Ke Muzium Negara @ KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Seumur hidup, memang tak pernah jejak sini walaupun dah lama jadi warga KL😂 bukan tak pernah jejak langsung... sebenarnya pernah je ke sini. tapi setakat dewan pameran kat luar muzium tu je laa. masuk ke dalam muzium dalam erti kata sebenar, memang tak pernah. 

zaman sekolah dulu, seingat anies kalau ada rombongan sekolah, tempat-tempat yang selalu jadi sasaran adalah kilang (makanan & minuman), zoo dan paling 'koman' pun, mandi laut. lawatan ke muzium tak pernah masuk dalam senarai kot😂😂

so bulan lepas, bila ada kesempatan ke sini anies memang tak lepaskan peluang. tambahan pula nak ke sini dah jadi mudah sejak ada stesen MRT Muzium Negara. pendek kata tak payah pening fikir fasal parkir dan sebagainya.

tiket masuk masihhh lagi murah dan mampu milik. untuk warganegara Malaysia, korang kena bayar RM2.00 je. untuk non Malaysian, boleh refer kat SINI untuk check harga tiket .

di dalam muzium ni ada 4 galeri utama. manakala di lobi muzium mempamerkan sejarah Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan perjalanan Malaysia menuju kemerdekaan.

di bahagian luar muzium, ada kedai cenderamata serta mempamerkan beberapa pengangkutan yang pernah dihasilkan dan digunakan sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

foto memang banyak. tapi anies mudahkan susunanya supaya korang tak perlu skroll lama-lama😂


dari stesen MRT Muzium Negara, cari je Pintu B. masa yang diambil kurang dari 5 minit, dah pun sampai @ halaman muzium...

bahagian luar muzium dan tiket...

sebaik je masuk, korang akan jumpa ruang pameran ni dulu...

Galeri A - Sejarah Awal

kat Galeri A mempamerkan sejarah penempatan awal manusia di beberapa tempat seperti di Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak; cara hidup mereka, aktiviti harian, peralatan yang digunakan, tempat tinggal serta cara pengkebumian mayat....


Galeri B - Kerajaan-kerajaan Melayu

kat Galeri B mempamerkan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama yang pernah menguasai Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah. antaranya, kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Johor-Riau, kerajaan kesulatanan Sulu, kerajaan Patani - Siam dan lain-lain.

selain tentang kerajaan dan pentadbirannya, beberapa artifak lama turut dipamerkan seperti barangan perhiasan diri, senjata, pakaian, peralatan makan & minum dan lain-lain.


Galeri C - Era Penjajah

kat sini kita akan mengenali sejarah awal kedatangan penjajah pertama iaitu Portugis ke Tanah Melayu; diikuti Belanda, Jepun dan Inggeris.

kedatangan penjajah bukan sekadar menguasai Tanah Melayu. ada antaranya turut mencampuri urusan pentadbiran negara, adat istiadat dan memperkenalkan beberapa teknologi untuk meningkatkan sumber pendapatan negara menerusi sektor pelombongan bijih timah, perladangan dan sebagainya...


Galeri D - Malaysia Hari Ini

kat sini mempamerkan pembangunan dan pencapaian Malaysia di peringkat domestik & antarabangsa dalam pelbagai bidang selepas mencapai kemerdekaan. 


usai melawat korang boleh beli oleh-oleh kat kedai cenderamata dan lepas tu boleh melawat kawasan luar sekitar muzium yang turut mempamerkan kereta pertama buatan Malaysia, kepala kereta api Bukit Bendera, lokomotif KTM, rumah Melayu tradisional Terengganu dan lain-lain...


short videos inside the muzium






well tu je laa perkongsian untuk hari ni...
thanks for reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆