Hati menangis siapa yang tahu

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sampai satu masa, penat dengan segalanya.
penat dengan manusia.
penat dengan perangai manusia.
yang menjadikan diri ini seolah berdosa besar dan sukar diampunkan.

kadang cuba berpura-pura untuk tak rasa penat.
akhirnya tewas juga.
sebab tak mampu nak terus begitu.

kalau ikutkan kata hati, mahu sahaja lari.
lari dari segalanya.
agar kepenatan ni hilang serta-merta.

tapi mana mungkin semua tu terjadi.
dengan fikiran waras dan secebis rasa percaya.
gagahkan jua hati ini.
biarlah penat seketika.
moga bila sampai di garisan penamat nanti.
aku mampu tersenyum.
melambai kepenatan yang kian menjauh.

Tuhan, berikan diri ini kekuatan.
moga esok masih mampu melangkah.
sambil membilang detik
saat menoktahkan segala.


Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆