Tiranë, Albania: Centrum Hotel
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dek kerana terasa sangat lama duduk kat masjid, jadi anies ambil keputusan pergi ke hotel berseorangan untuk 'tanya khabar' sama ada kami dah boleh check in atau sebaliknya.
sebaik tiba, anies nampak ada sebuah bilik tengah kemas. tanpa berlengah anies terus inform Farah. mana laa tahu, kot kot PIC boleh benarkan kami check in.
tapi.... tunggu punya tunggu punya tunggu... habuk pun tarak! kami dah makin letih. tanda-tanda untuk benarkan kami check in pun tak ada. akhirnya Farah, Nora dan Ida kembali ke hotel. masa tu, bila tengok muka dia, anies tak berani nak cakap apa-apa. dia memang tengah marah sangat tu!
tak lama lepas tu, tak semena-mena PIC hotel muncul kat situ. apa lagi? memang kena 'sembur' kaw kaw lah dengan Farah. alasan dia yang paling tak boleh blah adalah, kaki dia luka (sambil tunjukkan luka tu). tapi bila anies tengok, terus tak rasa nak percaya. luka macam sengaja dibuat-buat ada laa....
masa tu, apa je dia cakap... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. meluat kami dibuatnya!
then dia minta maaf sebab terpaksa pindahkan kami ke hotel lain atas alasan paip rosak. Farah balas, kalau hotel tu lebih baik daripada yang ni, kami setuju. kalau tak, kami nak refund sekarang!
PIC beritahu, hotel tu macam homestay dan lebih besar daripada bilik hotel tu. dia tunjuk foto dan kami bersetuju dengan syarat, segala urusan perpindahan dan tambang teksi ke sana, kami tak nak bayar sebab... bukan kami yang arrange semua ni.
dengan muka terpaksa dia pun mengangguk. haaa... baru dia tahu! jangan main-main dengan orang Malaysia ya! tak kiralah kat mana sekali pun. kau dah cari fasal dengan kitorang, kau tanggung!
tak lama lepas tu, teksi pun tiba. dek kerana luggage banyak dan saiz teksi yang kecil, anies terpaksa lepaskan mereka dulu. then, teksi tu kembali dan ambil anies pula. bohonglah kalau tak ada rasa takut masa tu sebab hanya anies berdua je dengan driver teksi.
jarak antara hotel pertama dengan hotel kedua ni dekat je. tapi disebabkan Tiranë ni banyak jalan one way dan jammed sana sini, hampir 20 minit jugalah baru sampai.
bila dah tiba kat bilik, otak dah tak ingat benda lain kecuali mahu 💤💤 je. so, ni je laa foto yang sempat anies snap untuk tatapan korang. nak komen banyak pun rasa malas. mood 'disidai' PIC masih terasa sampai hari ni walaupun dah lebih 6 bulan kami tinggalkan Tiranë...
ni laa hotelnya. kami ditempatkan di tingkat 5. paling atas sekali. ada lif tapi muat 3 orang je. lokasi hotel ni dicelah-celah bangunan dan dekat sangat dengan kedai kopi men's only yang kami singgah sebelum tu...
👆👇bilik air luas tapi nak tunggu air betul-betul panas... ambil masa 5 minit. kalau dah tak tahan tu terpaksalah guna air sejuk. rasa macam cebok guna ais je😂😂
dapur tu perhiasan je sebab kami banyak guna mini cooker yang kami bawa dari Malaysia. sebab tu laa luggage masing-masing berat macam batu. bukan takat bawa makanan je. periuk pun kami bawa😂
selingan je ni. dalam teksi OTW ke hotel...
maka dengan ini, 'tamatlah' cerita kena 'sidai' dengan PIC hotel. lepas ni kalau datang ke Albania lagi, 'tobat lahum' laa nak booking hotel macam yang sebelum tu. biarlah kena bayar lebih, janji tak kena sidai...
that's all for today
daa
p/s masih BW satu persatu...







Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
22 Words of Lo♥e
Ada hikmah jugak la kena sidai tu ye Anies. Dapat stay apartment yg lebih besar. Tapi kita yg baca ni pun panas hati jugak bila membayangkan kalau terkena kat batang hidung sendiri 😬
ReplyDeleteWhat an experience. I have never heard of a men's only café. When I wasva little girl, here in Montreal there were taverns 🍺 which were bars that served alcohol and only men were allowed.
ReplyDeleteNow all the bars are for both men and women and the word tavern is no longer used.
Syukur sebagai rakyat Malaysia.. Jauh lebih selesa.. :)
ReplyDeleteBab cebok macam guna ais tu saya tambah....terus rasa kebas🤭
ReplyDeleteAlbania is an interesting country; I also want to take a trip through the Balkans—I hope I get to see these countries.
ReplyDeleteThank you! Deus caritas est!
ReplyDeleteThanks!
ReplyDeleteAlahaii kenapalah jadi macam tu. Macam-macam alasan dia bagi kan.
ReplyDeletePatutnya kena tinggal sorang lagi dengan Anies buat teman.
Syukurlah akhirnya selesai. Memang tobat dah lah kan.
Parece un buen hotel. Te mando un beso.
ReplyDeleteKalau PH dah jadi hijau dah ahak!
ReplyDeleteTapi syukurlah dapat homestay lebih selesa
Ok yg homestay dia ganti tu nampak selesa la juga kan... toilet nampak bersih. Pengalaman pahit ni kadang² akan jd memori indah bila dah tua haha ..konpom akan bercerita kat anak.cucu 🤪
ReplyDeleteAduhai, geramnya bila kena 'sidai'! Nasib baik ketegasan korang selamatkan percutian bajet itu. Semoga penginapan seterusnya lebih dipermudahkan!
ReplyDeleteDapat lah juga 'pengajaran' walaupun pahit kan?
ReplyDeletesiapa je tak berapi kena sidai lama2 kan. tahu2 kena ganti hotel lain pulak..
ReplyDeletesyukurlah hotel baru ni elok sikit rupanya. bagi bad review banyak2 kat hotel lama tu!
Spoil mood terus kalau arrangement asal berubah. Apa pun kalau gantinya lebih baik ok lah, condiser "benda dah nak jadi masalah".
ReplyDeleteSaya kalau dpt pic macam nih, memang habis juga dia. Dan jgn Harap kami tulis bgs di review. Bintang 1 terus
ReplyDeleteTak masuk akal juga alasan dia. Apa hubungan sakit kaki dengan tak bisa menyambut tamu 😒. Btw, review hotel ini di aplikasi hotel yg kakak pakai, memang bagus kah? Sampai kalian pilih stay sini?
ReplyDeletePuas hati saya juga, dia harus menanggung semua biaya taxi tuh 2x 😄😄. Tapi hotel centrum nih oke berarti yaa? Cuma masalah air lama panas?
ReplyDeleteTergelak Faa part rasa cebok guna ice tu. Betul sangat.. Rasa beku je 🤣
ReplyDeleteTravel ni kadang ada kenangan di luar jangkaan kan.
ReplyDeleteAlbania is an interesting.. one in my bucket list to visit someday
ReplyDeleteMekasih atas perkongsian...nak travel jigak insyaAllah satu hari nanti
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆