Tiranë, Albania: Xhamia e Namazgjasë
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sengaja kami turun bas jauh sikit dari masjid sebab nak snap foto dari jauh. FYI, ini merupakan masjid terbesar di Albania dan alang alang dah sampai Tiranë, baik laa kita singgah sekejap...
Xhamia e Namazgjasë atau Masjid Namazgah ni dibina pada 2015 dan mula menerima kunjungan ramai pada 2024.
kalau cakap fasal senibina, sekali tengok je rasanya ramai dah maklum. ya, Albania merupakan salah satu wilayah di bawah empayar Uthmaniyah suatu ketika dulu dan no wonder laa senibinanya diinspirasi daripada senibina masjid-masjid di Turkiyë tapi elemen moden dan tempatan masih dikekalkan.
anies tak tahu nak tulis apa. insya Allah kalau ada rezeki korang ke Albania, datanglah ke sini untuk hayati keindahannya...
dari seberang jalan... lebih kurang sama macam Masjid Biru @ Istanbul, kan?
tinggi juga tau tangga tu... dari jauh nampak je rendah...
di dalam masjid ni ada restoran, dewan orang ramai, pejabat dan lain-lain...
ada dua ruang solat disediakan. tingkat bawah dan atas... kami terus naik ke tingkat atas untuk meninjau (suasana) keseluruhan masjid...
pada mulanya kami cadang nak solat kat sini tapi waktu Maghrib lambat lagi... jadinya kami just snap foto dan rekod video je...
ralit betul tengok hiasan dalaman masjid ni... memang cantik! kalau tunjuk foto dan cakap kami berada kat Turkiyë pun, orang boleh percaya😂😂
short video - inside & outside the mosque...
okey, tu je laa perkongsian untuk hari ni.
sebelum terlupa. anies nak ucapkan: selamat menyambut Hari Merdeka yang ke-69 pada 31 Ogos 2026 kepada seluruh anak Malaysia.
semoga Malaysia kita terus aman makmur, maju, sejahtera dan paling penting, sentiasa diberkati Allah SWT. aminnn


.jpg)
.jpg)
.jpg)


Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆