My Dearest Part 2: epi 5 & 6
11:00 am✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bila dah buat, kita mesti teruskan. sama juga macam entry ni. once dah buat sinopsis dan review tak seberapa tu, kita mesti teruskan sampai habis. haa gituuuu...
💜sinopsis & review epi 1 & 2 (baca di SINI)
💜sinopsis & review epi 3 & 4 (baca di SINI)
haa... diam tak diam dah 3 minggu drama ni berlangsung. kat Korea ia ke udara setiap Jumaat dan Sabtu 9.50PM melalui saluran MBC. kat Malaysia, boleh tengok melalui channel One, setiap Sabtu & Ahad, jam 9.45pm.
walaupun terpaksa bersaing dengan rancangan dan drama lain yang lagi hebat, namun rating untuk setiap episod My Dearest Part 2 menunjukkan peratusan yang sangat memberangsangkan.
💥rating untuk epi 15:
-nationwide: 11.8%
-metropolitan area: 11.3%
-highest rating: 13.3%
💥rating untuk epi 16:
-nationwide: 12%
-metropolitan area: 11.3%
-highest peak: 13.5%
(sumber: Nielsen Korea)
ini menunjukkan bahawa drama ni bukan sekadar sebuah drama biasa. ia dihasilkan dengan begitu teliti dan setiap daripada mereka yang menjayakannya wajar diberi pujian.
p/s harap-harap Nam Goong-min menang lagi Daesang untuk drama ni.💪😉
okey laa... setakat tu je dulu mukadimahnya. anies terus proceed ke sinopsis dan review yang ntah apa-apa tu ya!
EPI. 5
akhirnya... dua tangan ini kembali bertaut... (credit)
kecederaan yang dialami Jang-hyun akibat dipanah puteri Gak Hwa ada hikmahnya kerana ia telah mendatangkan banyak hal positif.
pertama, Goo-jam berjaya menemui Jong Jong. kedua, Ryang-eun dah sedar bahawa selama ni dia terlalu berharap dan melindungi Jang-hyun. ketiga, para petani tawanan Joseon berjaya mengubah tanah tandus menjadi kawasan tanaman padi.
melihatkan Jang-hyun 'bedridden' akibat cedera, Gil-chae mengambil keputusan untuk jaga dan rawat Jang-hyun sampai lelaki tu sedar.
namun di luar pengetahuan Gil-chae sebenarnya keadaan Jang-hyun tak lah teruk sangat pun. dia berpura-pura ketika wanita itu ada dengan niat supaya Gil-chae tak pulang ke Joseon.
keadaan itu sebenarnya membuatkan puteri Gak Hwa sakit hati. dia mengancam lelaki itu agar Gil-chae segera pulang. namun kali ni Jang-hyun enggan tunduk lagi dengan arahan puteri Khan itu!
EPI. 6
Jang-hyun dalam dilema... sama da mahu lepaskan Gil-chae balik Joseon atau ditawan sekali lagi jika dia enggan...
tidak semena-mena pemerintah Mongolia yang turut menawan Joseon meninggal dunia. hal ini memberi tampanan kepada Joseon kerana mereka bimbang bakal pengganti Khan akan lebih kejam berbanding sebelum ini.
tanpa sebarang perundingan, pengganti Khan iaitu Dorgon memutuskan untuk melawat Joseon. raja Joseon tidak bersetuju namun putera mahkotanya yang berada di Simyang tak mampu berbuat apa-apa.
dalam keadaan sedikit tegang itu puteri Gak Hwa memaksa Jang-hyun untuk menghantar pulang Gil-chae dan tawanan Joseon yang lain dengan cara.menyertai rombongan putera mahkota.
jika Jang-hyun enggan, tawanan Joseon dan Gil-chae akan ditawan dan ditanam hidup-hidup! Jang-hyun tiada pilihan dan terpaksa melepaskan Gil-chae. wanita itu enggan pulang kerana dia masih mahu jaga Jang-hyun hingga pulih.
Jang-hyun marah dengan keputusan Gil-chae walaupun hatinya tidak rela untuk menyakiti wanita yang dicintainya itu.
👉review epi 5:
episod 5 ni kelakar secara tak langsung bila.melihat gelagat Jang-hyun yang berpura-pura sakit dan hampir kantoi dengan Gil-chae.
anies pasti penonton mesti tersenyum-senyum melihat scene mereka. tapi bila muncul watak puteri Gak Hwa, rasa macam kena tipu dek pengarah.
ingatkan watak perempuan pucat (Gil-chae yang bagi gelaran ni) tu dah tak ada lagi. bila dia muncul... alaa... ni yang susah nak expect macam mana hubungan Jang-hyun dan Gil-chae sebenarnya.
oh ya, dalam episod 13 Yoo Jae-seok, HaHa dan ahli-ahli dari rancangan 'How Do You Play' ada buat cameo. untuk episod ni mereka sekali lagi muncul sebagai watak-watak petani Joseon. walaupun tak ada dialog tengok muka diorang je dah tergelak😂😂
ada 1 benda tak best. subtitle dia laju gila esp dialog yang panjang. tension dibuatnya bila kita tak habis baca lagi dia dah tukar subtitle lain. haihhh hangin sekejap tengok drama ni!
👉review epi 16:
episod kali ini lebih kepada isu selepas kematian Khan. so a little bit boring part ni bila tengok scene pegawai-pegawai istana bertegang leher.
namun masih ada hal menarik tentang Won-moo yakni suami Gil-chae. apabila pulang ke Joseon, sesuatu yang tak dijangka berlaku!
part sedih tetap ada bila mana Jang-hyun terpaksa berpura-pura lepaskan Gil-chae tapi hatinya berkata sebaliknya.
well tu sahaja sinopsis dan review tak seberapa untuk minggu ni. bagi epi. 7 & 8 anies mungkin tak berkesempatan menontonnya. jadi mungkin tak ada review untuk minggu depan.
tapi tak janji juga. hahaha... kalau sempat nanti anies ulas, okey!
thanks for reading.
daa
p/s ini auto publish entry.
18 Words of Lo♥e
I'm checking this one out! thanks for sharing :)
ReplyDeletexoxo, rae
raellarina.com
INSTAGRAM
good👍👍👍
Deletecita baru ek? lum layan lagi ni
ReplyDeleteha ah. tp bkn kat netflix. boleh cari kt dramacool. semua epi ada. best and highly recommended to watch!
DeleteRatingnya cukup bersaing..ceritanya cukup menarik, membawa penoton semakin penasaran, akankah hubungan keduanya berlanjut?
ReplyDeleteselepas episod 3 ratingnya kekal 2 digit. mungkin boleh jadi drama of the year buat produksi MBC tahun ni
DeleteTak start lagi tgk drama ni. Tunggu boleh tengok banyak episode terus hehe.
ReplyDeletelps 18hb boleh start maraton drama ni😁last epi 18hb nnt
DeleteTinggi juga ratingnya yaaa. 😍😍. Okelaah bisa saya consider nak nonton, tapi tetaaaap hrs tunggu tamat dulu 🤣. Tak nak kalo sad ending soalnya hahaha
ReplyDeleteya. rating drama paling tinggi untuk slot jumaat-sabtu.
Deletetengokkkk jangan tak tengok. drama ni 👍👍👍
Tengo ganas de ver ese dorama. Te mando un beso.
ReplyDelete¡Este es un K-drama que debes ver! ¡No te arrepentirás al verlo!
DeleteWah, panjangnya. Sudah episod ke 16
ReplyDeleteskrg dah 19... kalau nk marathon tggu epi 21😁
DeleteKak, aku suka sekali Drama Korea Saeguk (Kerajaan) macam ini, dulu aku super excited, baru nonton episode 1 yg session 1 kok little bit boring, jadi aku tidak lanjut hihihi, padahal biasanya aku suka kali drama kerajaan
ReplyDeletekena tonton sampai habis. memang agak pening jalan ceritanya tapi itulah yang akan buat kita stay sampai habis. next week last episod. wajib tonton ya
DeleteBetul tu Anies.. da buat, kena teruskan.. kikiki..
ReplyDeletekalau ada yg tlg smbg x pe jg😁
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆