Thessaloniki, Greece: homestay Mr. Georgi

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum kami ke pasar tempatan, Mr. Georgi dah bagi kunci rumah siap-siap. so nanti bila dia dah siap kemas, kami boleh check in.

dan seperti yang dijanji, kami dapat check in sebelum 2.00PM. ya Allah... legaaaa betul bila melangkah masuk setelah hampir seharian kami tak dapat rehat yang proper.

bila tengok homestay dah siap kemas, peralatan lengkap, bersih... kami memang tak tunggu lama untuk memasak! perut dah lapar sangattt... tak apa kalau tak mandi dulu. yang penting, perut mesti diisi. lepas tu, nak mandi ke... nak tidur ke... nak kuak lentang ke... lantak kome laa oiii...

sebenarnya homestay ni tak ada (specific) nama. saja anies letak 'homestay Mr. Georgi' sebab dialah owner sebenar. Mr. Georgi ni ialah pelakon tapi kami tak sure sama ada dia ni pelakon famous kat Greece tu atau sebaliknya. yang pasti, kata Farah... homestay dia ni sentiasa penuh. dari mula sampailah kami check out, Farah laa yang banyak deal dengan Mr. Georgi.

overall, homestay ni sangat selesa untuk didiami esp kalau korang datang dalam kumpulan kecil. lokasinya sedikit jauh dari kawasan tumpuan tapi masih boleh dituju kalau guna pengangkutan awam...

jom tengok sebahagian foto yang sempat anies snap...


lorong menuju ke homestay... lebih kurang 200M dari jalan raya utama... BTW kawasan ni agak tenang. kalau jarum jatuh pun boleh dengar kot😂

depan blok homestay... rupanya ada mini market kat blok sebelah dan harga barangan kat sini lagi murah daripada harga kat supermarket yang kami pergi sebelum ni (baca kat SINI). foto kiri tu, entrance ke blok (homestay).

main entrance. homestay ni kat tingkat 1. since luggage kami berat macam batu, so faham-faham je laa bila kena angkat luggage guna tangga. blok ni ada lif tapi lifnya macam tersorok seram. don't know why😓😓

bilik air bersih. yang penting ada water heater... datang time winter. so faham-faham je laa...

homestay ni ada 2 bilik. as usual anies share dengan Farah... homestay ni juga ada sediakan wi fi, TV yang dilengkapi pelbagai channel, seterika dan lain-lain...

dapur dan peralatan yang disediakan lengkap. puas jugalah kami memasak kat sini...

Mr. Georgi & us...

short video. bersembang dengan Mr. Georgi sebelum check out.


oh ya, Farah booked homestay ni kat website airbnb. andai kata korang ada plan nak datang ke Thessaloniki, boleh laa riki-riki homestay ni... harga berpatutan, owner baik dan lokasi pun 👍

BTW thank you Mr. Georgi for your kind hospitality & for making our stay so comfortable & memorable✌

that's all for today...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆