orang.
usai membeli, anies duduk lepak sekejap kat bangku kosong sebelah kedai. lama juga duduk kat situ sambil urut tapak kaki yang kesakitan. lepas tu barulah bergerak ke Gayson Village.
Gayson Village (GV) atau nama lainnya Gayson Amarin ni popular sebab ada kafe Louis Vuitton. tapi anies tak singgah pun. sekadar tengok dari luar pun cukup laa...
GV ni lebih kurang macam mall yang lain-lain tu tapi kebanyakan kedai yang ada adalah kedai barangan mewah. since tak membeli apa-apa, kite just cuci mata je laa...
lebih kurang 20 minit dalam GV, anies kembali semula ke Chit Lom Station dan terus ke hotel. badan dah penat... nak rehat dulu sebelum menyambung semula aktiviti yang lain.
Hard Rock Cafe, Bangkok
ni laa kedainya... betul-betul sebelah jalan yang teramat sibuk @ Bangkok dan berada di bawah stesen BTS...
view HRC dari stesen BTS Chit Lom...
tak perasan ter snap foto sendiri😂😂
dalam banyak-banyak HRC yang pernah anies singgah, kat sini baru jumpa harga 'yang masuk akal'... yang lain tu semua harga 'keluar akal'😂😂😂
lelaki yang tegur anies tu datang bersama wanita ni...
masa tengah bayar anies sempat tanya cashier, ada berapa HRC dalam Thailand? katanya, ada 3: Bangkok, Chiang Mai dan Pattaya. aduh... bila dengar Pattaya, masa tu rasa menyesal tak merayap ke HRC Pattaya. padahal dah pernah sampai 2 kali tau!😤
maaf laa ya... anies tak sempat nak membelek harga-harga t-shirt HRC kat sini... yang pasti harganya tak lebih 1000 Bath...
ya, baju untuk baby pun ada... kat sini banyak selection. so peminat t-shirt HRC pasti ambil masa lama sebelum membeli...
kebanyakan t-shirt HRC ni adalah putih atau hitam. jarang jumpa warna-warna pelik...
cantik laa pula yang kaler biru tu...
HRC dari sisi bangunan...
Gaysorn Village / Gaysorn Amarin
tengok dari luar je dah tahu yang GV ni memang mall untuk barangan branded...

ni laa kafenya... tengok star blossom tu je dah tahu kafe ni untuk orang have have je😁masa kami ke Jepun dulu, anies ada masukkan dalam itinerary kami untuk singgah kafe LV kat Tokyo. tapi sampai ke sudah tak singgah pun. dah balik baru nak menyesal😂

kalau tak nak masuk dari pintu depan, korang boleh masuk dari dalam mall... tuuu diaaa... ramai noh!
masuk untuk sejukkan badan😂
ni kat tengah-tengah GV... tapi bila check harga, dah sama macam barang branded! kus semangat!
tak ramai orang dalam GV ni. mungkin bukan sebab weekends kot... masa anies ke sini, hari Jumaat...
Thao Maha Brahma (TMB)
alang alang dah terlajak jalan tu, ni anies sertakan sedikit info tentang monument ni...
suasana kat TMB... nampak tak statue warna emas tu? tu laa monument nya...
ternampak beberapa penari berpakaian tradisi Thai kat situ. anies tak sure sama ada event tu dah selesai atau baru nak mula...
well tu je laa perkongsian untuk hari ni...
tahnks for reading...
daaa...
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆