Kena tahan dengan pihak kastam dan imigresen @ Heathrow Airport

10:27 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tengah relaks relaks, tiba-tiba teringat kisah yang dikongsikan ex-officemate anies 4 tahun lepas. masa tu kami tengah rehat. sambil berehat macam-macam ceritalah yang kami sembangkan. entah macam mana, si ex-officemate ni 'terbuka' mulut fasal pengalaman dia sekeluarga ketika menziarahi kakaknya buat pertama kali yang tinggal kat England.

ex-officemate: taubatlah saya nak pergi England lagi.

anies: kenapa? tak best ke?

ex-officemate: bukan tak best tapi saya ada pengalaman pahit kena tahan dengan pihak kastam & imigresen kat airport Heathrow!

anies terkedu seketika. sebab masa tu, cuma tinggal beberapa hari je lagi anies akan berangkat ke London. 

anies: apa dah jadi sebenarnya?

ex-officemate: sebaik touch down, mak dengan ayah saya masuk beratur (depan kaunter pemeriksaan kastam & imigresen). saya dan abang beratur kat barisan lain. beberapa minit kemudian, mak dan ayah dah lepas pemeriksaan, tapi saya dan abang tak lepas lagi. 

sebaik tiba giliran kami, pegawai imigresen pun soal: where do you stay in London?

abang ex-officemate: at my sister's house.

pegawai imigresen: what your sister doing now?

abang ex-officemate: she's just delivered her baby. so i come here to visit and take care of her baby.

pegawai imigresen: so, you're jobless now?

dengan jujurnya, abang dia pun mengangguk.

dan.... tak lama lepas tu datanglah 3-4 orang pegawai lain lalu terus membawa abang dan ex-officemate ni ke sebuah bilik.

di situ mereka disoal siasat macam-macam. tak ubah macam penjenayah besar. akhirnya selepas 24 jam barulah si ex-officemate dilepaskan manakala abangnya kena tahan selama 3 hari!!!

anies: kenapa sampai 3 hari?

ex-officemate: pertama, sebab tak jumpa translator. padahal mak saya guru bahasa Inggeris tapi diorang tak nak terima. bila dah dapat translator, masih tak dapat dibebaskan sebab abang saya penganggur! pegawai tu tanya, mana dapat duit datang ke London? apa jaminan awak nak tinggal sini lama sedangkan awak tak bekerja? macam mana nak survive kat sini kalau tak bekerja...dan 1001 soalan ditanya kepada abang si ex-officemate.

(ex-officemate kena tahan sebab dia juga jobless. tapi disebabkan dia baru [sebulan] lepas graduate, maka dia dapat dibebaskan lebih awal)

anies: fuuhhhhh... habis tu, macam mana boleh lepas?

ex-officemate: sebab abang ipar dan kakak datang ke airport. diorang bukan tinggal kat London tapi kat Birmingham (kalau tak silap). selain ambil masa nak datang, pihak imigresen juga tak benarkan abang saya 'diikat jamin' sesiapa sampai kes selesai.

masa tu anies dah kecut perut. lepas dia kongsi cerita ni, anies terus inform kat blogger Farah. nampaknya kami kena extra careful bila dah sampai London nanti.

Alhamdulillah, bila kami sampai di Heathrow, segalanya berjalan lancar. malah kami bertemu dengan pegawai kastam & imigresen yang peramah. tiada apa-apa masalah berlaku sampailah hari kami pulang.

muka kepenatan tapi excited bila dapat jejakkan kaki kat sini. korang boleh skodeng cerita jalan-jalan anies kat bumi penjajah ni, kat SINI.

entry ni bukan nak takutkan siapa-siapa. so far, anies tak hadapi apa-apa masalah bila berurusan dengan pihak kastam & imigresen. yang penting, korang mesti konfiden. kalau tak ada buat apa-apa jenayah, kenapa nak takut, kan? 

tips: jawab dengan jujur bila ditanya. dan arrival form yang diberi, sila isi dengan betul dan tepat. jangan bohong, jangan tipu. dan make sure, print out your return ticket!

mungkin kes di atas 1 dalam 10. kata ex-officemate, masa tu kat UK tengah buat operasi membanteras pekerja haram / duduk UK melebihi masa / immigrant etc. jadi dia sekeluarga memang tak jangka perkara ni bakal berlaku biarpun pada dasarnya mereka hanya datang nak melawat saja.

well... apa-apa pun lepas covid-19 berakhir, ke mana kita nak fly ni, blogger Salbiah M? eehhh terseru lagi nama ni...

p/s korang ada pengalaman kena tahan kat airport? ceritalah sikit kat ruangan komen...

thanks for reading.
daaa..

Kisah Silam Untuk Masa Depan

80 Words of Lo♥e

  1. Syok naaa... Cepatlah covid habisss 🤲🤲

    ReplyDelete
  2. Semoga Covid cepat berakhir, bisa terbang lagi :)

    ReplyDelete
  3. Memang kena jujur. Tidak pernah kena tahan. Memang tunjuk dokumen pulang jadi mudah.

    ReplyDelete
  4. Aku belum pernah kena tahan di airport karena aku belum pernah ke luar negeri kak, hiks, sedihnya.
    Aku naik pesawat hanya antar kota or antar provinsi saja di Indonesia

    ReplyDelete
  5. setakat ni tak pernah kena tahan lagi la.. but omgg scary nya pengalaman tu.. hmmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa sy kn soalan sikit je dah berdebar kuat. ni kan pula kn tahann mcm ni

      Delete
  6. Alhamdulillah syukur anies tiada masalah. Ye lah lain org, lain masalahnya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah seumur hidup tak pernah kena tahan walaupun airport Australia masuk kategori seram. Part imigresen ni paling tak best bila travel.

    Pergilah mana-mana janji boleh guna duit dalam air asia tu. Harap kedai Sailormoon aku nak gi tu tak tutup lagi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata someone, kalau dtg gila kastam heathrow tu mmg abis laa 😆

      Delete
  8. why so difficult? bila kata indo, ribet, berbelit, sampai segitunya cuma gara-gara jobless ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketika tu ada operasi memburu pekerja haram

      Delete
  9. serammm nak pi london. lambat lg lah since UK byk virus baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. dtg angin pegawai imigresen london tu siap sedia je laa

      Delete
    2. mat saleh pun ada angin kus2

      Delete
    3. mmg ada sgt. cuma x telan org je😆

      Delete
  10. wah, makasih banyak buat tipsnya mbak
    bisa jadi pelajaran nih buat yang pergi ke UK :D

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi kena tahan dekat mana-mana airport pun. Tapi selalu kena extra screening la. The dread ssssss :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...borong kaset lagu korea byk sgt tu. tu yg kena extra screening kan? hahaha

      Delete
  12. Ingatkan di airport Australia saja yang suka buat begini, rupanya di London pun ada. Alasan nak banteras pekerja asing duduk lebih tempoh tu boleh diterima, tapi kalau sampai ditahan 3 hari tu macam tak berperikemanusiaan pulak.

    ReplyDelete
  13. Bom dia, espero que você aproveite bem a viagem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. obrigado meu amigo. espero poder repetir esta viagem no futuro ...

      Delete
  14. After the quarantine, I really want to visit Paris ))

    ReplyDelete
  15. ishhh rindu betul nak travel hehe

    ReplyDelete
  16. Uy que historia pobre tu amigo. Cuídate mucho, te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. No puedo ayudarla, pero espero que esta historia nos dé una lección ...

      Delete
  17. Kadang benda camni tak boleh nak expect. Pernah juga dengar cerita macam ni. Habis selongkar beg semua. Asal nampak suspicious je mesti dorang tahan padahal tak boleh salah apapun. Apapun kena confident macam Anies cakap tu sebab tak buat salah apapun kan. Dan prepare apa yang patut. Masing masing mesti tak sabar dah nak fly lepas covid-19 berakhir, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... kena angin dia abis semua kena...

      cpt laa covid berakhir...waaaa

      Delete
  18. memang fobia la bila dapat pengalaman macam ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sy kena soal lbh sikit je dah berdebar bagai nak rak

      Delete
  19. setiap orang ada cerita tersendiri...

    dam cerita ini memang menarik untuk dibaca sebagai pengalaman

    ReplyDelete
  20. Seram juga pengalaman kawan tu. Tapi, pengalaman dan sharing macam ni lah yang berguna dan baik dikongsikan kepada orang lain supaya dapat buat persediaan rapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dpt kita nak berseronok tu kena sentiasa jg beringat...

      Delete
  21. Kesiannya ex-officemate kaka sampai trauma gitu 😓. Btw, orang malaysia berkunjung ke england tu apa perlu buat visa tak? Btw, salam kenal ya ✌️

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya yang kena, saya pun trauma juga...

      Delete
  22. Aduhai, kalau saya kena macam kawan Anies tu mahu terus serik tak nak pergi mana-mana ... pernah baca kisah kena tahan begini tapi biasa dengar di Australia je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya semua orang pun akan rasa mcm tu jg...seremmmmm

      Delete
    2. Seram ni tak boleh bawa bincang 😂

      Delete
    3. betul... sy kn soal sikit pn dah gelabah ni kn pula kn tahan nehiii

      Delete
  23. Bestnya jalan-jalan ke negara orang.

    ReplyDelete
  24. alamak ana dah lah tak pernah ke oversea langsung hehehe

    ReplyDelete
  25. *tak sure comment masuk ke tidak sbb bila klik publish , ada keluar whoppsssss sorry katanya

    ReplyDelete
  26. wah ikut terkejut bacanya kak.. Sebelum Pandemi, Suami saya juga pernah tertahan di Bandara Soekarno Hatta, ini posisi masih di Jakarta hendak dinas ke New Zealand. Waktu itu suami pakai e-visa dan tidak periksa lagi print e-visa itu. Ternyata nama di Passport dan e-visa berbeda, karena nama suami saya Aribowo, sementara di visa tertulis Ari Wibowo, macam artis Indonesia.. hehehe.. syukur Alhamdulillah bisa diatasi setelah pihak bandara menelpon ke kedutaan RI di New Zealand karena saat itu terburu-buru mau take-off, dan memang terbukti kalau suami ada izin dinas resmi untuk kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh tu antara Aribowo dan Ari Wibowo tu, mbak...tp syukur segalanya lancar dan dipermudahkan...

      Delete
    2. hahaha iya, jauh betul.. dan memang orang seringkali salah mengetik nama suami saya tuh, sampai harus keluarkan dulu kartu tanda penduduk..

      Delete
    3. biasa kalau nama hampir sama dengan nama orang famous ni, ramai mudah ingat nama kita😊

      Delete
  27. jawab jujur pon kanna tahan jugak.. huhuhu

    ReplyDelete
  28. Pengalaman sungguh.. Dtang nak melawat je tapi kena tahan pula.. betul2 dugaan tu..

    ReplyDelete

  29. absolutamente. solo espero que esta pandema termine pronto y podamos viajar tranquilos

    ReplyDelete
  30. saya tak pernah tapi kawan aku ada saya berangkat bersama jadi ikut menunggu juga nak ke Singapore dari batam tapi nama dan mukanya ternyata mirip sangat dengan orang yang di cari di singapura jadi tinggallah di Airport selama 8 Jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira criminal suspect ke ni? wahhh lagi dahsyat

      Delete
  31. rindunya cuti2 london...dlu masa pi london alhamdulillah smua ok..sbb kami declare apa yg dibawa

    ReplyDelete
  32. Tentu trauma kan dgn incident mcm tu. Padahal xde apa kesalahan pun.. mrnganggur ingat x boleh buat duit ke

    ReplyDelete
  33. Thank you uda menshare pengalamannya kak..

    ReplyDelete
  34. Oh kak anis ini orang melayu yah..

    ReplyDelete
  35. Saya alhamdulillah tak pernah ada case macam2 di airport manapun. Walaupun selalunya dag dig dug tiap kali lewat imigrasi 🤣. Tapi paling seram saat ke Korea Utara 2019 lalu. Tau lah negara satu itu ajaib sangat, apalagi leadernya 🤣. Cuma ternyata orang2 sana ramaaah, beda sangat dari berita2 di media

    Yang paling ditakutin oleh imigrasi memang illegal immigrant. Krn itu mereka selalu make sure tourist yg datang nih cukup bawa uang dll 😄. Malaysia enak, ke UK free visa kan? Indonesia masih harus apply visa kalo ke UK. Tapi karena saat apply diminta segala macam dokumen, termasuk rekening bank 3 bulan terakhir, surat reference dari HR kantor yang menyatakan kita kerja dan akan balik lagi, jadinya kalo diapprove visa, agak aman lah, karena screening pertamanya udah dilalui 😄

    Suami saya pernah ada kejadian tak enak di London.

    Mertua saya dulu diplomat, dan penempatan tugasnya sering di Eropa. Jadi waktu itu mereka liburan ke London, kebetulan sedang piala dunia, jadi orang2 banyak yang nonton di kafe atau hotel yang menyediakan siaran langsung. Kamar mereka di lt dasar hotel Ibis, ternyata dibongkar oleh pencuri, dan diambil 1 tas berisi uang dan pasport.

    Tapi karena papa mertua diplomat, langsung semuanya diurus oleh KBRI Indonesia di sana. Dibikinin pasport baru dll.

    Tapiii setelah kembali ke Jerman(dulu tugasnya lagi di Jerman), ada paket yang dianter oleh KBRI Inggris. Isinya pasport keluarga papa yg hilang. Ternyata oleh si pencuri semua pasport dikembalikan ke KBRI inggris 🤣🤣🤣. Hanya uang saja yg diambil😁

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆