Ke Pavilion Damansara Heights

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kuala Lumpur (KL) dan shopping mall... sememangnya berpisah tiada... hmm...

boleh dikatakan setiap ceruk kawasan dalam KL ni, pasti ada shopping mall. bukan kecik kecik punya mall. kalau boleh nak sebesar alam sampai boleh masuk world record.

pernah terbaca kat X (Twitter), ada yang cakap... kewujudan shopping mall yang banyak ni, tak mustahil ia boleh jadi satu daripada tempat untuk 'money laundry'. hmm... benda ni memang tak mustahil berlaku sebab kat Malaysia ni ramai  millionaire meskipun nama diorang tak tersenarai dalam Forbes' 100 Richest Man in the World.



okey... berbalik pada title... selepas kewujudan Pavilion Bukit Bintang (PBB) & Pavilion Bukit Jalil (PBJ), pada awal bulan ni secara rasmi Pavilion Damansara Heights (PDH) dibuka kepada orang ramai.




lokasinya kat Pusat Bandar Damansara. kalau naik MRT, ada stesen khasnya: Pavilion Pusat Bandar Damansara. so korang boleh turun situ dan terus menapak sampai ke PDH.

so last week alang alang anies dah naik MRT dari 1Utama, maka singgahlah sekejap kat sini walaupun sebelum tu, anies dah maklum yang shopping mall ni belum banyak kedai beroperasi.

sebenarnya, bangunan PDH ni baru siap separuh. separuh lagi masih under construction. so anies secara peribadi... memang tak faham kenapa beria benar pihak pengurusan nak buka mall ni kepada public secepat mungkin. tak boleh ke tunggu semua bangunan siap dibina, then lepas tu... apa nak jadi, jadilah!

bila keluar dari stesen MRT orang ramai terpaksa melewati satu lorong yang mana di sebelahnya (binaan) masih belum siap sepenuhnya. kalau apa-apa jadi, tak mustahil yang lalu-lalang kat situ boleh terkorban. nauzubillah!

so bila dah masuk ke dalam... hmm... bukan sebab kedai-kedai tak beroperasi lagi. tapi sebab... tak ada beza pun PDH ni dengan PBB dan PBJ.

kalau ada yang membezakan antara ketiga-tiga shopping mall ni adalah dari segi struktur, binaan dan lokasi. yang lain-lain sama je. kedai-kedai jenama mewah, butik-butik branded, kedai-kedai peralatan elektrik & elektronik, etc.... semua tu kita boleh jumpa kat PBB & PBJ. nothing special. kalau ada pasar raya Gomla kat sini, barulah special kot!😂

setakat ni yang meriah hanya kat tingkat 1. sebabnya banyak kiosk makan minum dan restoran yang dah dibuka. lain-lain (mall ni ada 5 tingkat), semuanya sendu. 

so nasihat anies, korang sabar jap😂 tunggu 4-5 bulan lagi. tak pun datang sebelum raya tahun depan. then nak melepak ke... nak kuak lentang ke kat sini... no hallah!

kalau malas nak drive + malas cari parking, naik MRT Kajang Line dan turun kat stesen ni. 

keluar dari stesen, belok kiri. korang akan nampak signage ni. ikut je signage ni sampai tiba kat kawasan parking underground.




2 foto di atas... macam ni laa keadaan laluan pejalan kaki dari stesen MRT ke shopping mall. ya, belum siap lagi. tapi tahap keselamatan tu membimbangkan juga laa... kalau korang nak ke sini, jangan pergi sebelah malam. walaupun ada lampu tapi itu belum tentu dapat menjamin keselamatan korang. plus, ramai pekerja asing kat sini sebab diorang kerja kat tapak pembinaan mall.

suasana dalam mall...



salah satu main entrance... dari Jalan Damanlela.


antara kiosk makan minum yang dah buka...

teringin nak miliki kereta Tesla? si datang sini dan belanja sekurang-kurangnya RM190 dalam 1 resit di kedai-kedai terpilih dalam PDH ni. mana tau... rezeki korang dapat laa Tesla free ni...

ada 2 giant teddy bear kat sini. ni salah satu. kalau nak bergambar boleh je. tapi kalau korang duduk atas teddy bear tu, kemungkinan besar ia boleh tumbang😂


okey... tu je laa.perkongsian untuk hari ni...
thanks for reading..
daa...

p/s try pulun BW as much as i can! lets go babeh!💪

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

34 Words of Lo♥e

  1. Iya juga si kalau belum 100 persen siap kenapa sudah di buka ya?..percuma juga kalau datang belom banyak yg terisi, biasanya kalau ada mall baru pengunjung numpuk berhimpit"..tapi saya enggak selalu datang kalau ada mall baru,dekat rumah jarak 10 menit,ada mall baru tapi belum pernah sekalipun berkunjung ke sana😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa... tak faham sy. kalau ya pun tunggu siap sepenuhnya. kenapa laa tak ambil berat aspek keselamatan... hmmm

      Delete
  2. nampak lengang,best jalan tak ramai orang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak suka crowded boleh laa dtg sini cuci2 mata ;-)

      Delete
  3. Yang herannya nanti penuh juga mall baru dengan pengunjung....

    Teori money laundering tu memang masuk akal kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kl mmg tak boleh dipercayai bab2 ni hahahah

      Delete
  4. pavilion bukit jalil pun tk smp lg..tup2 ada pavilion dsara height plak ...tp tula blum siap sepenuhnya tp dh buka kan

    ReplyDelete
  5. wahhhhh dah ada 3 Pavillion rupanya.. satu pun Ana blm pernah jejak kaki ke sana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mai KL nnt beritahu laa sy bawa ana ketiga2 pavi ni ;-)

      Delete
  6. Pavilion Bukit Jalil tu pun saya tunggu setahun kemudian baru jejak kaki ke situ hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni tggu thn dpn laa baru dtg😁xde apa pun. sm je dgn pavi lain

      Delete
  7. Semoga menang dpt tesla tu.. Blh balik kg bawa kete sambil tido hahaha..
    Money laundry ni kan.. Bukan takat mall jer.. Ada sesetengah Private school.. Hotel.. Termasuk lah pertubuhan2 NGO.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh kalau mng tu sy buat kenduri jemput blogger mai rumah😁
      betul2. biasanya dia cover hal2 yg nampak baik dan suci je.

      Delete
  8. Es un centro comercial muy lindo. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sí, se ve bien. pero la dirección debería esperar hasta que esté completamente terminado. se trata más de seguridad. sin dinero.

      Delete
  9. penat jaln klau g mall besar2 ni..Cik Nor klu g aeon mall KB blik lembik mcm org kerja binaan..penat berjalan..haha

    ReplyDelete
  10. Kalau dah duduk KL ni memang sinonim dengan shopping mall yang besar. Ceruk mana sekalipun mesti ada shopping mall cuma ramai pengunjung atau tak bergantung kepada lokasi stragetik... contohnya mcm midvalley... lokasi strategik mmg penuhlah rakyat jelata kesana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ada jg lokasi strategik tp terlalu dkt dgn mall bsr. mcm the strand. dkt dgn one utama. sy rs mcm hambar je mall tu

      Delete
  11. Mereka pasti ngejar profit secepetnya, karena itu dipaksa untuk mulai buka walo belum jadi sepenuhnya. Tapi yg begini saya tak suka Krn biasanya masih sepi, dan masih ada pembangunan berjalan.

    Satu cth mall di Jakarta ada yg dari awal pembangunan dah kacau kak. Awalnya trbakar dan menelan korban jiwa. Yg meninggal salah satu pekerja yg membangun mall. Langsung bermasalah soal izin dan investigasi lagi. Tapi tetep mall dibuka dan sepiiiii. Mungkin juga banyak orang tak nak datang Krn mereka anggab mall yg dari awal dah jelek image, biasanya bawa bad luck (bagi kepercayaan beberapa orang).

    Sekarang mall itu tutup dah, tak lama berdiri. Jadi sepiiii sangat. Saya saja seram nak datang kesana. Ntahlah mau dijadikan apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. weiiiii serammmmm
      then sekarang tinggal bangunan kosong je laa ya?

      Delete
  12. Wah ada Pavi baruuu.. 🤓
    Hihi.. mem besar pun millionaire juga, tp tak nak mengaku ja kan? 😬

    ReplyDelete
  13. Senangnya nak shopping di KL. Naik MRT je. Yang penting, banyak pitih. Hehe.. Saya, satu pavillion pun belum dapat jejakkan kaki lagi. Entah bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde pitih pn bleh g jg. cuci2 mata mcm sy😁

      Delete
  14. Banyak dah Pavillion kat sana rupanya. Ingatkan yang baru kat Bukit Jalil tu je, rupanya ada jugak kat Damansara Heights

    ReplyDelete
  15. Kena jana income kot tu yang buka juga walaupun belum sepenuhnya siap.. kikiki.. Tapi bahayalah tengok keadaan yang Anies kongsikan tu..

    ReplyDelete
  16. ya ampun...tak termasuk Linda dalam2 nie...hahaha

    ReplyDelete
  17. betullll mai KL masuk mall. hahaha. tp PBB dh pernah masuk masa mula2 bukak tu

    ReplyDelete
  18. geram tgk bear tu.. memang kalau ada budak kenit ni dia suka ajak selfie

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆