Magis Manis Coklat ~under glace~

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

rumah agam terletak nun jauh dalam hutan belantara didiami ahli sihir cantik Aikawa Shokora dan seekor kucing hitam. gadis itu pencipta coklat 'makanlah dan impian kau akan jadi kenyataan'.

di samping tunaikan hajat, Shokora juga ambil sesuatu paling berharga sebagai bayaran. tak kisahlah korang nak jadi cantik, nak luahkan perasaan, nak jumpa semula kekasih atau kawan baik... semuanya dia mampu realisasikan.

hari ni pun ada pelanggan datang cari coklat yang ada kuasa misteri. Shokora pasti tersenyum sinis bila berdepan manusia yang penuh tamak haloba.

"selamat datang. coklat aku mahal, ya!"

koleksi fantasi pahit manis dipenuhi kegelapan dan ketamakan!




review:

diam tak diam komik ni dah masuk 'huruf U'. means, jumlah (terbitan) komik ni sudah pun mencapai 21 buah setakat ni. tapi anies punya koleksi cuma ada 16 buah je, bermula dari huruf H😘

jumlah ni tak termasuk komik kompilasi yang dah terhasil (kalau tak silap anies) sebanyak 3 buah setakat ni.

selain tu MMC juga ada novel ringan. seingat anies so far dah ada 4 buah.

komik ni anies beli masa pergi KLIBF tempoh hari (boleh baca kat SINI). pada hal dah lama daa komik ni berada kat pasaran.

MMC kali ni bagi anies ia (kisah-kisahnya) tak kelihatan 'terlalu kejam' seperti komik-komik sebelum ni. golongan tamak haloba, kalau korang ikuti komik ni, pasti akan dapat balasan yang agak tragik. tapi untuk ~under glace~, watak Shokora dilihat lebih 'berperikanusiaan' sikit...

well, overall komik ni tetap best dan menghiburkan. sebab tu tak sampai sejam baca, anies dah khatam😂

ya... anies ni kalau dapat something yang disukai, sekejapan je boleh habis. novel ke... komik ke... makanan ke... semunya boleh 'khalas' 'sekelip mata' je😁😁😁sejenis yang tak 'menyabar' pun ya😂😂😂 

judul (BM): Magis Manis Coklat ~under glace~
judul (Jepun): ショコラの魔法 (Chocolat no Maho)
mangaka: Rino Mizuho
harga: RM12 (SM), RM13 (S/S)
bil. muka surat: 168
warna: hitam & putih

well, tu je laa perkongsian untuk hari ni.
selamat membaca!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

1 Words of Lo♥e

  1. Belum pernah baca siri Magis Manis Coklat ni. Nampak macam best.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆