Songkhla, Thailand: Pantai Samila part 2

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari part 1. boleh baca kat SINI.

pada mulanya, anies sangka kami kena jalan kaki untuk ke pantai yang ada patung emas ikan duyung tu. rupanya, kena naik bas. padahal bukan jauh pun. hmm... tak apalah. orang dah suruh. ikut je laa...


tengoklah tu kat mana driver bas turunkan kami? 😂😂 kalau berlari pun tak dan nak keluar peluh... memang dekat sangat...


sebelum turun bas, our tour guide sempat berpesan yang bas kami akan parking agak jauh sebaik kami selesai healing tepi pantai. ni kerana kat area situ tak ada kawasan parkir.

lepas tu kami sama-sama turun bas dan bergambar seketika. then barulah kami ke pantai untuk bersiar-siar, posing posing or berehat sambil menghirup bayu laut.


tak tahu laa apa nama area ni. kiri kanan ada gerai jualan. kat tengah-tengah ada laluan terus ke pantai...

cuaca memang tengah terik... masa ni dah hampir jam 11.00PM...

mostly souvenir, makanan dan minuman ringan yang dijual kat sini... anies tak singgah pun... tengok dari jauh je...

masa ni, anies perhatikan kebanyakan yang datang ke sini, orang Malaysia je 😂😂 yalah... Pulau Langkawi kan mahal... #ytjt

walaupun cuaca panas, pastikan korang jangan buka payung🌂bila dah sampai tepi pantai... nanti angin kuat, tak fasal-fasal tercabut payung korang nanti...

jom ke pantai!

bila tengok pantai ni memang terasa nak bermandi-manda... tapi faham-faham je laa... gelora Laut China Selatan ni bukan main-main, ya!

bagi anies, Pantai Samila ni sesuai dikunjungi pada sebelah petang atau awal pagi... pokok-pokok tak banyak untuk berteduh...

luas betul dataran depan pantai ni...

suasana pantai... nampak tak bendera warna kuning tu? haa... boleh tahu kan kenapa ia terpacak kat situ...

bila tengok kawasan pantai yang luas ni, otak terus teringat pantai kat Danang, Vietnam... boleh baca kat SINI.

kalau teringin nak menunggang kuda, bolehlah cuba... tapi kena bayar laa...

macam ni laa pasir kat Pantai Samila ni. sangat lembut. memang tenggelam kaki bila jalan kat sini...




mungkin ada yang dah maklum dan mungkin juga ada yang tak tahu. kat Pantai Samila ni ada patung emas / tugu ikan duyung. so, foto 👆 tu orang ramai sibuk bergambar kat patung emas ikan duyung.

anies ada snap foto patung tu. tapi bila check hp, eh! hilang laa pulaa... adoiiii... kalau korang nak tengok patung tu, Google je laa ya...


nah! ni info fasal patung emas ikan duyung tu...

short video. acu dengar bunyi deruan angin & ombak tu...


okey... tu je laa cerita kami kat Pantai Samila ni.... ada apa-apa nak tanya fasal pantai ni?
that's all...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

24 Words of Lo♥e

  1. Meriah sungguh pantai ni, dah lama tak pergi sini. Nak kena renew buku merah juga ni.

    ReplyDelete
  2. Iya...pantai walau pun cantik tetap saja terasa panas udaranya ,walau angin cukup kencang tapi terasa lembab, tetap banyak orang yang datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. angin kencang tu dari laut yang sentiasa bergelora. laut china selatan memang begitu sifatnya...

      Delete
  3. Assalamualaikum sis wah sampai ke Songkhla, indah, pasir halus hingga kaki tergelam ya teringin nak ke sana. ramai ke sana sebab langkawi mahal. Itula langkawi pun pergi dah lama tahun lepas sebab ada hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      ye laa yg viral ikan siakap tu kannn... bkn ikan je. yg lain2 pn mahal jg kat langkawi tu

      Delete
  4. Haiiisssh tak kuat siang2 kemari rasanyaaaa 😂😂😂. Langsung nak migrain kepala. Atau saya makan minum di stand jualan aja lah kak kalo kesana 🤣.

    Bukan jenis pantai yg utk berenang yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang waktu petang... cuaca pun dah redup...
      ya... laut china selatan ni bukan kawasan yang sesuai untuk mandi manda. hanya certain tempat je seperti teluk cempedak dan cherating di pahang...

      Delete
  5. Eh baru tau pula kalo Langkawi mahal. Blm pernah juga sih kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya fanny....laaa ni serba serbi mahal sampai viral.jugalah langkawi tu sebab mahal...

      Delete
  6. Lindo video. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. Dapat bayangkan kalau bukak payung nanti. Mesti dengan payung tu terbang sekali. Kalau payung lipat, habis patah besinya. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasal... payung gerai pun bleh terbang ni kan payung biasa😁

      Delete
  8. Meriah dia macam di pantai Klebang Melaka tu haa. Tempat antara wajib singgah kalau ke Thailand. Nasib baik dekat dia turunkan. Taklah kena jauh menapak. Seram pulak tengok ombak tinggi dia tu. Pantai yang cantik, pasir pun halus bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa tp ombak kat sini mmg seram. nk pegi gigi pantai pun rs takut

      Delete
  9. Kalau singgah hatyai mmng kena letak samilla beach ni dalam list. Bolehla buat ghaso angin pantai. Tapi takutnya tgok ombak tu, nmpk kuat betul. Mmng tkleh mandi pun kan area tu

    ReplyDelete
  10. Dengar suara gombak mamag best...

    ReplyDelete
  11. lady kalau pantai di Thailand mmg Ldy x terbayangkan kepanasannya... sgt2 panas..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆