Jumpa Park Shin-hye @ 1Utama

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tak plan pun nak 'jumpa'. anies pergi 1Utama pun sebab nak makan ayam goreng. tup tup... tersangkut kat ruang legar 1Utama (New Wing)😂

sebelum tu memang dah tahu dia nak datang ke KL. tapi anies tak ambil kisah pun apa sebabnya. rupanya dia datang sebagai duta jenama ITSU.

'Cha Eun-sang' tiba pada pukul 2.00PM dan disambut dengan sorakan orang ramai yang dah tunggu sejak 12.00 tengah hari.

BTW, ni bukan jumpa depan-depan ya... sekadar jumpa 'in reality' je. ye laa... sebelum ni kita tengok je dia kat TV. bila dapat tengok depan-depan... macam ni laa orangnya👇👇


dah sehabis zoom da ni... lawa, kurus, tinggi dan putih orangnya. ada tertengok video masa dia tiba kat KLIA T1 dan berambut pendek. tapi yang ni berambut panjang... jangan tanya anies, mana satu rambut dia yang sebenar😂

MC (baju biru), Park Shin-hye & translator...

short video ketibaan 'Kang Bit-na'. member anies tanya, tok laki dia tak mai ka? kalau Choi Tae-joon mai sekali, mahu runtuh 1Utama tu😂


lepas habis program kat 1Utama, Park Shin-hye ke IOI City Mall pula. kat sana dia ada program yang turut disertai salah seorang kerabat diraja Selangor.

ada sesiapa jumpa 'Dr. Yoo' ni Ahad lepas? jom share👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

26 Words of Lo♥e

  1. Saya kalau tengok dia, teringat Go Mi Nam. Lekat karakter tu.

    ReplyDelete
  2. Cantik artis ramai peminat

    ReplyDelete
  3. cantik manis orangnya, bukan mudah kan Anies nak jumpa celebrity luar negara ni..

    ReplyDelete
  4. beruntungnya anies dapat jumpa 💖💖

    ReplyDelete
  5. Lelaju gi google sapa Park Shin Hye ni... ohhhh tau tau. Pernah tgk dia dalam cerita The Heirs

    ReplyDelete
  6. waahhh.. orang kata dah alang-alang tersangkut kat situ kan.. layankan ajer laa usha retis korea.. ye dakk.. hehe

    ReplyDelete
  7. Rasa nak pengsan kot kalau dapat jumpa PSH ni. Tak silap dia cakap, makan sayur jer utk maintain kurus.

    ReplyDelete
  8. cantik orangnya.. kalau husband dia yang datang, mau kena buat kat stadium.. ^^

    ReplyDelete
  9. lawa dia kan... suka tgk dia berlakon ;)... dia yang berlakon life kan....citer zombi

    ReplyDelete
  10. Saya tak follow sangat artis Korea ni, agaknya kalau terserempak dekat mana2 terlanggar bahu pun buat tak tau je 😅 peminat drama Korea mesti tak lepaskan peluang bila artis Korea datang ke Malaysia kan.

    ReplyDelete
  11. sebenarnya rambut dia pendek! hahaha tu hair extension je. berapa lama ntah dia kena bersiap.. mesti dia kena pakai rambut panjang kena ikut ITSU tu sendiri.. yela, masa dia promote ITSU rambut panjang.. takkan nak promote guna rambut pendek. haha

    ReplyDelete
  12. Saya suka juga drakor2 yg dia mainkan. Tp paling suka saat dia jadi badass sebagai kang bit na. 🤣👍👍. Dia lebih cocok main yg begitu, drpd jadi wanita menye-menye (terlalu lembut ) 🤣😁.

    ReplyDelete
  13. Saya rasa rambut aslinya pendek. Untuk keperluan di 1 utama either dia pakai wig atau hair extension.

    ReplyDelete
  14. Es muy bella. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  15. wahhhh ramai nya yang datang untuk memeriahkan program

    ReplyDelete
  16. she is indeed very photogenic and effortlessly pretty omggg

    ReplyDelete
  17. beautiful post, thanks for your sharing

    ReplyDelete
  18. Ada perasan juga di TikTok. Datang rambut pendek, bila meet up rambut panjang pula. Kejap je panjang bila pakai wig. hihi... Tapi dia memang sesuai dengan rambut panjang. Kalau pendek nampak macam pelik sikit.

    ReplyDelete
  19. uishhh gila dekat gambar kak anies ni. bestnya duduk kat line depan2
    drama 1st saya tengok dia berlakon dlm citer the heirs tahun 2021 ke 2013 gitu

    ReplyDelete
  20. Rambut asli pendek kot. Takkan naik flight nk pakai rambut pelesu. Hahahah..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆