Tonton perlawanan akhir Piala Dunia 2026

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Ni cerita bulan lepas. walaupun kita dah tahu siapa juara Piala Dunia tahun ni, tapiii yang ni korang tak tahu lagi, kan? kannn😂😂

program ni anjuran kelab kebajikan dan rekreasi syarikat yang mana disertai para pekerja. disebabkan game final ni pukul 3.00AM waktu Malaysia, maka anies dengan kawan sekerja plan laa nak tonton sama-sama. tapi sebelum tu 'terpaksalah' booked hotel memandangkan lokasi rumah kami jauh.


entrance VIP lounge...


kira-kira dalam pukul 1.00AM, kami pun keluar dari hotel dan terus ke VIP Lounge. lepas register, kami diberi enamel pin setiap seorang. 


enamel pin Rimau😁

ruangan menonton... mulanya nak try lepak kat tengah-tengah tu tapi segan laa pula...😁


sebaik melangkah masuk, terkesima sekejap tengok pelbagai jenis jajan dan minuman yang disediakan pihak kelab. fuhhh... ni kalau Malaysia yang masuk final, kompem ada nasi hujan panas + gulai kawah batang pinang sekali 😂😂




sementaara tunggu yang lain sampai, apa lagi? kami pun makan laa segala jajan yang ada. tak lama kemudian kira-kira dalam pukul 1.30 pagi AJK panggil kami untuk naik ke rooftop.

yeahhh it's durian time! sebelum tu kami dah maklum ada 'kendurian'. so, bagi 'hantu durian' ni laa masanya untuk makan sampai kenyang. walaupun durian dah siap dikopek dan dipek, ia tetap sedap sebab kami dapat rasa variety of durian. ada D24, ada durian kampung, musang king pun ada. anies 'bedal' je semua sebab benda sedap kannn... 




lepas makan durian kami turun semula ke lounge dan seterusnya menyaksikan perlawanan akhir antara Sepanyol vs Argentina. anies tak sokong mana-mana team pun tapi bila tengok corak dan tektikal Sepanyol, dalam hati dah boleh agak, La Roja akan jadi juara.

haha... ternyata ramalanku benar belaka. Sepanyol akhirnya jadi juara untuk edisi 2026 selepas kali terakhir menjulangnya pada 2010. felicidad La Roja!

habis game, kami pun balik hotel. pagi tu staf yang datang tengok game dapat pelepasan 2 jam. so, dapatlah kami lelapkan mata sekejap sebelum masuk kerja.

that's all...
daa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆