Chiang Rai, Thailand: Sakina Islamfood
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebenarnya agak lewat kami lunch pada hari tu. lepas beredar dari kawasan Golden Triangle, lebih sejam kami tunggu 'pengumuman' untuk berhenti rehat, makan dan solat.
bila bas matikan enjin tepi jalan dan ternampak restoran ni, hati rasa lega. anies sengaja turun lambat sikit. tapi once dah masuk restoran, niat nak makan terus tak jadi bila tengok masing-masing dah pegang pinggan.
then anies dengan seorang lagi ahli rombongan beredar ke surau. bila ramai yang pilih untuk lunch dulu, jadinya keadaan kat surau tak laa sesak sangat. faham-faham je laa... surau persendirian ni bukannya besar.
ternyata tekaan anies benar belaka. suraunya bukan sahaja kecil tapi juga 'terbuka luas'. korang scroll down kalau nak tengok keadaan surau tu. jujur cakap, agak sedikit kecewa sebab tak ada tirai untuk pisahkan jemaah lelaki dan wanita...
ni laa restorannya...
ya... betul-betul sebelah jalan raya... tapi still ada ruang untuk parkir kenderaan...
tandas... tak ada tempat untuk ambil wuduk. so guna singki yang mana air paipnya macam segan je nak keluar...
ni laa suraunya yang anies cakap tadi. syukurlah time ni ramai yang makan tengah hari dulu. jadinya tak bersesak-sesak dengan keadaan surau sebegini...

lepas solat, barulah anies makan. sayangnya, banyak makanan dah habis...
makan dengan kak Saodah...
okey laa... tu je perkongsian untuk hari ni... entry jalan-jalan ke 5 negara ni pun dah nak hampir ke penghujung. tapi anies tak tahu bila laa cerita ni nak habis😂😂
apa-apa pun thanks for reading...
daaa











Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆