Selamat pengantin baru Hafizi + Rafidah

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Last week, kami ke Klang untuk memenuhi jemputan sepupu mama yang kami panggil, Bang Zaini.

Hafizi ni anak ketiga Bang Zaini yang berkahwin. walaupun dah 3 orang anak dia naik pelamin tapi ni first time kami dapat memenuhi jemputan😂adoiii.. 

bila sampai kat bandar Klang ni, rasa macam dah lamaaaa tak jejakkan kaki ke sini. dulu rajin jugalah jalan-jalan sebab ada arwah blogger mama aini. dari Pandamaran singgah kejap bandar Klang. tak ada buat apa pun. sekadar cuci mata je.

anies perhatikan bandar Klang tak banyak perubahan. kalau ada pun landasan MRT yang masih under construction. lain-lain masih sama.

ehh ni nak cerita fasal bandar Klang ke... fasal kenduri kahwin?😂

okey okey. berbalik kepada majlis... kami tiba di Wisma MAIS tepat jam 1.00 tengah hari. jalan jammed sebab hujan lebat.

sebaik melangkah masuk, kami disambut Bang Zaini dan isteri serta saudara-mara kami yang lain. muka semua familiar je. dah nama pun saudara kan... yang datang dari Singapura pun ada!

keadaan dalam dewan agak sesak dengan tetamu. jadi kami terpaksa duduk kat meja belakang sebab semua tempat dah ada orang.

kat atas pelamin pula, pengantin tengah bersanding. ooo patut laa sesak...

tanpa tunggu lama kami pun mula ambil makanan masing-masing. anies terus ke meja bakso sebab... amat rare jumpa bakso kat kenduri kahwin. kalau laksa tu dah biasa.

tapi... korang rasa... anies makan bakso je ke? 

lokasi majlis. Wisma MAIS (Majlis Agama Islam Selangor). lebih tepat lagi, Dewan Mazmida. 

meja makan beradab. foto pelamin jadi blurrr sebab masa anies tengah snap gambar, mak cik saudara sibuk panggil anies suruh naik pelamin untuk bergambar dengan pengantin. dah laa suara dia kuat😂😂

jom tengok apa menu yang disediakan tuan rumah...

section bakso & bihun sup. soriii foto blurr...

section kuih-muih, pulut dan kek.

section laksa Penang...

section hot drink. kopi O dan teh tarik!

another section kuih-muih (yang dibawa saudara-mara) dan ais krim calong!

lauk-pauk yang terdiri daripada:
1. daging masak Palembang
2. kari kambing
3. sambal sotong (rendam)
4. ayam panggang
5. hirisan epal hijau + serbuk asam boi

ada 2 jenis nasi: nasi beriyani & nasi putih.

section air balang. kalau tak silap ada 5 jenis air balang:
1. ice lemon tea
2. air anggur
3. air oren
4. air laici lemon
5. air sirap selasih

dan.... anies pilih:

dalam mangkuk kecil tu bakso. sambal bakso ni ya rabbiiiiiii.... sedap giler! pedas berapi🔥 tapi sangattt sedap, beb! anies siap hirup sampai licin! memang terbaik punya sambal! serius👍👍👍 anies bagi ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ untuk sambal bakso!

then, dalam pinggan tu anies pilih nasi beriyani + daging masak Palembang + sambal sotong + ayam panggang. ya rabbiiiii nikmat apakah yang Kau beri pada kami ni ya Allah....? semua lauk ni sedappppppp yakmat! serius! sangat sedap! daging masak Palembang tu, cukup rasa manis berempah. daging pun tak liat. then sambal sotong pekat dan tak pedas. just nice. and ayam panggang pula, sangat juicy dan complete rasanya. ya Allah... memang sedap! anies tanya mak cik dan pak cik. diorang pun cakap lauk-pauk ni sedap! seingat anies dah lama tak makan lauk kenduri yang hampir semua lauknya sedap-sedap belaka. Alhamdulillah. oh ya, kalau korang nak tahu siapa caterer nya, nanti Google: Mazmida Catering.

untuk kuih-muih anies pilih kaswi gedik, talam cendol dan kek pandan. kek pandan ni memang terbaik. tak manis langsung tapi sedappp yakmatttt!!!

untuk minuman macam biasa... anies of coz teh tarik! sedap teh tariknya. hampir sama dengan teh tarik kat AEON.

anies try rasa kuih lain. puding anggur (dalam bekas plastik), kuih kole kacang dan epal hijau.

perut dah sendat tapi bila nampak laksa... i can'tttt!!!! kuah laksa ni memang terbaik! sumpah sedap!!! kalau tak sebab dah kenyang memang anies tambah lagi semangkuk.⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ untuk kuah laksa!

short video dalam dewan Mazmida...


hahaha... tenggelam entry ni disebabkan kami dapat makan sedap. 

apa-apa pun selamat pengantin baru untuk hafizi dan rafidah. semoga berbahagia dan berkasih sayang hingga ke syurga. aminnn. kepada Bang Zaini, terima kasih jemput kami dan hidangkan makanan yang sedappppp + terbaik👍👍👍👍

tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa...

p/s banyak tak BW lagiiiiiiiiii

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

31 Words of Lo♥e

  1. aaaaaa bakso & laksa i cannottttt say no too! hehehe

    ReplyDelete
  2. Seems delicious meals, thanks for your sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. delicious meals at our relative's wedding😀

      Delete
  3. The decor looks great
    https://www.melodyjacob.com/2023/10/9-fall-mother-of-bride-dress-ideas.html

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ya mas. hampir semua makanan di kenduri ini sedap sedap belaka

      Delete
  5. Parece que te fue muy bien. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tienes razón. ¡Todas estas comidas son tan deliciosas!

      Delete
  6. skit makan..diet ke anies..hihi..gurau jer..ambik bnyak tak habis bazir plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nak rs semua mknn yg ada. tu yg amik sikit2...

      Delete
  7. Pelaminan ok warnanya, yang ok lagi makanannya tumpah ruah, kadang kalau datang ke pesta suka bingung mau pilih makanan apa, beratkah atau cemilankah. Sibuk pilih yg mana...akhirnya diserbu tamu....tinggal sedikit yg tersisa 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau memilih makanan, alamatnya nanti tinggal kuah sahaja 🤣

      Delete
  8. Meriah makanan kenduri kahwin sepupu anies ni ye. Tahniah buat kedua mempelai, semoga bahagia ke anak cucu 💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg meriah. rs nk mkn semua🤣dah laa sedap2 belaka

      Delete
  9. Meriah nyerr kenduri kawen ni...
    Okla at least dpt hadir salah satu dari knduri si pengantin hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah. tetamu, dr sy dtg x surut2... catering pula habis je mknn tambah lg!

      Delete
  10. Kalo saya malah menghindari bakso kalo makan di wedding reception Krn seriiiing sangaaat ketemu itu ahhahahahahha. Coba kalo ada yg sedia laksa, baru menuju kesana 🤣.

    Senaaang kalo ketemu catering yg masakannya sedap semua. Dah pastilah akan banyak diundang kemana2. Pasti bangga kan kalo kita bikin event, dan makanannya enak2.

    Jadi ingat zaman dulu sebelum nikah, saya cobain banyak makanan wedding dari Orang2, dan kalo sedap langsung saya ambil kartu namanya yg bisa di sebar di meja. Jadi dah tau rasanya seperti apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbalik pula ya😁
      rasanya bakal.pengantin ramai buat macam tu. pergi kenduri then cari info fasal katering. kerja plg mudah sblm dpt katering yg kita mahu

      Delete
  11. Bestnya dapat makan kenduri, lauk pauk pula sedap-sedap. Rejeki, Alhamdulillah. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia ke anak cucu.
    Saya kalau makan kenduri, pergi section air panas dulu, ambil kopi. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa esp.kalau yg simpan dlm bekas panas tu. sekejap je habis nnt. tu yg terkam dulu 😁

      Delete
  12. Banyaknya lauk pauk, daging masak palembang tu macam daging masak hitam ke? Nampak sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa bykkkk sgt. rambang dibuatnya

      ha ah mcm msk hitam/kicap. tp rs dia unik dan sedapppp

      Delete
  13. Tahniah buat mempelai.. Alhamdulillah seronok bila dapat makanan yang sedap macam ini..

    ReplyDelete
  14. memang rare ada menu bakso.. kalau ada anak mcm tulah dpn pelamin nk meniarap

    ReplyDelete
  15. ada jugak kenduri hujung bln ni kt klang, tak tahu lah sampai ke tidakkkk

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆