✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tak plan pun nak 'jumpa'. anies pergi 1Utama pun sebab nak makan ayam goreng. tup tup... tersangkut kat ruang legar 1Utama (New Wing)😂
sebelum tu memang dah tahu dia nak datang ke KL. tapi anies tak ambil kisah pun apa sebabnya. rupanya dia datang sebagai duta jenama ITSU.
'Cha Eun-sang' tiba pada pukul 2.00PM dan disambut dengan sorakan orang ramai yang dah tunggu sejak 12.00 tengah hari.
BTW, ni bukan jumpa depan-depan ya... sekadar jumpa 'in reality' je. ye laa... sebelum ni kita tengok je dia kat TV. bila dapat tengok depan-depan... macam ni laa orangnya👇👇
dah sehabis zoom da ni... lawa, kurus, tinggi dan putih orangnya. ada tertengok video masa dia tiba kat KLIA T1 dan berambut pendek. tapi yang ni berambut panjang... jangan tanya anies, mana satu rambut dia yang sebenar😂
MC (baju biru), Park Shin-hye & translator...
short video ketibaan 'Kang Bit-na'. member anies tanya, tok laki dia tak mai ka? kalau Choi Tae-joon mai sekali, mahu runtuh 1Utama tu😂
lepas habis program kat 1Utama, Park Shin-hye ke IOI City Mall pula. kat sana dia ada program yang turut disertai salah seorang kerabat diraja Selangor.
ada sesiapa jumpa 'Dr. Yoo' ni Ahad lepas? jom share👇
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Terjumpa video kat TT. katanya dessert ni sedap dan rugi kalau tak cuba. kitonyo ni entah macam mana... tiba-tiba jadi FOMO pula lepas tu... haihhh😂😂

jujurnya anies jarang order dessert kecuali kek atau cheese tart bila makan kat SR. tapi tu laa... FOMO punya fasal😂😂well... macam mana rasanya? nak kata, biasa je nyah! tu... macam kejamlah pula. sebabnya, gabungan butter cake + dark chocolate sauce + whipped cream + vanilla ice cream tu, sedap dan masih boleh diterima tekak orang kampung ni. cumanya, tak tahu kenapa.. butter cake tu agak kering dan sedikit keras. mungkin kalau kek tu dipanaskan sedikit sebelum dihidangkan, lagi sedap untuk dinikmati. oh ya, kalau tengok pada description, katanya dessert ni ditaburi almond flakes, tapi yang anies dapat ni, almond nibs rasanya. harga: RM15. selain Shinjuku Chocolate Bake, SR juga ada Shinjuku Maplee Bake & Shinjuku Caramel Bake.
well tu je laa cerita ceriti makan di hari Isnin nan indah lagi berseri-seri😁
p/s happy birthday anies💃
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dari Lao Bảo Trade Centre, bas kami kembali semula ke Kaysone Phomvehane @ Laos. perjalanan hampir 4 jam tu, baik & lancar sama seperti kami melewatinya pada sebelah pagi (baca perkongsiannya kat SINI).
kami tiba kat Kaysone Phomvehane kira-kira pukul 7.15 malam. bas stop kat stesen minyak sekejap (untuk ke tandas) dan lepas tu kami terus masuk sempadan melalui Mukdahan Border Checkpoint (MBC) (baca fasal MBC kat SINI).
urusan kat MBC agak lama sebab cuma satu kaunter je buka. lepas cop passport, kami kena jalan sikit sebab bas biru berada kat luar kawasan MBC.
well... bye-bye Laos, bye-bye Vietnam! Alhamdulillah... dalam sehari dapat merasai 3 negara berbeza. walaupun sekejap tapi secara peribadi, anies gembira dapat belajar banyak perkara.
dari MBC ke masjid tak jauh pun. masa kami sampai, para jemaah baru je beransur pulang. tanpa berlengah, kami terus ke dewan serbaguna kerana makanan kami dah diletakkan kat situ.
ada ahli rombongan yang solat terlebih dulu. tapi anies decide untuk makan sebab dah lapar kaw kaw. usai makan, barulah ke toilet untuk bersihkan diri seketika dan kemudian naik ke ruang muslimat untuk solat jamak.
walaupun majoriti penduduk Thailand beragama Buddha, tapi komuniti Muslim ada di mana-mana. so nak cari masjid taklah sesukar yang difikirkan...
bahagian depan masjid = entrance ke dewan solat utama...
ruang solat untuk muslimat... satu tempat dengan ruang solat muslimin. hanya dipisahkan dengan bidai...
ruang solat muslimin👆👇
tandas lelaki dan perempuan berasingan... setiap tandas ada shower. of coz bidet pun ada...
tempat ambil wuduk manakala tangga sebelah kanan tu, laluan dari pintu pagar...
dewan serbaguna masjid. terletak di tingkat bawah. ahli rombongan cakap, diorang malas nak turun naik tangga lepas makan malam. jadinya bentang sejadah dan solat kat situ.
acik acik tengah menjamu selera...
kerusi meja dah tersedia di dalam dewan...
menu makan malam kami: nasi khomok. travel agensi order nasi ni kat salah seorang pengusaha restoran Muslim @ Mukdahan... BTW sorry naaa... foto-foto di atas ni blur je. almaklum laa masa kecik-kecik tangan tak bedung😂😂
selesai semua urusan, kami pun beredar. malam tu kami tidur dalam bas sebab destinasi seterusnya mengambil masa kira-kira 7 jam untuk sampai. agak-agak korang... apa nama lokasi tu? boleh teka tak?
that's all for today. thanks for reading...
daa
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dapat tahu yang pihak IOI ambil alih mall ni dari X (Twitter) hujung tahun lepas. so, alang-alang dah naik MRT moh ler kita singgah sekejap.
bila dah sampai barulah anies tahu yang laluan nak ke mall ni dari stesen MRT Surian lagi dekat berbanding laluan dari stesen MRT TRX ke The Exchange. keluar je dari stesen, tak sampai seminit dah pun masuk (kawasan mall). 😂😂 nampak sangat laa masa mall ni 'bernama' Tropicana Gardens Mall, anies tak pernah singgah walaupun entah berpuluh kali 'lalu' je kat area tu😁
snap dari stesen MRT Surian. bahagian depan mall...
keluar je dari stesen MRT (exit kanan), terus nampak signage ni ... then turun tangga tu untuk ke mall...
centre court👆👇yang bercahaya tu bukan deko Krismas ya. tu 'kiosk' jual biskut 😁BTW, mall ada 5 tingkat. tapi anies perhatikan belum banyak lagi kedai beroperasi...
tingkat bawah kebanyakannya dipenuhi restoran & kiosk makanan / minuman... so, kat situ dah memudahkan pengunjung. tak perlu naik sampai ke tingkat 5 semata-mata nak cari alas perut...
VG juga kat tingkat bawah... oh yaa... ada sebahagian tempat dalam mall ni masih under renovation...
anies perhatikan kat tingkat 2 ni banyak kedai pakaian...
ada taman kecil kat luar mall...
short video inside the mall...
short video inside the mall...
short video how to go to the mall from MRT Surian station...
well tu je laa cerita di hari Rabu... maaf ya tak dapat nak BW. semalam seharian sakit kepala... tengoklah petang nanti kalau sempat anies BW as usual. thanks for reading...
daa...
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kalau tak silap, gerai ni viral disebabkan review daripada Khairul Aming. so kami yang tak berapa nak FOMO ni singgahlah ke sini selepas setahun viral.
ingatkan dah tak viral, customer tak ramai. sekali bila dah sampai... haa amekaw! fullhouse beb walaupun baru pukul 12.30 tengah hari! jadinya, kami tapau jela cendol itueww...
lokasi gerai: berdekatan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi / bersebelahan Perumahan Sri Tioman @ Taman Melati. kalau dari stesen LRT Taman Melati, jaraknya +-200M je. waktu operasi: Selasa ~ Ahad, 10.00AM ~ 10.00PM
section buat cendol merangkap kaunter collect cendol (takeaway only). kalau nak dine in, first; cari meja kosong. then panggil waiter untuk buat pesanan. habis makan, bawa resit ke kaunter untuk bayar. payment mode: cash & QR code. order online via Grabfood & Foodpanda.
senarai cendol & harga. harga untuk bungkus pun sama juga. kalau tak silap ada cendol durian tapi ikut musim rasanya...
senarai makanan berserta harga. harga untuk takeaway pun sama je...
kalau korang nak booking untuk sebarang majlis / catering, boleh contact nombor👆
our RM1 cendol. so, macam mana rasanya? sedap, berlemak sebab guna santan asli. rasa manis tu dalam sekitar 10% je. manakala cendol pula, tak kenyal tapi bau pandan tu terasa. clearly ni cendol homemade, bukan cendol 'kilang'. overall, rasa + harga + kualiti = berbaloi. ada rezeki nanti nak try cendol lain pula.
kalau korang lalu MRR2 or terlajak tersesat sampai ke Taman Melati, bolehlah singgah sini. cuaca panas sekarang pekena cendol secawan memang surrrr....
okey! tu je laa cerita ceriti minum cendol di hari Isnin... thanks for reading. daaa...
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
well... maksud title👆 adalah Lao Bảo Trade Centre a.k.a pasar harian.
sebenarnya kami tak tahu apa tujuan tour agency bawa ke sini. tapi rasanya tak lebih daripada sekadar nak killing time 'habiskan duit' je laa😂😂
kata tour guide, pasar ni sama je macam pasar harian yang lain atau pasar-pasar yang pernah korang singgah bila dah sampai Vietnam. pelbagai barangan dijual di sini tapi yang lebih menarik perhatian ahli rombongan kami... semestinya di fruit section! sebabnya... ni je laa barang yang boleh dimakan. nak harapkan kain ela ke... souvenir ke... memang sah-sah tak ada.
anies ada tolong seorang ahli rombongan ni yang nak cari keychain dan ada tulis perkataan or bendera Vietnam. pusing punya pusing... hmm satu kedai pun tak ada yang jual. ye laa... ni kan pasar harian tumpuan penduduk tempatan. bukannya pasar tumpuan pelancong macam kat Danang or Nha Trang tu (baca kat SINI & SINI). jadinya buat apa mereka nak jual souvenir, kan?
berbalik kepada cerita buah-buahan pula, dari segi harga agak mahal jugalah. pertama, sebab diorang cuma terima duit US Dollar je. kedua, kalau guna Bath lagi mahal diorang charge. ntah hape hape😏
anies tak beli apa-apa pun. dapat tengok suasana pasar ni pun dah puas hati. ada kala lawak juga tengok gelagat para peniaga bila berurusan dengan ahli rombongan kami. cakap English pun tak faham. cakap Thai lagilah tak faham. time tu pula tour guide kami tak ada kat situ. sudahnya... masing-masing cakap macam ayam dengan itik😂😂
kira macam main entrance laa yang ni...👆kawasan parkirnya luas...
bahagian pasar yang lain👆👇
pasar yang bawah bumbung tu ada jual macam-macam termasuklah ikan, daging, ayam, pakaian, sayur dan lain-lain...
ni bahagian dalamnya... sorry blurrr...
kami sampai pun dah petang jadi suasananya sepi je. kalau kami tiba pagi mungkin meriah juga kawasan ni...
suasana di dalam pasar (bangunan entrance)
entah apa laa yang mereka beli...
gerai buah-buahan jadi tumpuan ahli rombongan...
kalau esok balik Malaysia boleh je beli bunga ni. tapi lamberrttt lagi nak balik...
ada juga yang jual makanan siap masak. kami tengok je laa...
aneka sayur-sayuran. tapi mahal lor... sebab guna USD😁
beli oren percuma tangkai & daun😂
well tu je laa cerita jalan-jalan kami @ Vietnam... minggu depan, cerita kat tempat lain pula tapi masih lagi fasal jalan-jalan. anies pun tak tahu bila laa cerita ke 5 negara ni akan habis... bertabahlah korang😂
that's all!
daa...