مكة المكرمة، المملكة العربية السعودية: فندق برهان الهدى

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

kami tiba @ hotel sekitar jam 8.30PM. sebaik kunci bilik diedarkan, kami pun terus tuju ke bilik masing-masing.

since pergi seorang jadinya anies akan berkongsi bilik bersama 3 jemaah lain. 2 dari Johor dan seorang lagi dari Sabah.

kami menginap kat sini 4D 3N. disebabkan anies ambil pakej murah jadinya jarak hotel ke masjid lebih kurang 1.5KM. macam mana anies ke masjid? nanti anies share dalam entry akan datang.

well, walaupun berkongsi bilik, bagi anies ni pun dah cukup memuaskan. lagipun kat sini kita banyak habiskan masa kat luar kan...

cumanya satu je laa yang tak best fasal hotel ni. suis plug nya tak banyak. syukurlah salah seorang jemaah bawa plug extension then dapatlah share plug untuk cas henpon, iron baju etc.

well... ada beberapa foto hotel yang sempat anies snap. ada sesiapa yang pernah buat umrah atau haji dan menginap kat sini?


ni laa hotelnya. kalau tak silap ada 12 tingkat... 

short video @ pekarangan hotel...



lobi hotel👆👇untuk pakej yang sediakan makanan, dining hall nya @ level M (tak ada foto).



lobi depan lif @ tingkat 2. semua luggage jemaah dikumpulkan kat sini sebaik sahaja kami sampai dan pada hari terakhir @ Mekah, kami akan letak letak luggage kat sini sebelum dibawa masuk ke dalam bas...

lorong menuju ke bilik...

bilik kami. oh ya... kalau ikut rules hotel ni, orang terakhir yang tinggalkan bilik kena letakkan kunci kat kaunter reception. Alhamdulillah walaupun nampak macam 'seram', syukur barang-barang kami selamat. tak ada yang hilang kecuali duit yang hilang kat kedai & shopping mall



👆👇sebelah kanan, locker yang dilengkapi safety box, hanger, mini bar, kettle dan lain-lain. manakala pintu sebelah kiri adalah bilik air...



bilik air yang dilengkapi bidet, ruang mandi, tandas, toiletries, tuala dan lain-lain... air paip laju dan ada mixer tap...

antara kemudahan yang disediakan...



👆👇bilik berempat... mestilah ada 4 katil single kan... Alhamdulillah both tilam dan bantal empuk... letak kepala je terus hanyut😂



sebelum naik ke bilik, kami diberi makan malam yang terdiri daripada nasi putih, kari daging, telur dadar dan timun. Alhamdulillah... kenyang dan rasa bertenaga sikit untuk buat umrah.


well... masa korang buat umrah / haji dulu, macam mana keadaan hotel tu? okey ke tak okey?

okey... je laa perkongsian untuk hari ni...
thanks for reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

17 Words of Lo♥e

  1. Takde jumpa blogger mazni ke dekat sana? Hehe

    ReplyDelete
  2. Syukurlah ada ahli bilik yang bawa extension, kalau tak leceh jugak kena tunggu turn nak guna plug.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah merasai nikmat beribadah umrah

    ReplyDelete
  4. Semoga setiap urusan dipermudahkan. 🤲

    ReplyDelete
  5. Obrigada por compartilhar as fotos do hotel, desejo uma feliz quarta-feira bjs.

    ReplyDelete
  6. Espero que lo hayas pasado bien. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. Kami pergi Haji selepas saja dibuka ketika COVID. Hotel lama, memang keadaan ada yang agak tak puas hati. Tapi ok sangat bagi kami sebab dekat dengan masjid. Asal ada katil, bilik mandi, aircond, sudah pun cukup. Alhamdulillah. Namun ingat pesanan mak, jgn komplen, beringat untuk buat ibadah saja. Seronok teringat lagi dan rindu yang tak terperi. Moga diizinkan ke Tanah Suci lagi.

    ReplyDelete
  8. The hotel looks clean and comfortable. And thank you 😊 🙏 for sharing the video. I enjoyed seeing all the buildings.

    ReplyDelete
  9. Betul, rules diorang begitu. Kami pun everytime keluar ahli bilik yg last akan dropped key dekat regi counter. Yg first sampai ambil kunci.

    ReplyDelete
  10. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga dipermudah segala urusan, diterima setiap doa, dan kembali dengan umrah yang mabrur..

    ReplyDelete
  11. Kalau hanyut tu cepat2 dayung ke pangkal jalan ye... hehehe

    ReplyDelete
  12. Boa sexta-feira e bom final de semana minha querida amiga. Parece um lugar maravilhoso para se hospedar. Grande abraço do Brasil.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    Bw.
    Allahumma solliala Sayyidina Muhammad

    ReplyDelete
  14. teringin juga nak buat umrah...in sha Allah sudah pasang niat dan doa siap-siap

    ReplyDelete
  15. teringin nak pi umrah sebelum pencen..

    ReplyDelete
  16. nampak hotel mcm baru, disebabkan warna catnya tu.
    Semoga mendapat umrah yg mabrur eh.

    Alhamdulillah boleh lah dijadikan panduan sesiapa yg nk buat umrah nanti

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆