Hatyai, Thailand: shopping @ Kaysorn dan Kim Yong Market

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

ooo yeahhh... akhirnya! ya akhirnya... entry jalan-jalan ni sampai ke penghujung. dannn... penutup bagi trip ni tak lain tak bukan adalah... aktiviti menghabiskan saki-baki duit Bath yang ada dengannnn... ber shopping!

jangan tanya anies! beli apa? masa ni dah tak larat dah nak beli itu ini. sekadar tengok-tengok je. sebabnya ada barang-barang yang dijual kat sini, anies dah pernah beli masa ke Hatyai 2 tahun lepas.

lagi satu, barang-barang kat kedua-dua tempat ni, sama je. kalau kat Kaysorn ada jual keychain gajah, kat Kim Yong Market pun jual juga. harga lebih sikit kurang je.

makanan pun sama. cuma bezanya kat Kim Yong Market, gajus, kacang walnut dan lain-lain tu, boleh beli ikut timbangan yang kita nak dan ada banyak pilihan serta pelbagai gred kacang. 

oh ya, masa ni hujan masih lebat lagi. hujung tahun, kawasan selatan Thailand menerima hujan lebat dan kalau salah timing, memang boleh terperangkap dalam banjir seperti mana yang viral tahun lepas. hampir 4000 pelancong Malaysia terkandas kat Hatyai disebabkan banjir besar.

well... layankan je laa foto-foto yang sempat anies snap ni yaa...


orang Malaysia kalau pergi selatan Thai, rasanya wajib kot singgah sini😂

aneka balm

tilam Toto dan beg barang-barang

korang perasan tak? kalau beli keropok Lays kat Thailand ni, rasanya lagi sedap daripada yang kita beli kat 7E / Family Mart tu kan? 

aneka beg

souvenir

beg anyaman

songket Thai

boleh lepak sambil makan kat sini...

suasana depan Kaysorn... hujan lebat!

Kim Yong Market



jajan oh, jajan...

ubat dan balm di mana-mana...



👆👇kami tengah tunggu bas sampai... tak sabar dah nak jumpa buah hati balikkk...



balik KL!

dari Hatyai, bas tak berhenti mana-mana. tepat jam 2.00PM kami tiba di ICQS Padang Besar. anies bersama beberapa ahli rombongan yang lain turun kat sini manakala selebihnya akan turun kat ICQS Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang.

dari ICQS Padang Besar kami naik prebet sapu terus ke Stesen KTM Padang Besar. masa tu tak sedar dah nak masuk pukul 3.00. anies pun cepat-cepat beli tiket Komuter dan sebaik kami tiba kat platform, tren pun sampai. fuhhh... lega!

tiba Penang Sentral sekitar 5.00++. then pergi makan sekejap. lepas maghrib, siap-siap untuk bertolak balik KL...


bas balik KL @ Penang Sentral. Alhamdulillah... perjalanan smooth dan kami tiba @ TBS sekitar 12.30 pagi. dari TBS order Grab untuk balik ke rumah.


maka dengan ini... tamatlah cerita jalan-jalan ke 5 buah negara. walaupun sebenarnya 4 negara je, tapi anies puas hati laa lebih-lebih lagi dapat merentasi 70 daripada 76 buah wilayah @ Thailand. baki lagi 6 tu, nanti-nanti laa kalau ada rezeki kelak....

BTW agak lama jugalah nak habiskan perkongsian 'series' jalan-jalan ni. almaklum laa pergi ikut rombongan. banyak tempat yang disinggah. beza sangat dengan trip DIY atau solo. tempat-tempat yang dikunjungi tak sebanyak macam pergi dengan travel agent.

both ada pros & cons nya. yang okey tu kita senyum dan warwarkan kepada orang ramai. yang tak okey tu kite simpan je laa dalam hati😁

well terima kasih kepada korang yang ikuti cerita ni. kalau ada apa-apa nak tanya fasal pakej ke, travel agensi ke, lokasi ke atau apa-apa je laa yang berkait... drop je pertanyaan tu kat ruangan komen ya... 

hmm ke mana destinasi seterusnya? ada yang boleh TEKA? kalau TEKAAN korang tu TEPAT & TERPANTAS, insya Allah nanti anies bagi hadiah.

that's all for today... selamat berpuasa pada hari ke-9 Ramadan...
thanks for reading & support...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

2 Words of Lo♥e

  1. Rindunya jalan2 kat Hat Yai! Kalau ke Kaisorn lagi saya nak borong seluar corak gajah tu sbb best sangat pakai kat rumah hehe

    ReplyDelete
  2. wah sekali jalan rentas 5 negara mmg hebat

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆