Ice cream Velvet Almond Crunch + Indulgence Milk by Beryl's

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tahu fasal aiskrim ni pun sebab tertengok video kat TT. disebabkan minggu lepas anies cuti, jadi moh ler terjah Suria KLCC sekejap. kenapa Suria KLCC? kat tempat lain tak jual ke?

ni kerana Beryl's ada buat roadshow kat Center Court, Suria KLCC. so aiskrim ni dijual exclusively sepanjang roadshow berlangsung. dari 12 - 25 Ogos 2026. so kalau korang nak try, cepat-cepatlah ke sana ya!

dapat beli 2 je sebab aiskrim Milk Crunch dah habis. secara peribadi anies suka betul dengan pembungkus warna merah ni sebab jarang jumpa. so, rasanya pula macam mana? berbaloi tak dengan harga RM5 tu?

ni aiskrim Indulgence Milk. salutan coklatnya tak tebal, rangup dan tak terlalu manis. manakala aiskrim vanilanya cukup rasa, bau vanila tak terlalu kuat, tak manis dan paling penting tak cepat cair. gabungan coklat susu dan vanilla memang ngam dan tak muak.

aiskrim Velvet Almond Crunch ni, lepas rasa salutan coklat tu, hujung-hujungnya ada rasa pahit sikit tapi tak ketara. almond tu bila gigit terasa macam gigit bertih beras. sama macam Indulgence Milk, salutan coklatnya tak tebal dan tak manis. manakala aiskrim vanilanya pun tak ada beza dari segi rasa.


berbaloi untuk dicuba tapi bukan untuk dimakan selalu. kalau korang tak dapat ke Suria KLCC, tunggulah produk ni muncul di pasaran, ya!

that's all for today...
daaa

p/s mem besar ko ada training kat Stadium Merdeka. so, lambat BW🙏

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

22 Words of Lo♥e

  1. Eh, baru tahu beryl's ada aiskrim. Ohh belum ada di pasaran lagi. Patutlah pun. Okay sangat tu kalau rasa dia tak manis dan tak cepat cair. Bolehlah beli nanti.

    ReplyDelete
  2. Aduhai sedapnya terliur la pulak nengok aiskrim tu.

    ReplyDelete
  3. Oh? Beryl's pun ada aiskrim salut cam tu?
    Selama ni uncle makan Magnum je

    ReplyDelete
  4. Thats ice cream looks yummy 😋.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. Nampak premium aiskrimnya. PH suka rasa pahit² di hujung tu. Makan makan dark chocolate, sedap

    ReplyDelete
  6. Rasa dark chocolate coating yang ada hint pahit dengan crunchy almond tu nampak premium. Suka tekstur crunchy ala bertih beras tu. Berbaloi try buat pencuci mulut.

    ReplyDelete
  7. Wahhh...syok nyer...ni kalau makan satu tak cukup niii

    ReplyDelete
  8. wah sedap tu aiskrim produk baru

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap la. Tapi kena pergi KLCC ke nak beli? Skrg tengah mood malas nak keluar rumah 😅

    ReplyDelete
  10. Hum que delicia adoro soverte, fiquei com água na boca, bjs.

    ReplyDelete
  11. OMG my favourite chocolate brand dah ada aiskrim! Kena try, tapi tunggu masuk pasaran lah. Jauh nau KLCC.

    ReplyDelete
  12. RM5 tu berarti 22ribu rupiah ya mbak Anies. Lumayan murah juga si ini, sebab saya lihat tekstur cokelat dan eskrimnya nampak tebal dan creamy betul. beda macam ice cream disini. 10 ribu je tapi rasanya seringkali tak karuan, hihihi

    ReplyDelete
  13. Terus rasa nak pi mencari eskrem ekkkk ishhhhh

    ReplyDelete
  14. Wah ada aiskrim plak dr Beryl's.. Cantik color packaging nampak premium

    ReplyDelete
  15. Oh special only for that event.. patut lah tak pernah nampak... Mesti sedap sbb dah tahu beryls chocolate mmg sedap..

    ReplyDelete
  16. Semoga saat saya ke KL nanti, sudah dijual utk publik 😍😍😍. Memang sukaaaaa kalau dibuat eskrim

    ReplyDelete
  17. Banyak brand coklat dibuat eskrim begini di Malaysia. Indonesia tak ada. Kecuali venchi dan Godiva. Makanya tiap kesana saya sering cari eskrim dari Kitkat, Milka etc.

    ReplyDelete
  18. Apalagi ini rasa vanilla. Memang sukaaalah. Kalau dalamnya coklat, saya tak nak 😂.

    ReplyDelete
  19. wahh nampak sedap! rasa dia lebih kurang sama macam farm fresh punya aiskrim tak?
    saya tunggu dia masuk kat pasaran jela. macam lambert je lagi nak jejak kaki ke KLCC tu

    ReplyDelete
  20. Wahh
    Dulu pernah dapat oleh-oleh Kak Fanny, cokelat beryl, enak sekali
    Ternyata ada eskrimnya juga

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆