Wok-Kang @ Kampung Baru, KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿


Kalau korang jenis yang tak sabar, baran, kepala angin, cepat melenting korang tak digalakkan order atau makan kat sini!😁 sila pergi ke tempat lain!

haha... kenapa anies cakap macam tu? sebabnya nak dapatkan order, korang kena tunggu paling tidak sejam, baaaru dapat. so mampu ke idok nyahhh...

ya betul. sejam! member anies, dia start masuk Q pukul 7.15PM dan dapat order pukul 8.15PM! ko rasa?!!😂

kenapa lama sangat, anies? sebabnya cara penyediaan makanan kat Wok-Kang ni, dimasak based on order. walaupun ada 3 tukang masak tapi bila dah siap masak, cashier pula akan kumpul 3-4 order, kemudian barulah dia panggil untuk collect.


lokasinya bersebelahan stesen LRT Kampung Baru. dannn tersangatlah dekat dengan Pintasan Saloma. sambil makan boleh layan view KLCC. oh ya, Wok-Kang ni tak buat sebarang online order termasuklah GrabFood or Food Panda or Shopee Food...

senarai menu yang ada. Dewi cakap, diorang guna beras sumo untuk masak nasi goreng ni...

disebabkan lama menunggu, anies order ni dulu dari kiosk sebelah Wok-Kang...

setiap order terutama menu nasi goreng akan dapat sambal hitam (dalam bekas kecil tu). memang sedap bila makan bersama nasi goreng panas panas. sambal hitam pula pedas. walaupun bekasnya nampak kecil tapi, percayalah... jenuh anies nak kasi habis... tahap kesedapannya? anies bagi ⭐⭐⭐

air oren ni pun sama. beli kat kiosk berdekatan Wok-Kang. RM3 per cup. kat area ni ada 2 restoran lain. dan kalau korang nak makan kat area ni, better naik LRT laa sebab memang tak ada ada kawasan parkir. kalau naik motosikal okey lagi. boleh menyelit tepi tepi jalan...


that's all..
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆