Ke Nibong Tebal, Bedong & Bandar Puteri
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebenarnya agak tergesa-gesa juga plan nak ke sini. dalam keadaan diri yang tak pulih sepenuhnya (batuk sejak balik umrah), anies gagahkan juga.
to blogger Nina Ahmad... minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak jumpa. insya Allah ada rezeki nanti kita ketemu, ya!
1st time naik MRT (train) paling awal hari tu. 6.02AM.
tiba KLIA T2, kami terus ke domestic departure sebab risau Q panjang. ni kerana masa tiba kat lobi KLIA T2... ya Allah... ramainya manusia!
usai urusan imigresen & kastam, kami ke gate J4. syukurlah gate J4 ni tak jauh nak menapak.
staf Air Asia punctual betul pagi tu. tepat 7.45 diorang dah panggil. 8.10 hampir semua seat dah penuh. tepat 8.22 - takeoff. awal 8 minit daripada jadual asal yakni 8.30.
ingatkan Ahad tak ramai penumpang...
rasanya baru nak lelapkan mata, dah dengar pengumuman. dalam hati sempat berbisik, eh, cepatnya nak landing!
jam 8.56 tayar flight AA selamat 'mencecah' landasan Penang Inter. Airport! wow!
sebelum landing pilot ada beritahu, kami tiba 20 minit lebih awal daripada jangkaan. hmm... lagi awal lagi bagus.
dari airport, kami pergi sarapan dulu. lepas tu barulah menghala ke Nibong Tebal.
jambatan kedua... OTW ke Nibong Tebal...
terima kasih mak long dan pak long kerana sudi terima kedatangan kami. walaupun masing-masing kurang sihat, tapi bila bersembang terus jadi sihat😂insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi, ya!
dari Nibong Tebal, kami ke Bedong, Kedah. tapi sebelum tu kami singgah sekejap kat Butterworth untuk hantar oleh-oleh kepada blogger Nina Ahmad.
then kami solat jamak kat RnR Bagan Ajam sebelum meneruskan perjalanan ke Bedong dan tiba sana lebih kurang dalam pukul 5.15PM.
psstt... seumur hidup, ni 1st time anies jejakkan kaki @ Nibong Tebal & Bedong😅
motif ambil pagar surau Darul Hannan?😂 (Taman Rasa Sayang 2, Bedong)
usai urusan kat Bedong, kami menghala ke Bandar Puteri @ Sungai Petani pula. satu lagi urusan penting yang mesti diselesaikan walau apa cara sekali pun. kalau yang ni tak selesai, alamatnya tak boleh balik KL😂
haha... tak ada laa sampai macam tu. sebenarnya urusan tak selesai lagi. tapi terpaksa dinoktahkan juga sebab ada meeting pukul 9.00PM. fuhhh... tarik nafas jap! busy mengalahkan menteri😂
penat! yes memang penat tapi puas hati. perjalanan balik ke KL pun lancar. biar pun singkat dan kelam-kabut, it's okay. hilang rasa sedih & sakit hati yang disimpan sejak minggu lepas.
Alhamdulillah...







Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆