My Dearest Part 2: epi 8 & 9

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Walaupun minggu sebelum ni hanya 1 episod je yang ditayangkan tapi peminat drama Saeguk ni tetap tersenyum gembira. why? ada 2 perkara yang buatkan diorang melompat sampai ke bintang😂

pertama, pihak produksi bersetuju untuk tambah 1 lagi episod. it means My Dearest akan ada 21 episod semuanya. (part 1 = 10 epi. part 2 = 21 epi)

FYI, kalau ikut skrip asal drama ni ada 30 episod. tapi dipendekkan jadi 20 je sebelum ditambah 1 extra episod berikutan sambutan dan rating yang menggalakkan.

that's why siapa yang tonton dapat rasakan plot drama ni agak laju esp selepas 5 episod terakhir.

kedua, wartawan hiburan Korea meramalkan Nam Goong-min bakal membawa pulang MBC Daesang Award buat kali kedua pada majlis yang bakal berlangsung akhir tahun ni. ni kerana tiada calon yang lebih layak (dari drama-drama terbitan MBC sepanjang 2023) untuk menggenggam anugerah berprestij ini.

tapi kalau Nam Goong-min tercalon untuk Baeksang Arts Awards tahun depan (bagi kategori TV) kelak, saingannya amat sengit. nama-nama seperti Lee Ji-hoon (Taxi Driver 2), Ryoo Seung-ryong (Moving) dan Kim Tae-ri (Revenant) disebut-sebut bakal menggantikan Park Eun-bin yang menang Daesang (kategori TV) pada Mac lepas. apa-apa pun all the best untuk Goong-min oppa🫰😁

okey, untuk episod 8 & 9 ni, emosi penonton bagaikan roller coaster. dalam manisnya hubungan cinta Jang-hyun dan Gil-chae, akan terselit kisah berdarah antara mereka.

so jom baca sinopsis ringkas dan ulasan tak seberapa ni. cekidaut!


EPI. 8

sinopsis:

Jang-hyun terpaksa tinggalkan Gil-chae demi memenuhi janjinya kepada tawanan perang Joseon untuk bawa mereka pulang ke tanah air.

malangnya sebaik merentasi sungai, Jang-hyun dan tawanan perang Joseon diserang dan menyebabkan ramai terbunuh dan cedera termasuklah Jang-hyun sendiri.

sebaik sedar Jang-hyun dituduh kerana membentuk tentera untuk menggulingkan raja Joseon. tapi alasannya tak diterima. lelaki itu terus diseksa tanpa diadili sewajarnya.

tawanan Joseon yang selamat terpaksa kembali ke Simyang. mereka menganggap Jang-hyun sebagai 'scammer'. mentor Jang-hyun, Yang-chun yang terselamat daripada serangan tersebut cuba menenangkan mereka namun hampa.

Putera Mahkota pula sedaya boleh yakinkan ayahandanya bahawa tawanan perang Joseon bukanlah tentera yang dilatih untuk menggulingkan baginda. namun baginda enggan percaya. pihak cendekiawan pula memaksa raja agar mengadili pesalah ke jabatan kehakiman bukannya di bawah kuasa Palace Supply Bereau.

Gil-chae dapati Jang-hyun 'dibuang' bersama mayat tawanan Joseon yang disangka tentera untuk gulingkan raja... scene ni berjurai air mata. confirm! kredit


👉review:

bagi peminat Jang-hyun dan Gil-chae pastinya tersenyum lebar di awal episod. haipp... scene ni untuk tonton 18 tahun ke atas je ya😂

sama macam episod lepas penonton tak boleh nak harapkan yang manis-manis je. pasti ada babak berdarah dan air mata terutama ketika Jang-hyun diseksa teruk.

pada masa ni barulah penonton nampak sisi gelap raja In-jo yang sebenar. nampak sangat dia takut hilang kuasa. gundik dia pun sama. tamak haloba. ini fakta. dalam sejarah Korea, raja In-jo sememangnya kejam sampai anak sendiri pun dia bunuh.

bagi anies episod kali ni dah mula mendedahkan satu demi satu rahsia Jang-hyun dan kenapa dia jadi begitu setia kepada wanita bernama Gil-chae itu.

overall, sediakan tisu bila tonton episod ni, okey!

berikut rating untuk episod 8:
- nationwide: 10.8%
- highest instant rating: 13%
- My Dearest kekal no. 1 untuk highest rating for Friday-Saturday drama at all channels.
(sumber: Nielsen Korea)


EPI 9

sinopsis:

Jang hyun hilang ingatan! semuanya berpunca selepas dia dibelasah teruk oleh pegawai istana.

Gil-chae berjaya larikan Jang-hyun dan pihak istana tidak menunggu lama untuk menjejaki pemuda itu. mereka percaya Jang-hyun (menyamar sebagai Yang-chun) ialah dalang utama untuk gulingkan raja.

raja In-jo berterusan berasakan dirinya tidak selamat terutama selepas tersebarnya khabar angin bahawa ada tangkal ditanam dalam kawasan istana yang bertujuan untuk menyihir baginda.

sementara itu, Ryang-eum dan Gil-chae terus menjaga Jang-hyun hingga pulih. meskipun ingatannya terjejas, keduanya terus beri sokongan kepada Jang-hyun dan pada masa sama cuba 'menyorokkannya' daripada pengetahuan pihak istana.

walaupun hilang ingatan, tapi Jang-hyun tetap mahu perhatikan gerak-geri Gil-chae yang sentiasa mengambil berat terhadapnya. kredit


👉review:

dari mula sampai habis penonton jadi tak senang duduk melihat keadaan Jang-hyun. lebih-lebih lagi bila kuasa raja mengatasi segalanya.

entah kenapa dalam episod ni anies jatuh kasihan dengan Puteri Mahkota. dah laa suami dia meninggal. kemudian dia pula dituduh sebelum diracun oleh ayahanda mertua sendiri! nasib anak sulung mereka pun dah tak menentu!

emosi bercampur baur bila tengok episod kali ni. sampai tak tahu dah nak ulas apa lagi😔

yang pasti episod akan datang lebih tough dan akan lagi banyak 'penderitaan' dihidangkan kepada penonton.

oh ya kemunculan lagi puteri Gak Hwa benar-benar buat penonton hangin! arghhh... kenapa tak habis-habis lagi watak dia ni???!!!

berbaki 2 episod lagi. minggu ni tayangan terakhir. dan ini rating untuk episod 9:

- nationwide: 11.6%
- metropolitan area: 11.3%
- highest rating score: 13.4%

tak sabarrrrr nak tunggu kesudahan drama ni. happy ending? or sad ending? kita tungguuuuu...

that's all.
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

21 Words of Lo♥e

  1. Sudah hilang ingatan saja tapi cintanya ga pudar ya...moga"happy ending

    ReplyDelete
  2. Tak larat dah nak layan citer korea ni kang sangkut depan tv habis lambat masak basuh baju hahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama korea ni kn tgk time relaks2 je. once dah tersangkut mmg payah nak move on🤣

      Delete
  3. ini drakor ada adegan +++ ndk kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada. tp kissing scene memang tak boleh 'lari' dari mana2 drama or movie korea😁

      Delete
  4. Tudia, ulasan yang sungguh terperinci. Selamat menonton, Anies. :)

    ReplyDelete
  5. Tengo muchas ganas de ver ese dorama. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. Haha, saya pun dah jarang tengok k-drama sbb takut tersangkut depan tv tak buat kerja rumah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp tgk laa yg ni. jgn marathon. 1 by 1 pun ok

      Delete
  7. berbaloi untuk ditonton kepada mereka meminati K-drama

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk org jg. ada minat kdrama tp x minat saeguk ni...

      Delete
  8. Sekarang tengah layan Nam Soon Bong tapi cringe jugak tengok watak utama buat suara cam bebudak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke? niceee
      sy dah lyn strong girl bong soon. nnt laa sy lyn nam soon pulak

      Delete
  9. Saya masih setia menunggu ulasan Kaka untuk endingnya nanti 😄😄. Memang lah kalo menonton ttg drama Saeguk begini, suka terbawa emosi kadang. Tak paham dengan kejamnya intrik istana saat itu, saking kepengin nya pegang kuasa.

    ReplyDelete
  10. roller coaster betul emosi penonton dibuatnya ye.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sha tp best cerita mcm ni. kalau mendatar je jd bosan pn ya

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆