Osaka, Jepun: Fulbari

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik keluar dari stesen Namba, farah terus on kan Google Map. jauh jugalah nak sampai kat restoran wagyu halal ni.

tapi sebaik tiba, waduhhh... panjang lah pula Q nya... customer tengah tunggu turn untuk dapatkan meja kosong. perut masing-masing pula memang dah lapar sangat.

setelah bersepakat, kami bersetuju untuk ke Dontonburi. kalau jumpa apa-apa kat 7E or Family Mark or Lawson nanti, kami beli and makan jelah.

tapi... tak sampai 5 minit beredar dari situ, tak semena-mena kami ternampak perkataan halal kat display board depan sebuah restoran. 

so, memang tak tunggu lama. kami terus masuk dan disambut dengan senyuman daripada staf kat situ. masa tu, tak ada pelanggan pun dalam restoran. tanpa buang masa, kami duduk, baca menu dan order. 

restoran ni adalah restoran masakan India dan Nepal harap-harapnya makanannya nanti kami boleh telan.


lepas makan, terlupa nak snap foto depan kedai. yang ni, anies SS dari Google street je...

suasana dalam restoran... tak lama lepas tu datang beberapa customer...


nama-nama menu ni dah lupa😂 kami order:


ni nora punya ayam... kami order nasi putih tapi nasi dah habis😔 so ratah lauk je laa...

ni anies punya... tak tahu laa nak kata ni apa. rasa macam kacang pun ya... pedas and ada rasa masam... tapi telan je sebab dah lapar😂

cheese nan... cheese selambak tapi... manis! farah yang order. dia makan sikit je. tak boleh nak telan katanya sebab manis... bila dia cakap manis, anies terus ak jadi nak rasa. last last kami tapaw je. masa ni baru tahu, tapaw makanan kena bayar extra...

short video

short video

short video

short video - ni restoran yang mula-mula kami sampai...


well... okey ke tak restoran ni? tak okey😂 korang cari je laa restoran lain kalau dah sampai sini nanti...

tapi kalau korang suka masakan India or Nepal, bolehlah kot try singgah...

well tu je laa perkongsian untuk hari ni. insya Allah esok anies BW ke blog korang. terima kasih kerana tinggalkan jejak.

daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆