My Dearest Part 2: epi 1 & 2

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lazimnya kalau ada benda yang anies sukaaaaaa yakmat, anies memang tak teragak-agak untuk share kat sini.🤭

macam drama ni laa. masa part 1, anies just share gitu gitu je. tapi untuk part 2 ni... don't know why... i'm soooooo excited nak share. 

dah lama tak ada perasaan macam ni bila tengok K-drama. selalu perasaan tu mendatar je. tapi untuk drama ni... warghh... helpppp!!! and... lantaklah kalau ada yang kata drama ni kopipes Gone With The Wind.

spoiler? eh tak sama sekali. apa yang penting kerjasama! den suko! haa gituuu... sambil menaip ni terbayang-bayang oppa Goong-min yang penuh berkarisma itu... hati jadi berbunga-bunga. tolongggg... angau sudah menyerang!!!!🫰❤️🫰❤️

okey laa... apa yang anies tulis ni sekadar pandangan peribadi je. nak ulas lebih-lebih pun bukan mahir pun🤭

this is not the official poster. credit


then kalau nak tonton, korang cari kat website dailymotion.com. pastikan korang guna browse Brave untuk elak iklan ya. kalau ada Astro, boleh tengok kat channel OneHD.

BTW, entry ni sangat panjang okey... sebab ditulis dengan penuh perasaan🫰❤️🤣


EPI. 1

Jang-hyun dan Goo-jam sedang menyorok untuk tangkap pelarian... credit


nampaknya Lee Jang-hyun masih tak dapat nak lupakan Gil-chae meskipun wanita tu dah berkahwin dengan Won-moo (pegawai istana).

masa tengah fight pun dia boleh lagi teringatkan Gil-chae. Goo-jam sempat mengusik Jang-hyun fasal Gil-chae tapi dia pura-pura buat tak tahu.

suatu hari tanpa diduga pihak pemerintah keluarkan arahan untuk tangkap pelarian perang. mereka yang melindungi pelarian turut diberkas.

seorang lelaki tua ditangkap dan tak semena-mena Gil-chae; yang tak tahu-menahu tentang latar belakang lelaki tua tu, dipanggil untuk beri keterangan. Gil-chae bermati-matian menafikan yang dia telah menyorokkan pelarian.

tanpa diduga, di tempat sama 2 pegawai istana durjana membuat komplot untuk tangkap Gil-chae. ketika dia keluar bersama Jong Jong, Gil-chae diculik dan terus dibawa ke Simyang.


EPI. 2

Gil-chae memujuk Jong Jong supaya bertahan sewaktu mereka dalam perjalanan ke Simyang. credit


dalam perjalanan ke Simyang Gil-chae diuji dengan keadaan Jong Jong yang mulai lemah. untuk itu dia sanggup buat apa sahaja agar pembantunya selamat.

sementara tu, di Hanyang Young-reum dapat tahu fasal kehilangan Gil-chae. dari situ, ia menjadi punca dia dan Yeon-joon bersetuju untuk cari Gil-chae meskipun Won-moo kurang bersetuju kerana dia masih percaya, Jang-hyun lah yang menculik Gil-chae. tambah pula Young-reum ialah orang kanan Jang-hyun.

di Simyang, hidup Gil-chae berubah 390°. kerana kecantikannya dia terpilih untuk jadi gundik maharaja. namun dia enggan berbuat begitu. jadi Gil-chae nekad mencederakan dirinya.

akibatnya Gil-chae dipenjara bersama-sama Jong Jong. namun dek satu insiden, mereka dapat larikan diri. dipertengahan jalan, Gil-chae dan yang lain-lain diburu 'bounty hunter'. dan pada masa sama, Jang-hyun turut berada di situ!

oh ya dalam epi 2 ni, Yoo Jae-seok, HaHa dan 3 ahli lain dari rancangan How Do You Play? ada buat cameo. so korang kena tengok tau!

well i can't waittttt for epi. 3 & 4. dengar khabar, ada yang mula menghidu hubungan Jang-hyun & Gil-chae? siapa tuuuu? 


👉review epi 1

episod 1 'berlangsung' sangat laju seolah-olah nak cover apa yang tak sempat diceritakan dalam episod terakhir My Dearest part 1.

jadi anies berpandangan, kalau korang tak tengok My Dearest part 1, confirm korang akan pening dengan episod pertama ni.

episod pertama ni juga menjadi tanda tanya, berapa lama Gil-chae terpisah dengan Jang-hyun dan berapa lama dia berkahwin dengan Won-moo. ada yang cakap, mereka baru berkahwin then lepas tu, Gil-chae diculik dan dibawa ke Simyang.

selain tu, hubungan Joseon dengan kerajaan Qing juga tak berapa jelas. adakah mereka bermusuh atau sedang perang dingin?


👉review epi 2

banyak penderitaan berlaku dalam episod kedua ni selain babak-babak mengerikan ditonjolkan dalam episod ni.

anies suka dengan ketenangan watak Jang-hyun sepanjang episod ni. satu demi satu masalah timbul, tapi dia dapat tangani dengan tenang meski dia tahu, hal itu mungkin boleh mengancam nyawanya.

walaupun 'penuh penderitaan' tapi ada juga part yang 'manis' bila mana Jang-hyun terkenangkan memorinya bersama Gil-chae.

pada masa sama peminat Gil-chae dan Jang-hyun pasti tak senang duduk dengan kehadiran 'watak-watak antagonis' yang bakal muncul antara perhubungan mereka.

oh ya, part paling anies suka dalam episod ni korang boleh tengok kat durasi 1:11:06😉.

👍barisan pelakon:
  • Nam Goong-min (Lee Jang-hyun)
  • Ahn Eun-jin (Yoo Gil-chae)
  • Lee Hak-joo (Nam Yeon-joo)
  • Lee Da-in (Kyung Eun-ae)
  • Lee Chung-ah (bounty hunter)
  • Park Kang-sub (Goo-jam)
  • Kim Yoon-woo (Young-reum)
  • Park Jung-yeon (Jong Jong)
  • Ji Seung-hyun (Won-moo)

well, tu jelah ulasan yang tak seberapa daripada bukan pakar😂. nantikan episod 3 & 4 yang akan ke udara pada Jumaat & Sabtu ni.

i can't waittttttttt to see Jang-hyun oppa😍😘
daaa.....

p/s berderet-deret list yang menanti untuk di BW kan...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

22 Words of Lo♥e

  1. ya Ampun Anies...dia punya review tu...per episod...nk kene tgok jugak nie...sebab ad Nam Kok-Min...hihihi

    ReplyDelete
  2. lama mama tak layan k drama tapi ramai yg ckp cerita ni best

    ReplyDelete
  3. DRAMA KOREA KLASIK MEMANG MENARIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama saeguk ni mmg best layan. kalau jln cerita mantap pelakon pn best mmg x rugi. selain tu kita jg dpt belajar sejarah negara korea.

      Delete
  4. Mrs. A pun suka cerita ni tapi tulah ending dia tak tengok habis.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum abis gojess... Nanti cikbunga nak bongkau citer. Nie... La. Nie tak der masa lar...

    ReplyDelete
  6. Wow, mesti best sgt ni sampai semangat betul anies bercerita kat sini ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul bestttt yakmat. no wonder mggu lps rating naik n trs dpt no. 1! tgk laa mmg best👍👍👍

      Delete
  7. Ni kategori 'yakmat' la ni? hehehehe

    ReplyDelete
  8. Oh masih on going. Saya tunggu dulu sampai tamat kak. Biar yakin endingnya happy. Kalo sad ending, bisa mempengaruhi mood saya nanti 🤣🤣🤣. Kakak KSH tau nanti spoilernya yaa. Saya tak masalah baca spoiler. Demi tahu endingnya apa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu selepas 18 nov. boleh maraton 21 sekaligus😁

      Delete
  9. Gracias por la reseña. Tomo nota. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. deberías ver esto. Un drama histórico tan bueno para disfrutar.

      Delete
  10. Drama Korea memang menghibur.. ga peduli modern atau klasik..

    ReplyDelete
  11. Sudah lama banget saya tak nonton k drama,dulu lumayan sering nonton drama Korea klasik sampai entah berapa episode tamat dan diputar ulang di tv ...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆