جدة⇽ مكة، المملكة العربية السعودية: أهلا وسهلا ومرحبا بضيوف الرحمن
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
tak tahu nak mula dari mana. so, anies bercerita dengan foto laa ya!
ahli rombongan dah masuk pesawat. kami masih naik flight yang sama, Turkmenistan Airlines. kali ni saiz flight nya kecil sikit daripada Boeing 777. satu row cuma ada 6 seat je. oh, ya! kami naik sama-sama dengan lebih kurang 80++ jemaah umrah dari Turkmenistan...
inflight meal sama je dengan yang sebelum ni. bezanya cuma satu je. kami dapat nasi lauk daging. tapi tak tahu daging tu masak apa. rasa kari pun bukan. rasa pedas lagi laa tak rasa...
teruja nampak kawasan padang pasir ni. masa tu ingat dah nak sampai. rupanya belum lagi. tapi pilot dah pun umum tempat untuk bermiqat iaitu @ Qarnul Manaazil. lepas niat ihram, hati jadi lagiiii tak sabar nak sampai...
Alhamdulillah... kami dah selamat sampai @ King Abdulaziz Inter. Airport 10 minit lebih awal daripada jangkaan...
turun je flight, terus naik shuttle bus untuk ke terminal 1...
menuju ke pemeriksaan kastam & imigresen... agak lengang terminal 1 pada hari tu...
masa ni kami tengah beratur untuk cop passport. bila sampai turn anies, staf imi. tu tanya: "where do you come from?" anies: "Malaysia." staf: "not Turkmenistan?" anies: "no. we just transit there!" sambil gelak dalam hati. kenapa? dah terang-terang kot kat passpprt tu tercetak perkataan MALAYSIA PASSPORT!
selesai semua urusan, kami pun keluar untuk jumpa mutawif yang tengah tunggu kat luar terminal. mutawif kami ni orang Uyghur yang berasal dari Xinjiang. tapi dia lahir & dibesarkan kat Pasir Putih, Kelantan. bas ni👆akan bawa kami ke Mekah... tapi yang dalam foto ni bukan mutawif. ni driver bas...
simkad yang anies akan guna sepanjang berada kat sana. harga: 40 Riyal (kalau tak silap laa)... boleh tahan bedesup juga laa Internetnya... simkad ni booked masa kat Malaysia. once kami naik je bas, mutawif terus edarkan. korang yang pergi umrah sebelum ni, guna simkad ni juga ke?
bas melewati bandar Jeddah👆👇jauh beza keadaannya masa anies datang kali pertama dulu...
kami berhenti kat sini untuk solat jamak. belakang stesen minyak ni ada surau dan di sebelahnya tu pasar raya...
setelah hampir dua jam perjalanan... (dari dalam bas) akhirnya... ya, akhirnya! 'pemandangan' yang ditunggu-tunggu pun menjelma. rasa sebak menghimpit dada. empangan mata mulai pecah... ya Allah... hamba-Mu yang hina ini akan tiba di rumah-Mu setelah sekian lama menunggu😭😭😭
لَبَّيْكَ ٱللَّٰهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ ٱلْحَمْدَ وَٱلنِّعْمَةَ لَكَ وَٱلْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ
p/s maksud title 👆: Jeddah⇾Mekah, Arab Saudi: selamat datang tetamu Allah yang Maha Pemurah.
that's all for today... daa...














Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆