Van Pak Len, Laos: bakal jadi mini Las Vegas?
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas singgah China Town, driver buggy bawa kami jalan-jalan untuk melihat kawasan sekitar Van Pak Len (VPL).
well... korang tentu dah maklum, kalau sebut Las Vegas, ia sangat sinonim dengan kasino dan judi. tapi gelaran mini Las Vegas ni, anies yang sengaja gelarkan - untuk menggambarkan suatu hari nanti VPL ni mungkin akan jadi macam
Las Vegas.
FYI, kebanyakan hotel-hotel kat sini merupakan hotel kasino. ye laa kan... kalau bina hotel semata, payah nak untung. kalau ada kasino confirm bilik hotel laku keras.
sebelum datang ke VPL, anies pernah ke Macau (baca kat SINI). ni pun salah satu kota terkenal dengan kasino dan judi @ Asia. dan semestinya kasino kat sana lebih well established berbanding VPL.
well... waktu siang kat sini tampak biasa-biasa je. tapi kalau korang datang pada sebelah malam, mungkin VPL ni lagi cantik sebab 'disimbahi' pelbagai jenis lampu.
hmm... layankan je laa beberapa foto yang sempat anies snap ni sebagai entry penutup jalan-jalan ke Laos.
korang rasa... ni bakal bangunan pejabat atau hotel?
depan bangunan ni ada sungai👆👇 so anies syak diorang nak buat ala ala Venice gitu...
ya... keadaan kat sini sangat lengang...
jangan tanya anies mana semua orang pergi😂
bila lalu kat sini sempat terfikir... buat banyak-banyak bangunan ni, kalau suatu hari nanti VPL. jadi bandar hantu... macam mana agaknya ya?
ya, ni hotel / resort...
sekali tengok macam bumbung rumah tradisional Melayu. tapi sebenarnya itu design bumbung Buddhist wat...
Kapok Star hotel dari jauh. blogger fanny tanya, apa maksud kapok dalam bahasa Melayu. kapok bermaksud serik. tapi perkataan kapok ni selalunya digandingkan dengan perkataan gitar. gitar kapok = gitar biasa tu.
buat tinggi-tinggi ni nak pergi ke mana?😂
macam mana agaknya di dalam bilik botel ni, kan? tentu mewah serba-serbi...
kalau bergambat kat sini, agak-agaknya ada tak yang percaya kita dah sampai Eropah?😂
antara company dari China yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan @ VPL...
shory video @ tepi sungai Mekong...
@ jeti, tunggu bot sampai. nak balik daa... bye-bye Laos!
okey... tu je laa perkongsian untuk hari ni...
thanks for reading...
daa
p/s belum sempat nak BW sepenuhnya🙏






















Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆