Pages

Thursday 20 June 2024

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi. tapi bila teringatkan satu komik ni + diskaun + goodies, anies rasa... anies memang kena pergi😂

sengaja pergi pada hari terakhir PBAKL yakni hari Ahad bersamaan 2 Jun. sehari sebelum tu, kecoh jugalah PBAKL tahun ni sebab penulis 'misteri' Temé Abdullah muncul buat pertama kali.

bila dapat tahu fasal ni, rasa lega sangat anies tak datang pada Sabtu. kalau tak confirm kena bersesak-sesak dengan peminat Temé.

tapi... datang hari last pun... hmm 2x5 juga sesaknya. tapi tak adalah sampai berlaga tumit. masih ada ruang 'untuk bernafas'.

BTW selain komik, sebelum PBAKL ni berlangsung anies dah aim nak beli novel daripada penulis favourite. sayangnya... tahun ni beliau tak ada tulis novel baru😪 bila masuk booth beliau, rasa hambar je. kelibat beliau pun tak ada kat situ. kalau tak boleh selfie bersama macam sebelum-sebelum ni.

then tanpa berlengah anies terus ke booth komik. dalam kepala dah set apa nak beli. so tak sampai 5 minit, anies dah beratur untuk bayar. malas eh nak belek-belek komik yang lain.

dari booth komik, merayau sekejap dalam hall pameran sambil record video. kali ni anies malas nak snap dan upload foto😂 so rangkum terus dalam 1 video. senang kerja!😂 lately serba serbi malas ya, anies? nampaknya macam tu laa😂😂


since datang dari stesen LRT, jadi anies masuk WTC melalui pintu berdekatan Hotel Seri Pacific / Sunway Putra Mall...

hujan lebat petang tu... masa ni, kat atas jejantas dari stesen LRT ke WTC...

suasana @ PBAKL. maaflah kualiti video tak memuaskan bila upload ke YT. padahal video asal okey je. masalah blog ni, ia tak boleh upload video berdurasi lebih dari seminit... haihhh😓

Syed Saddiq tengah promote buku dia kat main stage...

pelakon Namron jadi tetamu jemputan di booth Negeri Selangor...

i miss soooo much this teh tarik... tapi sayang... kesedapannya dah berubah... sebaliknya harga makin mahal... perhaps this is the last cup i'll ever drink😭😭


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daa...

26 comments:

  1. Masa ke PBAKL ni pun Dania dah tau dah nak beli buku apa tapi Dania dapat jumpa penulis Ain Maisarah yang Dania ikut buku dia dari Sek Ren lagi sampai Uni baca pulak buku baru dia.

    Ramai juga orang kan tapi kami pergi hari kedua sebelum nak habis PBAKL. Sis punya sepupu pun ada kat PBAKL tapi tulis buku Ku Li. Nama sepupu sis Zinitulniza Abdul Kadir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain Maisarah mmg selalu ada kat booth dia. dr dulu lg... peminat dia pun mesti dah bsr2 mcm Dania...

      oo ye ke? nnt thn dpn boleh laa jumpa dgn dia...

      Delete
  2. Seru berburu buku"favorit, dapat diskon gak nih ?...dulu"banget saya suka novel misteri Alfred Hitchcock,tapi sudah gak pernah cari tau lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. of coz dapat. mostly booth bagi diskaun... ada yg beri sampai 50%

      Delete
  3. xlepas nk gi PBAKL sedihnya

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat pergi PBAKL ni .. CCL tak berkesempatan nak pergi .cuti tak lepas , sebab tak cukup staff

    ReplyDelete
  5. Saya pun pergi juga. 2 hari berturut-turut.

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat pergi, kte tak pernah sampai lagi sebab jauh. shopping online je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thn dpn boleh laa planning ke sini... kite bleh pegi sama2

      Delete
  7. Saya dapat jemputan pada hari Jumaat untuk pelancaran buku tulisan bersama 10 orang penulis terbitan YADIM, tapi saya tak dapat datang sebab sudah hendak balik ke LD. Entah bila boleh berkunjung ke sini.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis, rajinnya ke pesta buku, ada Syed Saddiq, betul tu rangkum sekali suasana dalam video.. foto² pun best jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... sy dgn industri buku ni dah jd sebahagian hidup sy... mls cm ne pun hati ttp nk pegi jg...

      Delete
  9. Espero que te hayas divertido Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. yg teme tu, ni 2nd time dia buat meet n greet. kali ni punya M&G meriah gila xD
    saya tiap2 tahun selalu pegi pesta buku, tapi tahun ni tak pegi hahaha

    ReplyDelete
  11. Bukan main lg teh tarik dia tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. antara benda wajib terkam kalau g sini😁 tp tu laa da x sesedap dulu🥹

      Delete
  12. Kalau saya memang malas. Fenomena Teme lain macam ye. Dalam medsos pun sesak, inikan pula di lokasi sebenar. Baru tahu SS ada tulis buku juga. Salah satu tarikan di sini bila penulis pun turun padang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... yg kelakarnya fans dia ramai pompuan. tp.lelaki2 kat socmed yg bitter😁

      Delete
  13. Tak berkesempatan ke pesta buku kali ni tapi sempat juga minta anak belikan beberapa buah buku di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thn dpn boleh laa trn sini boleh lepak2 sama.minum teh😁

      Delete
  14. Mungkin satu hari nanti...saya boleh pergi ke pesta buku begini...in sha Allah...aamiin

    ReplyDelete
  15. bila dah tua ni, nk ambik vedeo pun dh malas kan.. hihihihi.. kalau dlu semua bende nk ambik.. (ldy la tu )

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆