Thessaloniki, Greece: 'bergerek' keliling bandar
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas bersantai, kami kembali semula ke homestay untuk check out. arghh sedihnyaaa nak balik daa... masa kami tengah bersiap nak keluar, Mr. Georgi muncul di muka pintu. dia datang nak mengemas sebab lepas kami keluar, orang lain akan check in.
nak tengok homestay Mr. Georgi? klik kat SINI ya...
dari homestay kami heret luggage ke sini. sebenarnya foto 👆anies SS dari Google Street View. entah kenapa masa tu boleh terlupa nak snap kedai sewa basikal ni😓 kedai ni berdekatan Thessaloniki Waterfront. masa kami lepak-lepak kat sini, kami dah tanya & minta izin daripada staf kedai untuk tumpang letak luggage sepanjang kami sewa basikal nanti. diorang benarkan, jadi senanglah hati kami dapat tinggalkan luggage dengan selamat. BTW, kalau ikutkan situasi sebenar, ada deretan (pelbagai) basikal depan kedai ni. mungkin masa van Google Street View 'lalu' sini, hari dah petang. kedai dah tutup. jadinya tak nampaklah deretan basikal yang boleh disewa😁
ni basikal yang anies sewa. basikal Farah, Nora dan Ida pun sama je (jenisnya). kami sewa 3 jam dan dapat harga €10 (harga asal 2 jam = £7 tapi sebab kami sewa 4 basikal, jadinya kami dapat diskaun).
antara lokasi-lokasi yang kami lalui
Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari tu walaupun angin sejukkk...
tugu macam ni ada di merata-rata...
ni gereja. Thessa pernah jadi sebahagian wilayah takluk kerajaan Uthmaniah. jadi tak hairanlah banyak binaan kat sini menyamai seni bina @ Türkiye...
nak berbasikal kat sini kena extra berhati-hati. sebabnya tiada laluan khusus untuk penunggang basikal dan kenderaan agak banyak lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.
idea nak bergerek keliling bandar ni adalah idea Farah. sebelum bertolak lagi dia dah plan bagai. masa kami kat Istanbul dia tak ada pula bagi cadangan untuk 'bergerek'. dah sampai sini, excited betul dia mengayuh sampai beberapa kali asyik 'hilang' je daripada pandangan kami bertiga😂
sebenarnya banyak tempat menarik kat Thessaloniki ni terutamanya tempat-tempat yang ada kesan peninggalan kerajaan Uthmaniyah. sayangnya, kami berada kat sini sekejap je.
insya Allah ada rezeki memang nak datang lagi dan explore bandar ni puas-puas. Thessaloniki merupakan bandar kedua terbesar @ Greece selepas Athens tapi ia bukanlah sebuah bandar moden.
pun begitu suasana persekitarannya buatkan kita rasa tenang dan relaks. kalau tak percaya, acu tanya blogger Mulan sebab puan seri kite ni dah pernah sampai sini😀
nak tengok kami 'bergerek' keliling bandar? jom tonton short video ni.
that's all for today.
thanks for reading...
daaa...
p/s anies cuti sampai Khamis minggu depan. so selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H buat korang semua. yang pulang ke kampung tu, hati-hati di jalan raya dan tiba @ destinasi dengan selamat.











Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆