Casa Casa @ Semporna, Sabah

9:51 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI dan SINI. jemput baca ya cerita super sendu ni😆😆

seminggu sebelum bertolak, anies hampir-hampir nak batalkan booking. ni disebabkan masa tu, kat Sabah dah wujud kluster baru (di Tawau dan Lahad Datu). tapi kat Semporna belum ada lagi sebarang kes Covid-19.

ketika berurusan dengan staf Agoda. com (secara online), anies beritahu seandainya pihak Air Asia batalkan flight, anies nak minta refund (hakikatnya dah tahu takkan dapat refund punyalah). 

tup tup, 3 hari sebelum berlepas, Air Asia hantar official flight itinerary. jadi, dengan itu trip ke Semporna ini perlu diteruskan dan tempahan hotel berjalan seperti biasa. Alhamdulillah...

lokasi hotel ni di Bandar Baru Semporna (dalam deretan shop lot). kenapa anies pilih hotel ni? sebab ia berdekatan restoran KFC. in case kami tak tahu mana restoran yang sesuai untuk menjamu selera, jadi KFC-lah pilihan terakhir 😂😂😂

selesai semua urusan di airport, kami tak singgah mana-mana. dan sebaik tiba di hotel, jam dah menunjukkan pukul 1.30 tengah hari. check in pula pukul 2.00 petang. jadinya, anies terus selesaikan prosedur check in dan lepas tu, ahli keluarga yang lain boleh berehat. yalah... dah lebih 12 jam kami tak dapat berehat. maka, ketepikan seketika perut yang tengah lapar tu. tidur itu lebih afdal😂😂😂

okey, fasal hotel ni pula... overall memang selesa meskipun biliknya kecil sahaja. tapi bagi anies okeylah tu, sebab harganya pun murah. bilik tanpa tingkap cuma RM65 per night. di dalamnya lengkap dengan tv, toileteries, coffee bar, ruang rehat dan santai dan lain-lain. staf hotel pun friendly

lepas check out, staf hotel benarkan kami stay di ruang rehat sementara menunggu van sampai untuk bawa kami ke airport. siap tumpangkan bilik kosong untuk kami solat dan guna bilik air.

so, kawan2 yang berhasrat nak ke Semporna lepas wabak Covid-19 reda, bolehlah pertimbangkan untuk menginap kat sini nanti. jangan cakap anies tak payung ya...😊😊

inilah hotelnya... walaupun hotel budget yang penting family anies suka...😂😂😂

deretan kedai-kedai, klinik, bank, restoran ada berhampiran hotel budget ini. so tak perlu risau kalau nak makan ke... jatuh sakit ke... etc.

ni bilik anies dengan saudara kami... kecil je tapi yang penting kami tidur nyenyak 😂😂😂

besar bilik airnya. toiletries pun lengkap. pili pun laju.

ruang rehat dan santai di tingkat 1. kami lepak kat sini lepas check out sementara tunggu van sampai untuk jemput kami ke airport.

family room. suka sangat konsep macam ni... sila abaikan cadar tak berlipat tu ya. staf hotel belum habis mengemas sebab mereka bagi peluang kami buang air, ambil wuduk dan bersolat lepas check out...

koridor di tingkat 1. kiri dan kanan adalah bilik ya.

tangga menuju ke tingkat bawah...

koridor di hadapan ruang rehat dan santai...

koridor yang sama👆👆👆...

okey tu jelah perkongsian untuk hari ni.
thanks 4 reading...
daaa

p/s sorry... gambar blur...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

73 Words of Lo♥e

  1. Ohooo nampak nice! Nampak selesa. Boleh la menginap di sana kalau pergi Semporna

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap betul tu... boleh dipertimbangkan nnt😊

      Delete
  2. Puas hati, rega murah, kelengkapan ok.

    ReplyDelete
  3. rasanya if that time u mintak refund, mmg akan masuk dlm bonus point sngt... but klu recently ada booking p memana, then mintak refund akan dpt fully refund for AA dah

    ReplyDelete
  4. Suka jugak tengok konsep family room tu. Walaupun tak luas tapi tetap selesa juga. ruang rehat dan koridor pun nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... tp tangga tu tggi tau... jenis gayat better ddk bwh😆

      Delete
    2. Oh ye? tak nampak macam tinggi, mungkin sebab curam kot. hihi..jenis gayat digalakkan duduk bawah je. Naik nanti tak lepas turun. hihi

      Delete
    3. ya. sy try naik konon nk amik gmbr dr atas. smpi sekerat tangga trn blk😆😆

      Delete
  5. Tidak kisah hotel murah sebab hendak tidur sahaja.
    Tengok memang selesa.

    ReplyDelete
  6. tidur lena tak akan komplin dah.

    ReplyDelete
  7. berbaloi dgn harga apa nak kesah kan.

    ReplyDelete
  8. Bersih room penginapannya ya, sudah begitu dekat pula dengan macam-macam kedai.
    Perlu apapun jadi lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mas... tambah pula kita bawa family... memang perlu suasana seperti ini...

      Delete
  9. Nampak selesa walaupun kecik. Sesuai la dengan harga. Ni memang trip berani mati. Hehe. Bilalah nak terbang lagi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah g Tokyo bulan 7 ni sempena Olimpik😆😆

      Delete
    2. Ini gurauan je ciktim. Patut 2020 hari tu pergi. Olimpik pun ntah ye ntah tidak ada tahun ni

      Delete
    3. kalu ada kite tgk kt tv je ya😆

      Delete
  10. apapun hotelnya bila bersama keluarga rasanya ada di istana, sangat seru

    ReplyDelete
  11. pernah smp juga semporna sabah tp stay chalet yg kt atas air tu

    ReplyDelete
  12. bila lagi la saya nk merasa tido hotel lg ^_^ PKP ni..duduk rumah lah dulu nampaknye huhuu..

    ReplyDelete
  13. Walau nampak kecil tapi agak selesa juga suasana hotel tu kan.

    ReplyDelete
  14. cantik n selesa casa penginapan harga sewa pun ok

    ReplyDelete
  15. Nice review 😘😘
    Lama eh tak dok kat hotel🌹

    ReplyDelete
  16. Dapat tak parcel dari shoopee 😅
    Semoga jadi teman semasa buat kerja dari rumah😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiii mcm2 laa cik tim ni... sy x dpt nk collect nnt someone ambilkan... terima kasih ya cik tim dah dpt nnt sy beritahu

      Delete
  17. MEnariknya family room dia..iena dengan keluarga memang plan nak ke semporna sabah tahun 2021 tapi since covid ni terpaksa batalkan dulu..boleh masukkan dalam senarai ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... x pe tggu semua reda br kite berjimba jimbi😊

      Delete
  18. Ini ada di Malaysia ya? Waah ingin sekali ke sana, semoga ada kesempatan suatu saat nanti aamiin 😄

    ReplyDelete
  19. untung dapat jalan-jalan musim Covid ini cuma ia sangat berisiko..

    apa-apapun semoganya baik-baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. even kaw org ramai mcm mall tu pn da seriau tp terpaksa jg kalau x krn ada hal

      Delete
  20. mugo semporna semua perjalanan itu bah
    ... 😎😎😎

    ReplyDelete
  21. Nasılsın 😊 hayat nasıl gidiyor, su dönem pandemi yüzünden biraz sıkıntılı olsa da sağlıklı olduğumuz için çok şükür ediyorum selamlar Türkiye den ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyiyim, teşekkür ederim arkadaşım Umarım iyisindir ve güvende olursun.

      Delete
  22. Es xhiquito pero bonito por lo menos pudieron descansar. Te mando un beso

    ReplyDelete
  23. Boleh masuk list.. Niat dah ada, peluang je belum sampai..
    Family room tu nampak best.. dekat dengan KFC pula.. mudah nie..

    ReplyDelete
  24. Best tengok family room tu, ada attic.

    ReplyDelete
  25. haruslah cari tempat stay dkt dgn kedai makan. hahah
    nampak selesa, teringat hotel kt taipei tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sipi sipi😆 cuma sn nmpk lbh bersih

      Delete
    2. rindu hotel sun moon lake boleh keluar tingkap sidai baju. haha

      Delete
  26. Lama dah tak ke sini :)

    Sempat juga ya berjalan waktu lax hari tu ^^

    ReplyDelete
  27. nampak selesa hotel dia. rasa macam duduk rumah pula..hehe

    ReplyDelete
  28. Berbaloi tu. Yang penting2 semua cukup. Selesa lak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun tak luas, asal selesa utk melepaskan lelah dah OK kan...

      Delete
    2. kalau nk lg selesa tido umah sendiri. x yah keluar jln2 kan?😆

      Delete
    3. Hahahah betul betul betul! Ini saya setuju!

      Delete
  29. Vine aquí por asuntos familiares. en ese momento, los casos de pandemia eran menores que antes. y nos dieron permiso para cruzar la frontera.

    ReplyDelete
  30. Suka tgk bunk bed tu. Alahai bilalah nk sampai sabah

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆