Stove League

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

buat kali keempat berturut-turut, Dreams dapat tempat terakhir dalam liga baseball yang dikenali sebagai Stove League. pihak pengurusan tiada pilihan lain dan terpaksa mencari GM (general manager) baru bagi mengembalikan imej dan prestasi pasukan.

lepas menemuduga beberapa calon, Mr. Kwon bersetuju untuk melantik Baek Seung-soo sebagai GM baru Dreams.

meskipun Baek Seung-soo tak sehebat calon-calon lain, tapi Mr. Kwon berpendapat resume lelaki itu 'lain daripada yang lain' dan mampu 'memulihkan' Dreams.

sebaik dilantik, Baek Seung-soo buat keputusan mengejut iaitu menjual pemain bintang Dreams: Im Dong-gyu. pengkhabaran itu mencetuskan ketegangan bukan sahaja dalam pasukan dan pengurusan, malah para penyokong juga 'memberontak'.

namun ketegangan itu tak berhenti setakat penjualan Im Dong-gyu sahaja. ada beberapa lagi keputusan yang dibuatnya telah mencetuskan kemarahan ramai hingga dia dipecat. tapi disebabkan ada hal yang masih tak selesai, Mr. Kwon terpaksa memanggil semula Baek Seung-soo bekerja tapi dengan satu syarat.

apa syarat yang dikenakan ke atas Baek Seung-soo? mampukah Dreams bangkit semula untuk mengharungi musim baru?




review:

drama ni diterbitkan pada Disember 2019 dan telah dinobatkan sebagai Best Drama di 56th Baeksang Arts Award pada 2020.

teraju utama, Nam Goong-min pula membawa pulang Daesang di SBS Drama Awards 2020 buat kali pertama atas lakonannya yang penuh berkarisma dan bersahaja.

lepas tonton, anies bersetuju why drama dan Nam Goong-min layak menang anugerah. ni kerana; cerita, karektor, mesej dan penyampaiannya sangat smooth, menonjol dan beyond perfection!

selain skrip yang bagus, drama 16 episod ni tak seperti tipikal drama atau movie bergenre sukan yang mana memfokuskan kepada sesuatu pasukan/atlet. 

Stove League mengisahkan suka-duka individu-individu yang bekerja keras di sebalik nama pasukan/atlet terbabit tatkala mereka berada di kedudukan tercorot liga dan harungi serta menyelesaikan pelbagai masalah secara profesional sebelum musim baru bermula.

selain tu, kita dapat menyelami perasaan seorang GM ketika membuat sesuatu keputusan; antara diri sendiri vs pihak atasan. memang perit bila kita dah bersusah payah, tapi at the end, ditolak mentah-mentah atas alasan mengarut/emosi.

bagi anies, drama ni sangat sesuai untuk dijadikan motivasi diri bila mana kita rasa, kita dah buat yang terbaik. tapi ia belum tentu terbaik di mata orang lain. dari situ akan menguji kita sama ada kita akan terus bersemangat atau menyerah kalah.

untuk drama ni, anies beri ⭐⭐⭐⭐⭐! memang terbaik👍👍👍👍👍 wajib tonton!

antara barisan pelakon. credit

trailer. credit


anies tak pasti sama ada drama ni ada ditayangkan di Netflix atau sebaliknya. kalau tak ada, korang boleh tonton kat SINI.


that's all for today.
thanks for reading.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

43 Words of Lo♥e

  1. Mcm x perasan ada di netflix.. kalau kdrama ade je idea diorang utk dijadikan cerita kan? kalaulah kita di malaysia mcm ni.. ni tak, cerita megah holding dan penyondol je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa kelebihan k-drama
      menyajikan pelbagai idea dan genre
      secara tak langsung menarik minat penonton

      Delete
  2. tak berjaya pulak klik SINI tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dah update
      boleh tgk kt browse Brave utk elak iklan

      Delete
  3. Anies baru tengok ya. Saya keluar drama ini terus tengok di tv sebab tertarik dengan iklannya. Memang seronok. 2 kali ulang tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tgk
      laa ni baru rajin buat review hahaha

      Delete
  4. bagi peminat K-Drama mestlah suka ceriat begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best!
      tak suka baseball pun akan suka drama ni

      Delete
  5. Bintang lima, berarti ceritanya sangat menarik , kadang jalan yg terbaik menurut kita gak selamanya mulus

    ReplyDelete
  6. Bintang lima, berarti ceritanya sangat menarik , kadang jalan yg terbaik menurut kita gak selamanya mulus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tontonlah! tak ada romantic scene...walaupun tak suka genre sport, tapi drama ni deliver beyond than this

      Delete
  7. Thanks for your sharing happy new year already:)

    ReplyDelete
  8. Pelakon best cerita ni tapi tak tengok lagi. Banyak sungguh k drama kan. Kadang berebut dgn suami. Tgk kat laptop tak best haha kena TV lah baru besar

    ReplyDelete
  9. Parece un buen dorama. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. satu drama menarik yg perlu ditonton oleh penggemar drama KPop!

    ReplyDelete
  11. Betul, best cerita ni. Masa memula tu memang tertarik nak tengok sebab dok marathon cerita-cerita lakonan Nam Goong-min. Lepas habis tengok tu, memang puas hati dek penyampaiannya yang smooth. Memang selayaknya Nam Goong-min dapat bawa pulang Daesang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... sy suka sgt karektor dia yg berkarisma tu... huishhh harap ada laa stove league season 2

      Delete
  12. Replies
    1. of coz! nam goong-min memang handsome bangetttt🤭

      Delete
  13. wah, anies kasi 5 stars ni maksudnya memang best la cerita ni. nanti nak try tengok kat netflix la ada ke tak

    ReplyDelete
  14. sejak dah terminate Netflix dah taktau nak tonton kat mana lagi cerita korea ni...thanks kasi link itu. nanti ammi try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tgk kat website free je. dailymotion or dramacool. tp tonton kt browse Brave utk elal iklan

      Delete
  15. Pelakon yang ohsem tp drama ini Sha tak tengok lagi..

    ReplyDelete
  16. Ada di Netflix. Saya dah save di MyList. Tapi blm tonton saja. Kata teman saya, ini memang baguuuus, semacam Drakor yg susah nak move on saat dah tamat 😅.

    Selevel dengan reply 1988, hospital playlist atau prison playbook. Saya suka drama slice of life macam tuh. Lambat, tapi memang menarik.

    Nantilah, nak segera nonton stove league ini

    ReplyDelete
  17. Cerita macam ni boleh bagi Dania tengok. Nak naikkan semangat juga....

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆